" oiii panjat la tinggi sikit dok takut pa dulu boleh ja hang panjat tinggi tinggi." Khairul menjerit sambil kepalanya memandang ke atas pokok. Anwar dan Syahrul hanya menggeleng kepala.
" yang hang apa qeja tak panjat..." Anwar memandang Khairul.
" Aku kalau panjat ni bukan setakat rambutan ja aku ambik habis pokok pokok tumbang." Khairul ketawa kandang Anwar.
" Cakap ja yang hang ni takut nak panjat." Syahrul memandang Khairul.
" Aku bukan takut nak panjat aku takut kalau aku panjat nanti anak dara kot kampung ni mai minta nombor ja maklum la aku kan kacak." Khairul ketawa terbahak-bahak.
" Dah jom kita balik." Aisyah dan Akmal turun dari pokok rambutan dengan menjinjing plastik berisi buah rambutan.
" Mama sini fir bawak kan." Firdaus menghulurkan tangan.
" Tak payah susah susah kita suquh ja orang yang tak panjat angkat." Akmal mengambil plastik di tangan Aisyah lalu menghulurkan kepada Khairul dan Syahrul.
" Ala baru ingin boleh seronok seronok." Khairul menjeling Akmal.
" Kaki kau nak tak." Akmal menunjuk kakinya.
" Fir naik belakang paklong ni." Anwar duduk melutut dengan membelakangkan Firdaus. Firdaus hanya menurut tanpa bersuara.
" Ala aku nak naik kongkong gak." Aisyah muncung kan mulutnya.
" mai sini aku kongkong hang." Akmal bongkok kan badannya. Aisyah yang terlalu gembira terus naik di atas belakang Akmal. Syahrul dan Anwar ketawa melihat Aisyah dan Akmal. Mereka keluar dari kebun dan berjalan pulang.
" Mama fir nak duduk sini la dengan nenek." Firdaus memeluk leher Anwar dengan erat.
" mana boleh fir kan sekolah lagi." Aisyah juga memeluk leher Akmal agar dia tidak jatuh.
" Boleh lah...lagi pun sini ada sekolah kan." Firdaus masih lagi tidak mahu beralah.
" fir sayang jangan la susah kan nenek dengan Wan kesian diorang nak kena jaga fir. Nenek dengan Wan kan dah tua." Aisyah senyum memandang Firdaus.
" Okay la." Firdaus membalas senyuman Aisyah.
" angah biar la fir tinggal sini...Along boleh jaga la dia. Sekolah fir bukan jauh pun dari tempat kerja Along." Anwar seperti suka sedih bila mahu berpisah dengan Firdaus. sejak hari pertama Firdaus balik ke kampung sampai lah ke hari ini Anwar tidak benarkan Firdaus tidur dengan Aisyah. Anwar jadi berat hati mahu lepas Firdaus.
************
" Hampa pi mana lambat balik ni." puan Kalsom memandang anak anak nya.
" Ni depa ni ibu kalot ajak Along pi sungai." Anwar menyalahkan adik adiknya.
" Hang pun sama la dengan depa tu." puan Kalsom sudah masak dengan sikap anak anak nya yang suka salahkan orang lain kalau dia marah.
" Ibu jangan la maqah maqah nanti cepat tua muka berkedot sana sini." Syahrul mengusap lembut bahu puan Kalsom.
" Yang tu pasai pa pulak sampai kena kongkong." puan Kalsom memandang Aisyah dan Akmal.
" Mana ada Aisy saja la sebab Aisy rasa rindu nak naik kongkong." Aisyah menunduk memandang tanah.
" Hampa ni dah tak dak qeja lain ka." puan Kalsom menjeling anak anaknya.
" Ibu kami masuk mandi dulu nohh." Aisyah berlari masuk ke dalam rumah di ikuti oleh Akmal dan Anwar tinggal lah Syahrul dan Khairul. Syahrul terus berjalan laju ke arah Damia. Khairul senyum memandang ibunya lalu memeluk.
" Khai sayang ibu....i love you." Khairul mencium puan Kalsom lalu berlari masuk. puan Kalsom menggeleng kepala melihat anak anaknya.
Share this novel