Aisyah berlari masuk ke dalam bilik hotelnya. Dia menangis semahu-mahunya di atas katil. Aisyah bangun dia menuju ke arah almari baju. Pintu almari dibuka terbutang matanya melihat baju yang berada di dalam almari. Semua pakaian lelaki berjenama mahal dan hebat.
" Baju sapa pula ni." omel Aisyah seorang diri. Dia mencampak satu persatu baju di dalam almari ke atas katil tiba tiba dia terdengar pintu bilik air di buka. Dia menutup pintu almari dan memandang terkejut dia lihat seorang lelaki kacak keluar dari bilik air hanya memakai tuala di pinggang. Aisyah mencapai beg tangannya dan berlari keluar belum sempat dia melangkah keluar tiba tiba tangannya di tarik dan di tolak lembut ke almari.
" Kau sapa hah." tanya lelaki itu.
" Sorry saya salah masuk bilik tolong lepas kan saya." kata Aisyah.
" Aku jangan tipu aku la." lelaki tadi menumbuk pintu almari dengan kuat. Terhinjut bahu Aisyah mendengar tumbukan tersebut.
" Tolong lepaskan saya." Aisyah mula merayu. Rayuan Aisyah di biarkan begitu sahaja. lelaki tadi terus menolak Aisyah ke atas katil dia mendekati Aisyah belum sempat dia tangannya menyentuh Aisyah pintu bilik di ketuk bertalu talu belum sempat dia bangun pintu bilik di buka beberapa orang berkopiah berdiri di hadapan pintu bilik hotel nya. Pucat terus mukanya.
" Maaf kami dari pejabat agama mendapat aduan bahawa kamu berdua sedang berkhalwat." salah seorang dari mereka bersuara.
" Muhammad Airil Hasnan apa kamu buat ni." tiba tiba Tan Sri Halim mencelah.
" Airil tak buat apa pun dengan dia ni." Airil membela dirinya.
" Papa nak kamu kahwin dengan dia." Tan Sri Halim memandang Aisyah. Aisyah dan Airil terkejut mereka memandang Tan Sri Halim.
" Pakcik saya dengan dia ni tak buat apa pun sebenarnya saya salah masuk bilik." Aisyah mencelah dia mengharap sangat Tan Sri Halim membatalkan niatnya.
" Kami masih ada mak ayah kan." Tan Sri Halim memandang Aisyah dia perasaan mata Aisyah bengkak seperti baru lepas menangis. Aisyah mengangguk sahaja.
" Call ayah cik bagi tahu hal sebenar." salah seorang dari mereka meminta Aisyah menelefon ibu dan ayahnya. Aisyah menelefon ibunya sekejap sahaja terdengar suara puan Kalsom.
" Ibu Aisy ada benda nak bagi tau ibu." Aisyah menarik nafas perlahan dan di hembus lembut.
" Hang nak habaq apa." tanya puan Kalsom. Aisyah mengesat air matanya dari jatuh. Airil yang melihat terus merampas telefon dari Aisy.
" Assalamualaikum...makcik saya nak bagi tahu sebenarnya anak makcik kena tangkap basah dengan saya dan kami di paksa kahwin segera." Airil memberi tahu dengan tenang. Aisyah memandang Airil dia mengepal penumbuk tunggu masa saja hinggap di muka Airil.
" Apa tangkap basah." jerit puan Kalsom. Airil menjauhkan telefon dari telinganya.
" ya makcik. Anak makcik call sebab nak bagi tahu benda tu la." kata Airil. Aisyah yang merasakan Airil sudah melampau terus merampas telefon dari tangan Airil tetapi Airil pantas mengelak.
" Makcik tak kesah sapa pun yang anak makcik pilih tapi awat hampa dua ni sanggup buat lagu tu." puan Kalsom tahu bahawa Aisyah bukan lah seperti yang itu mesti ada sebab kenapa jadi seperti itu. Airil memandang Aisyah di kurang faham bahasa yang di gunakan oleh puan Kalsom.
" Ayah dia setuju makcik pun setuju hang jaga la Aisy tu elok elok dia satu satunya anak perempuan kami." kata puan Kalsom.
" Ok makcik bye assalamualaikum." Airil memandang Aisyah.
" Waalaikumsalam... talian dia mati ka.
" Awat ibu pasai pa." tanya Asyraf adik bawah Aisyah.
" Angah kena tangkap basah depa paksa dia kahwin dengan budak laki tu." Puan Kalsom kecewa tetapi dia tutup demi kebaikan semua. Mana ada seorang ibu yang tidak kecewa bila anak gadisnya di tangkap berkhalwat.
" Biaq betoi ibu." tanya Asyraf.
" Betoi la tapi ibu tau mesti ada benda yang tak kena sebab tu jadi lagu tu." kata puan Kalsom.
" Ibu tadi Along call alang dia bagi tau nak balik minggu depan." Asyraf memandang ibunya.
" Alhamdulillah.. minggu depan semua pakat balik nohh abang kan." puan Kalsom lihat suaminya masih lagi termenung.
" Baguih la tu depa pakat balik som masak la sedap sedap untuk depa." kata encik Ahmad. Asyraf memandang ayahnya pelik dengan kelakuan ayahnya.
************
Aisyah keluar dari pejabat agama bersama dengan Airil dan bapak mentuanya. Aisyah memandang Tan Sri Halim. Airil menjeling tajam kepada Aisyah.
" Papa harap Airil boleh jaga Aisy dengan baik." Tan Sri Halim memandang Airil. Airil hanya buat tidak tahu sahaja. Aisyah menjeling Airil dia tahu Airil bukan suka dia.
" Tak apa lah Tan Sri saya boleh jaga diri saya sendiri." Aisyah hanya tersenyum sahaja.
" Ish kenapa panggil Tan Sri pula panggil papa." Tan Sri Halim memandang Aisyah.
" Papa jangan risau la Aisy boleh jaga diri cuma Aisy nak minta tolong papa carikan rumah atau kondo untuk Aisy." Aisyah memandang Airil di sisi nya.
" Tak payah cari lain nanti Aisy tinggal dengan Airil dekat kondo dia." Tan Sri Halim bersuara dia tahu Airil mesti marah.
" Tinggal dengan Airil boleh juga lagi pun Aisy memang isteri dia kan papa. Aisy tanggujawab dia kan." Aisyah ketawa kecil dia menutup mulutnya dengan tangan kecilnya. Airil merenung tajam ke arah Aisyah. Tan Sri Halim menggeleng kepalanya.
" Aisy kerja dekat mana." Tan Sri Halim menyoal Aisyah.
" Aisy kerja dekat Pahang." kata Aisyah. Tan Sri Halim senyum lalu mengangguk.
" Bagus lagi pun papa pun tinggal dekat Pahang juga senang la kalau kamu nak tinggal dengan papa." kata Tan Sri Halim. Aisyah menjeling Airil dari tadi dia sahaja.
" Airil tak nak tinggal dengan dia ni." tiba tiba Airil bersuara kasar.
" Kenapa pula." tanya Tan Sri Halim.
" Airil tak nak ada beban la lagi pun papa tahu kan Airil benci perempuan dan Airil tak boleh nak terima mana mana perempuan dalam hidup Airil." Airil mengharap sangat yang papa nya tidak memaksanya.
" Aisy tanggungjawab kamu." kata Tan Sri Halim.
" Airil tak nak tahu sapa pun dia yang penting Airil nak cerai kan di sekarang juga." kata Airil. Dia bersedia untuk melafazkan cerai kepada Aisyah.
" Kamu cerai kan Aisy papa tak kan bagi sesen pun harta papa kepada kamu dan syarikat tu papa akan bagi pada Aizat." kata Tan Sri Halim. Airil terkedu sampai macam tu sekali papanya tidak mahu dia ceraikan Aisyah.
" Airil benci papa." Airil berlalu pergi dari situ dia menuju kearah keretanya. Aisyah mengikut dari belakang. Airil pusing memandang Aisyah yang sedang tunduk mengikutinya.
" Kau nak apa ikut aku." Airil masih lagi dingin seperti ais batu.
" Saya kan isteri awak so tempat seorang isteri di sisi suaminya." kata Aisyah.
" Aku tahu perempuan macam kau ni cuma nak duit aku je kan." kata Airil dia senyum sinis memandang Aisyah. Airil mengeluarkan buku lalu menulis sesuatu di atas tersebut sebelum di serahkan kepada Aisyah.
" Kau ambil ni pergi jauh dari hidup aku." kata Airil. Aisyah memandang sepi sahaja. Dia masih lagi mengikuti Airil.
" Aku tak nak pun la duit kau ni." kata Aisyah.
" Tak cukup ke kejap." kata Airil dia menulis lagi lalu di serah kepada Aisyah selepas itu dia masuk ke dalam kereta lalu meninggalkan Aisyah seorang diri. Aisyah terkedu bila di tinggal sebegitu di tempat yang sunyi.
Pin! pin! terkejut Aisyah mendengar di pusing menghadap kereta di hadapannya.
" Airil tinggal kan kamu ke." Tan Sri Halim memandang Aisyah seorang diri di situ.
" Dia bagi benda ni lepastu suruh saya pergi main jauh jauh." Aisyah senyum memandang Tan Sri Halim.
" Masuk la biar papa hantar kamu balik hotel." kata Tan Sri Halim. Aisyah masuk ke dalam kereta milik Tan Sri Halim.
" Samat kita balik hotel tadi." kata Tan Sri Halim. Samat hanya mengangguk.
" Aisy papa minta maaf kalau perkahwinan ni menyusahkan Aisyah" kata Tan Sri Halim.
" Kami tak buat apa pun. Aisy tersalah masuk bilik." Aisyah cuba membela diri nya.
" Papa tahu tapi papa saja kahwin kan Aisy dengan Airil. Papa tahu Airil tak akan kahwin sampai bila bila dengan apa yang pernah terjadi dengan dia dulu." kata Tan Sri Halim.
" Apa yang terjadi dulu." tanya Aisyah.
" Kamu tanya la Airil sendiri." kata Tan Sri Halim. Mereka turun dari kereta sementara menunggu Aisyah berkemas.
" Papa terima kasih sebab hantar Aisy dekat sini." kata Aisyah.
" Papa harap kamu dapat kembalikan Airil yang dulu. Airil yang ceria yang murah dengan senyuman." kata Tan Sri Halim Aisyah mengangguk perlahan.
" Baik papa." kata Aisyah.
" Kamu balik Pahang bila." Tan Sri memandang Aisyah.
" Malam ni nak tolak balik sana." kata Aisyah.
" Kamu balik esok je la dengan papa." kata Tan Sri Halim.
" Aisy ikut je tapi esok Aisy balik naik kereta Aisy la." Aisyah terpandang Rizman dan Riana yang baru keluar dari pintu utama hotel kebetulan Airil baru sampai di hotel. Dia keluar dari kereta dan menuju kearah Aisyah dan papanya. Amri juga muncul di situ dengan sebuah beg baju.
" Kau naik atas kemas baju kau kita balik malam ni juga." kata Airil tiba tiba. Rizman dan Riana hanya memandang dari jauh. Aisyah perasan yang Rizman dan Riana memandangnya dengan pantas dia memeluk lengan Airil. Semua terkejut dengan tindakannya itu terutama Airil.
" Kau jangan tolak." kata Aisyah.
" Apa kau buat ni." tanya Airil.
" Tolong aku jap boleh tak kali ni je aku minta tolong kau." Aisyah merayu kepada Airil.
" Ish kau ni menyusahkan betul la." kata Airil dia mencengkap lengan Aisyah
" Tolong la Airil kali ni je." rayu Aisyah.
" Tak nak aku tolong kau." kata Airil.
" Kalau kau tak nak tolong tak pa lah aku minta tolong kawan kau ni dia pun boleh tahan kacak." kata Aisyah. Amri yang mendengar namanya di sebut terus memandang Aisyah dan Airil.
" Kau jangan nak mengada sangat." kata Airil.
" Biar la kau tak nak tolong aku." kata Aisyah dia tidak mahu kalah.
" Kau nak aku tolong apa." tanya Airil.
" Tolong teman aku naik atas sana boleh." Aisyah membuat muka comel. Airil merenung tajam muka Aisyah.
" Kau ni kan. Jom lah cepat sikit." kata Airil. Aisyah bersorak keriangan dia memeluk lengan Airil semasa mereka melintasi Rizman dan Riana dengan pantas Aisyah tersenyum sinis kepada mereka.
" Kau pa ni dah kenapa perempuan sewel." Airil geram dengan tingkah Aisyah dia meraik pinggang ramping Aisyah. Aisyah yang terkejut memandang Airil sehinggalah mereka berdua hilang dari pandangan Rizman dan Riana. Aisyah menolak badan Airil dari memeluknya.
" Kak Aisy..." jerit Laila dari kaunter pertanyaan. Aisyah memandang Laila dan tersenyum.
" Ada apa." tanya Aisyah dia berdiri di hadapan Laila.
" Ni tadi ada orang tinggalkan pesanan dekat kak Aish. Dia pesan kalau nak pilih kawan hati hati sikit lepastu dia bagi kad nama dia tu." kata Laila.
" Untuk apa." tanya Aisyah.
" Dia cakap kalau kak Aisy perlukan bantuan dia call je." kata Laila.
" Ok thanks Laila." Aisyah senyum dan berlalu pergi. Airil yang mendengar dari tadi memandang Aisyah.
" Kad apa tu." tanya Airil.
" Sibuk la kau ni." kata Aisyah.
" Sini aku tengok." Airil meminta kad tersebut namun Aisyah hanya memulau dia.
" Syed Amri bin Syed Zakaria." Aisyah menyebut satu nama yang tidak asing bagi Airil.
" Kurang ajar Amri kau rupanya." kata Airil. seorang diri. Aisyah memandang Airil dengan pandangan yang keliru sebelum dia memandang kehadapan. Aisyah hanya memikirkan apa yang akan berlaku selepas ini terhadap rumah tangga nya.
Share this novel