BAB 15

Romance Series 26811

Airil keluar dari bilik air. Dia lihat Aisyah masih lagi berada di katil. Dia mendekati Aisyah duduk di sebelah Aisyah.
" kau tak turun ke nanti apa mama cakap pulak." Airil memandang Aisyah.
" Kau lupa ke yang kau haram kan kau keluar dari bilik ni." Aisyah membalas dengan matanya terpejam.
" Bagus dengar cakap...dah pergi la turun aku izin kan." Airil mengusap kepala Aisyah.
" Tak apa lah aku tunggu kau." Aisyah memandang Airil. Airil tahu Aisyah takut untuk keluar. Airil bangun dan menuju ke arah almari. Baju di ambil lalu di pakai. Aisyah hanya memerhati dari atas katil.
" Jom turun." Airil menarik tangan Aisyah. Aisyah hanya membiarkan sahaja. Mereka turun bersama sebelum Aisyah ternampak Aizat dan Aina di ruang tamu. Aisyah terus berlari ke arah Aina dan Aizat. Airil menarik muka sebelum dia melangkah ke arah Aisyah.
" Kak long bila sampai." Aizat bangun dan duduk di sebelah Aisyah.
" Baru je semalam." Aisyah memandang Aizat.
" Kenapa tak nampak pun semalam." Aizat menjeling ke arah Aina.
" Semalam kak long korang penat sebab layan Along." Airil mencelah sehingga membuatkan Aina ketawa.
" Macam mana la kak long boleh kahwin dengan Along ni...kan best kalau kak long kahwin dengan Aizat jer." Aizat memandang Aisyah. Airil terus menarik tangan Aisyah menjauhi Aizat.
" Kau jangan jadi perampas boleh tak." Airil memandang Aizat dengan tajam.
" Lek ahh Along. Aizat tak kan rampas hak orang la lagi lagi orang tu Along dan kak long." Aizat ketawa memandang Airil. Aisyah memeluk lengan Airil.
" Aku lapar la Airil." Aisyah memandang Airil.
" Jom makan." Airil menarik Aisyah bangun. Aizat dan Aina terkejut bila Aisyah membahasakan dirinya "Aku".
" Aku nak makan dengan Aizat boleh." Aisyah memandang Airil dalam hati nya sudah ketawa bila melihat wajah Airil yang macam mencuka.
" Hang ni dah kenapa." Airil cuba menggunakan loghat.
Aisyah sudah ketawa sambil menutup mulutnya. Aizat dan Aina memandang pelik ke arah Aisyah.
" Airil untuk pengetahuan kau orang Kedah tak cakap " hang dah kenapa" tapi orang Kedah cakap " hang ni pasai pa" atau " hang ni awat" dua benda tu je orang Kedah akan cakap kalau kau nak tahu bahasa Kedah ni lah yang paling kasar walaupun cakap dalam keadaan baik." Aisyah memandang Airil sebelum dia sambung ketawa. Airil menjeling Aisyah.
" Biar la kau dah kenapa tadi cakap lapar kan jom la makan satu lagi aku tak izin kan kau makan dengan Aizat." Airil bangun meninggalkan Aisyah. Aisyah bangun mengikuti Airil lengan Airil di paut erat sebelum dia memulakan bicara.
" Biy...sorry pasal tadi sayang just nak tegur je...ye la biy cakap tak betul kan sayang tolong betul kan." Aisyah mengusap lengan Airil.
" Diam la kau...aku tak nak dengar." Airil menarik lengannya dan duduk di kerusi. Aisyah mendekati Airil.
" Airil sorry...aku janji aku tak buat lagi." Aisyah mengangkat tangan kanannya untuk berjanji. Airil memandang Aisyah sebelum dia tersenyum.
" Aku maafkan...jom la makan." Airil menarik tangan Aisyah untuk duduk di sebelahnya. Airil dan Aisyah makan sambil berborak kosong.

************
" Airil jom pergi shopping nak tak. Aku dah lama tak shopping." Aisyah memulakan bicara. Airil yang berada di sisi Aisyah hanya buat tidak dengar.
" Airil kalau kau tak nak teman aku tak apa lah aku ajak Aizat je la memandang kan Aina sibuk dengan kerja dia." Aisyah turun dari katil untuk jumpa Aizat.
" Aku tak cakap pun aku tak nak teman kau yang kau sibuk nak ajak Aizat tu dah kenapa." Airil membuka mata memandang Aisyah.
" Emmmm.....okay lah tak apa kita habiskan masa dalam bilik jer." Aisyah membuat keputusan untuk tidak keluar hilang mood nya untuk shopping. Aisyah baring di sebelah Airil.
" Pergi la siap aku bagi kau masa tiga minit untuk siap." Airil kembali memejam mata.
" Tak nak lah aku nak tidur." Aisyah memejam mata belum sempat dia hanyut dalam tidurnya Airil pula memeluknya dengan erat sehingga sukar Aisyah bernafas.
" Kau pergi siap atau aku peluk kau lagi erat dari yang ni." Airil mengugut Aisyah dengan pantas Aisyah bangun dan bersiap untuk keluar. Airil senyum memandang telatah Aisyah yang mencuit hatinya. Aisyah bersiap ala kadar Airil bangun untuk siap kan dirinya pulak. Aisyah dan Airil keluar menuju ke arah mall Aisyah yang teruja membuatkan Airil menggeleng kepala.
" Jangan tunjuk sangat boleh tak." Airil mencengkam lengan Aisyah. Airil menarik lengan Aisyah masuk ke dalam mall mereka pusing satu mall. Aisyah mengajak Airil menuju ke arah kedai tudung berdekatan tiba tiba mereka di tegur oleh seorang perempuan berpakaian seksi.
" Airil..you buat apa dekat sini." perempuan tersebut memandang Airil dengan Aisyah.
" Maaf kau siap." Airil berpura tidak kenal sedangkan dia lah yang paling membenci wanita tersebut.
" You tak ingat I ke...I Zulaika tunang you." Zulaika memandang Aisyah yang memandang ke arah lain.
" Sorry aku tak kenai kau dan aku rasa aku tak ada tunang bernama Zulaika." Airil menarik tangan Aisyah untuk berlalu pergi belum sempat mereka berlalu pergi Zulaika terus memaut lengan Airil. Aisyah yang melihat perbuatan Zulaika terus melempang pipi Zulaika. Airil terkejut dengan tindakan Aisyah.
" Kalau nak gatal pergi gatal dengan lelaki lain jangan dengan laki aku. Satu lagi kau dengan dia bukan tunang tapi BEKAS tunang so tak payah nak belagak macam kau ni tunang dia lagi pun bukan ke dia dah cakap yang dia tak kenal kau dan dia tak ada tunang bernama Zulaika." Aisyah menekankan perkataan bekas supaya Zulaika mendengar. Orang yang lalu lalang berdekatan mereka memandang ke arah mereka.
" You ni siap hah perempuan kampung tak sedar diri." Zulaika memberanikan diri untuk bersuara walaupun dia sebenarnya takut melihat Aisyah yang berpakaian seperti gengster.
" Aku bestfriend dia kau pa hal nak gaduh dengan aku ke." Aisyah mengepal penumbuk. Airil yang mendengar kata Aisyah tersentap apa motif Aisyah mengaku yang dia adalah bestfriend kepada dirinya.
" You bestfriend Airil biar betul." Zulaika ketawa mengejek.
" Bestfriend merangkap bakal isteri." Airil menjawab dengan tenang. Zulaika terkejut terus memandang Aisyah yang tersenyum sinis kepadanya. Tanpa menunggu lama Zulaika berlalu pergi dengan perasaan geram. Airil memandang Aisyah sebelum Aisyah membalas pandangan Airil.
" Jom la balik hilang terus mood nak habis kan duit kau." Aisyah melangkah pergi. Airil yang mendengar terus memandang Aisyah yang sudah berjalan ke hadapan. Airil mengejar langkah Aisyah.
" Amboi suka hati kau je nak habis kan duit aku." Airil menarik telinga Aisyah yang berada di dalam tudung. Zulaika memandang dari jauh dengan perasaan benci.
" Aku kan pastikan Airil jatuh ke dalam tangan aku." Zulaika mengomel seorang diri. Dia akan buat apa sahaja untuk dapatkan Airil semua kalau dia tidak dapat Airil maka Aisyah pun tidak akan dapat Airil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience