BAB 23

Romance Series 26798

Sudah seminggu Airil mencari Aisyah namun tidak jumpa juga dan seminggu juga lah Airil seperti orang hilang akal. Setiap hari nama Aisyah sentiasa menitik dibibirnya. Puan Sri Khatijah sudah puas memujuk Airil untuk bersabar dan menerima semua ini. Hari demi dari Airil akan keluar dan mencari Aisyah. Sungguh dia rindu gelak ketawa Aisyah kenakalan Aisyah kegedikkan Aisyah yang selalu menyakat nya. Airil hanya mampu menyerah kepada takdir. Airil membuka telefonnya lalu merenung wajah Aisyah.
" Aisy ke mana kau pergi. Aku rindu kau...kenapa kau tinggalkan aku. Aku tahu aku bodoh sebab tinggalkan kau tepi jalan masa tu. Aisy balik la sayang aku rindu kau sangat sangat." Airil mengusap gambar Aisyah itulah salah satu tabiat baru Airil. Dia kan bercakap seorang diri seolah olah Aisyah berada di hadapannya.
" Airil sudah la tu....mama tahu kamu rindu Aisyah. Along tak boleh la macam ni. Along buka pintu ni kita mama ada bawak makan untuk Along." Puan Sri Khatijah mengetuk pintu bilik Airil.
" Along tak nak makan kalau Aisy tak ada." Airil menjerit dari dalam bilik.
" Along nak ke tengok Aisy balik nanti dia sedih tengok Along sakit. Aisy mesti sedih bila tengok keadaan Along." Puan Sri Khatijah cuba menggunakan nama Aisyah. Pintu bilik dia buka dari dalam. Puan Sri Khatijah merenung Airil sudah tidak terurus dia lihat Airil dengan pakaian tidak terganti.
" Mama teman Airil makan okay." Airil cuba senyum dia tahu namanya mesti sedih bila mengenang kan dirinya seperti orang gila.
" Ya sayang mama teman." Puan Sri Khatijah masuk ke dalam bilik Airil dengan membawa bekas makanan.
" Mama lepasni kan Along ingat nak masuk kerja balik la mana la tahu dengan cara ini Airil boleh jumpa Aisy balik." Airil memandang mamanya.
" Alhamdulillah...mama tahu Along kuat kan. Along tak boleh lemah macam ni nanti macam mana nak jumpa Aisy." Puan Sri mengusap rambut Airil.
" Mama bawak la turun makanan ni nanti Along turun. Along nak mandi dulu baru makan." Airil cuba kuatkan semangatnya demi mencari Aisyah semula. Puan Sri Khatijah hanya mengangguk sebelum dia keluar dari bilik Airil. Airil memandang gambar Aisyah yang di letakkan di cermin di pandang dengan senyuman.
" Aku akan cari kau Aisy." Airil mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik mandi.

**********
Aisyah melangkah masuk ke ruang lobi. Syakira sebagai penyambut tetamu tersenyum manis ke arahnya.
" Selamat pagi cik Aisy." Syakira menundukan sedikit kepalanya.
" Selamat pagi. Sya nanti minta Afnan masuk ke bilik saya." Aisyah memandang ke arah Syakira.
" Baik cik Aisy." Syakira mengangguk sahaja. Aisyah masuk ke dalam lift butang 7 di tekan. Aisyah bersyukur syarikat Kiara pembinaan kini tidak lagi bermasalah. Aisyah melangkah keluar dari lift dan melangkah kearah biliknya.
" Lily masuk bilik saya kejap." Aisyah memandang PA nya.
" Baik cik Aisy." Lily melangkah masuk ke dalam bilik Aisyah.
" Duduk la saya bukan nak marah awak saya cuma nak tahu jadual saya hari ni." Aisyah tersenyum memandang Lily.
" Hari ini cik Aisy ada meeting dengan wakil kencana holding dalam pukul lapan sampai pukul sembilan. Itu sahaja jadual cik Aisy hari ni." Lily memandang Aisyah untung dia dapat majikan seperti Aisyah. Sepanjang Aisyah mula berkerja di sini tidak pernah Aisyah meninggikan suara atau memarahinya.
" Baiklah terima kasih. Awak boleh keluar." Aisyah senyum memandang Lily. Aisyah mengeluarkan telefonnya. Pintu bilik Aisyah di kutuk dari luar.
" Masuk" Aisyah menyimpan telefonnya ke dalam beg.
" Cik Aisy panggil saya." Afnan memandang Aisyah.
" Duduk dulu." Aisyah mempersilakan Afnan duduk di kerusi dia hadapanya. Afnan hanya mengikut sahaja.
" Macam mana dengan projek bangunan dekat taman melati ada apa apa masalah tak." Aisyah memandang Afnan.
" Buat masa ni projek tu masih lagi berjalan dengan lancar dan bangun tu pun dah hampir siap." Afnan menerangkan satu persatu.
" Bagus kalau macam tu....lagi satu kalau ada masalah apa apa bagi tahu saya terus nanti saya uruskan." Aisyah memandang Afnan.
" Baiklah cik Aisy kalah tak ada apa apa saya keluar dulu." Afnan bangun dari duduknya.
" Okay." Aisyah bersyukur semua projek yang dia pegangannya sudah berjalan lancar. Aisyah berharap syarikat Kiara akan terus maju seperti syarikat lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience