Airil dan Aisyah tiba di banglo tiga tingkat milik Tan Sri Halim. Airil pusing memandang Aisyah di sebelahnya. Aisyah pantang ada peluang sikit dia mesti akan tidur walaupun dalam saat genting.
" Oii bangun kita dah sampai. Kau nak tidur sampai bila dan kereta aku ni." Airil menggoncang tubuh Aisyah. Aisyah bangun apabila mendengar kata kata Airil.
" Tak hingin aku tidur dalam kereta buruk kau ni." Aisyah keluar lalu menghempas pintu dengan kasar. Airil terkejut dengan tindakan Aisyah.
" Cakap baik baik sikit kereta sapa yang buruk kereta aku ke kau." Airil mendekati Aisyah.
" Kereta kau la buruk sebab tu kau bising kau bila aku tidur dalam kereta kau kan." Aisyah menjeling Airil dengan tajam. Aisyah melangkah tanpa berpaling ke arah Airil.
" Bukan bising tapi kau ni asyik tidur je sebab tu badan kau gemok kan." Airil mula menyentuh isu sensitif bagi perempuan.
" Kau cakap...Kau ni kan mulut memang tak pandai nak jaga kan sini aku ajar." Aisyah melangkah ke arah Airil lalu mencubit pipi Airil sehingga Airil mengadu kesakitan.
" Sakit oii lepas la." Airil menepis tangan Aisyah.
" Ada aku kisah...lain kali jangan kalau tak bagi aku tidur dalam kereta kau cakap awal awal tak payah nak kutuk aku." Aisyah masuk ke dalam rumah di melangkah ke arah dapur dengan perasaan yang geram kebetulan Aizat juga ada di situ di memandang Aisyah.
" Kak long buat apa dekat dapur ni." Aizat memandang Aisyah.
" Aizat jom main game...kak long dah lama tak main game." Aisyah mencapai tiga dua balang biskut di atas rak di dapur. Aizat hanya akur. Aisyah dan Aizat duduk di ruang tamu dengan balang biskut.
" kak long nak main game apa." Aizat memandang Aisyah.
" Game yang best best la." Aisyah menjawab dengan perasaan geram. Aizat hanya membiarkan sahaja. Aizat duduk di sebelah Aisyah dengan perasaan gemuruh. Aisyah mula menyuap biskut ke dalam mulutnya sambil tangan nya tidak berhenti dari menekan butang. Aizat memandang Aisyah dengan wajah yang masam. Baru beberapa minit mereka main Aisyah sudah menang.
" Tak nak main la...tengok tu ramai ja nak tolong kak long. Aizat diorang tak nak tolong." Aizat menghampas telefon bimbitnya.
" Kak long tak minta pun diorang yang nak tolong." Aisyah masih lagi dalam posisi yang sama.
" Kak long apa kata kita tukar...kak long main yang Aizat punya Aizat main kak long punya." Aizat memandang Aisyah dengan wajah comel.
" Okay la bak sini fon Aizat tu." Aisyah menyerahkan telefonnya kepada Aizat. Mereka mula bermain sehingga lah tidak sedar yang mereka duduk di situ selama tiga jam. Airil memandang Aisyah dan Aizat tiba tiba hatinya terbakar memandang kemesraan antara Aisyah dan Aizat. Airil duduk di sisi Aisyah dia lihat balang biskut yang kosong di gantikan dengan balang biskut yang baru. Airil mengambil balang biskut tersebut lalu di makan satu persatu. Aisyah mencari balang biskutnya tetapi tiada.
" Aizat bak sini biskut tu." Aisyah menyua tanganya. Aizat memandang pelik.
" Biskut kak long mana." Aizat memberi biskutnya kepada Aisyah. Airil memandang bertambah panas lagi. Airil gigit sedikit lalu lebihnya di suap ke mulut Aisyah. Aisyah terkejut tiba tiba ada tangan yang menyuapnya sangkaannya Aizat.
" Aizat ni kenapa kak long minta biskut bukan minta suap kalau Along nampak apa pulak dia fikir. Aizat macam tak kenal Along Aizat tu yang suka fikir bukan bukan nanti tak pasal pasal dia cakap kak long nak menggatal dengan Aizat." Aisyah menolak tangan tersebut.
" Masa bila Aizat suap kak long." Aizat pelik tiba tiba Aisyah menuduh dia bukan bukan.
" Kalau aku yang suap kau buat apa aku nak fikir bukan bukan dah tak payah cakap banyak buka mulut tu." Airil bersuara di tepi telinga Aisyah.
" Kamu bertiga buat apa ni sampai habis biskut mama dekat dapur nanti kalau papa cari pandai pandai lah kamu jawab." Puan Sri Khatijah memandang ketiga tiga anak menantunya Aisyah masih fokus sehingga lah di terdengar suara Tan Sri Halim.
" Kamu main apa tu Aisyah." Tan Sri Halim memandang ke arah Aisyah.
" Aisyah main game dengan Aizat." Aisyah memandang Tan Sri Halim dengan senyum.
" Ni balang apa pula yang bersepah dekat sini." Tan Sri Halim mengutip balang biskut yang bersepah di ruang tamu rumahnya.
" Sebenarnya...Aisyah tengok biskut papa ni sedap sangat lepastu Aisyah ambil la sekeping lepastu tak sangka Aisyah termakan sebalang." Aisyah membuat muka comel sambil tersenyum manis.
" Kamu makan sampai habis." Tan Sri seperti tidak percaya. Aisyah mengangguk perlahan.
" Tapi ada lagi ni kan Airil." Aisyah pusing memandang Airil di belakang. Aisyah tunduk tengok balang biskut yang sudah kosong di tangan Airil.
" Sorry termakan." Airil memandang Aisyah.
" Kau dah kenapa biskut aku tu. Aku tak kira aku nak kau beli lain sapa suruh kau habis kan." Aisyah memandang Airil.
" Kau pun makan yang papa punya." Airil menjeling Aisyah.
" Tak nak kawan dengan kau." Aisyah berlalu pergi ke arah dapur untuk mencari biskut tetapi di halang oleh Airil.
" Biskut tu aku punya jangan ambil." Airil menjerit dari ruang tamu.
" Ada aku kisah janji aku dapat makan." Aisyah menjeling ke arah Airil. Airil bangun mengejar langkah Aisyah. Tan Sri Halim dan Puan Sri Khatijah hanya menggeleng kepala melihat telatah Aisyah dan Airil.
p/s: saya cuba update slow ii ok. : )
Share this novel