Kereta milik Dato' Jalil berhenti di sebuah banglo dua tingkat. Aisyah keluar dari kerata dengan mendungkung Firdaus.
" Mulai malam ini awak akan tinggal dengan saya dan Fir." Dato' Jalil memandang Aisyah.
" Saya rasa tak perlu kot sebab saya ingat nak cari rumah sendiri lepastu cari kerja." Aisyah memandang Dato' Jalil.
" Awak kerja apa sebelum ni." Dato' Jalil memandang Aisyah.
" Saya seorang arkitek jadi kerja saya bina bangunan." Aisyah senyum memandang Dato' Jalil.
" Kalau macam tu awak kerja dengan saya." Dato' Jalil memberi cadangan.
" saya okay je Dato' asalkan halal sudah." Aisyah melangkah masuk ke dalam rumah Dato' Jalil.
" Aisy awak tinggal la sini lagi pun bukan kita tiga je tinggal dekat sini pembantu rumah saya pun ada awak jangan risau lah." Dato' Jalil menerangkan satu persatu.
" Kalau Dato' dah cakap macam tu saya setuju lah." Aisyah senyum lagi. Dia bersyukur di pertemukan dengan seseorang yang baik seperti Dato' Jalil.
" So bila awak nak mula kerja." Dato' Jalil memandang Aisyah.
" Bila bila pun boleh." Aisyah menyerahkan Firdaus kepada Dato' Jalil.
" Kalau macam tu esok awak mula boleh tapi ada sesuatu yang awak perlu tahu." Dato' Jalil merenung tajam ke arah Aisyah.
" Apa dia Dato'." Aisyah juga memandang ke arah Dato' Jalil.
" Syarikat saya banyak masalah termasuk masalah kewangan jadi pekerja saya banyak yang berhenti. Awak sanggup ke kerja dekat syarikat saya." Dato' Jalil memandang Aisyah.
" Saya tak kisah lagi pun saya boleh tolong Dato' untuk naik kan kembali syarikat Dato' itu pun kalau Dato' mahu saya tolong Dato'." Aisyah tersenyum manis ke arah Dato' Jalil.
" Kalau macam tu baiklah esok awak mula kerja tapi bukan sebagai orang bawahan. Awak akan jadi CEO dekat syarikat saya. Esok awak ikut saya kita pergi syarikat saya nak kenalkan awak dengan semua staf." Dato' Jalil memandang Aisyah. Dia tahu Aisyah orang yang boleh di percayai.
**********
Dato' Rasyid bangun dari duduknya. Dia tidak boleh mendiamkan diri lagi cukuplah sekali dia lihat bertapak menderitanya seorang wanita bergelar isteri bila di buang suami sendiri.
" Riz kenapa buat macam tu dekat Aisy." Dato' Rasyid memandang Rizman.
" Riz tak buat apa pun....Riz cuma ugut nak bagi tahu ibu dia tentang diri dia yang sebenar." Rizman memandang Dato' Rasyid.
" Kalau Riz nak tahu apa yang Riz dengar dari Riana tu semua tak betul. Riana cuma reka cerita untuk dapatkan Riz sebagai suami dia. Riana iring hati bila tengok Riz dengan Aisy bahagia. Aisy bukan yang seperti Riz dengarkan." Dato' Rasyid cuba membetulkan ke adakan sebenar. Rizman yang mendengar terus terduduk.
" Kenapa baru sekarang pak ngah nak bagi tahu Riz kenapa tak dulu lagi. Pak ngah tahu tak Riz sayang sangat dekat Aisy." Rizman seperti orang hilang akal. Dia bangun menuju ke arah Dato' Rasyid.
" Pak ngah nak tengok sejauh mana sayang Riz dekat Aisy tapi lain yang pak ngah nampak Riz lebih percayakan orang lain berbanding Aisy." Dato' Rasyid menggeleng kepala.
" Riz nak jumpa Aisy...Riz nak minta maaf Riz nak kahwin dengan dia. Riz nak betulkan kesilapan yang berlaku." Rizman bangun mencapai kunci keretanya.
" Semuanya sudah terlambat Aisy dah kahwin dengan Airil dan sekarang ni Airil dah buang Aisy sebab Riz." Dato' Rasyid memandang ke arah Rizman.
" Bila masa Aisy kahwin." Rizman seperti tidak percaya.
" Baru sebulan." jawapan Dato' Rasyid membuatkan Rizman terkedu. Dia sudah melepaskan orang yang dia sayang kepada orang lain.
" Sudah lah Riz...Riz jaga la rumah tangga Riz jangan ganggu rumah tangga Aisy." Dato' Rasyid menepuk lembut bahu Rizman.
" Riz dah ceraikan Riana" Rizman menundukan wajah nya.
" Apa yang Riz buat ni kenapa sampai bercerai tak boleh ke bawa berbincang." Dato' Rasyid memandang tajam wajah Rizman.
" Riz tak nak jadi lelaki dayus....Riana bersama dengan lelaki lain depan kata Riz. Riz tak boleh terima semua ni." Rizman memejam mata menahan air matanya dari jatuh. Dato' Rasyid kehilangan kata kata sungguh dia tidak percaya yang Riana sanggup bersama dengan lelaki lain. Rizman terus berlalu masuk ke dalam biliknya sukar untuk dia lupa kan Aisyah cinta hatinya yang sudah bertahun bertakhta di hatinya kini menjadi milik orang lain. Kerana satu kesilapan dia telah melepaskan orang yang dia sayang. Rizman merebahkan badannya ke atas katil.
Share this novel