" Aisy bangun kita dah sampai hospital." Airil mengejutkan Aisyah yang masih tidur di uli mimpi. Aisyah bangun apabila tidurnya di ganggu.
" Kau nak apa aku ngantuk la." Aisyah menyambung tidurnya kembali. Airil berfikir sebelum timbul idea jahatnya. Airil mendekatkan wajahnya ke telinga Aisyah sebelum dia menjerit di tepi telinga Aisyah. Aisyah yang terkejut bila mendengar jeritan Airil terus terbangun dia menolak tubuh sasa Airil. Airil ketawa sambil menekan perutnya.
" Kau dah kenapa." Aisyah menumbuk lengan sasa Airil.
" Kita dah sampai la jom turun." Airil turun dari kereta dia meninggalkan Aisyah seorang diri.
" Oii tunggu la aku." Aisyah menjerit membuatkan beberapa orang yang berada disitu memandang ke arahnya.
" Kau ni dah kenapa jerit jerit macam orang gila." Airil menjentik dahi Aisyah.
" Angah sampai pun." tiba tiba bahu Aisyah di peluk dari belakang. Airil memandang dengan wajah yang masam.
" Kau ni suka sangat peluk aku malu la orang tengok." Aisyah memandang adik nya.
" Angah... i can kiss you lips" Khairul Azmin memuncungkan bibirnya.
" No...my lips for my husband" Aisyah berlalu pergi meninggalkan Airil dan Khairul Azmin.
" Abang Airil dengan angah tu bahagia ke." Khairul memandang Airil. Airil hanya tersenyum.
" Khai rasa." Airil terus berlalu meninggalkan Khairul. Khairul hanya menggeleng kepala sebelum dia ikut berlalu pergi. Aisyah yang sudah sampai di wad ibunya terus meluru masuk mendapatkan ibunya.
" Ibu...macam mana boleh jatuh tangga ni kn Aisy dah pesan dekat ibu hati hati." Aisyah membebel di hadapan keluarganya. Semua orang sudah masak dengan sikap Aisyah yang suka membebel bila melibatkan orang yang dia sayang.
" Hang ni la balik balik dok beletiaq kat ibu pasai pa hang tau tak ibu jatuh tangga pasai hang." puan Kalsom memandang anak perempuanya. Aisyah yang sedang pakai lipstik terus memandang ibunya sebelum bibirnya mencium pipi kanan ibunya. Aisyah pusing menghadap ayahnya di belakang dan pipi encik Ahmad di cium juga.
" pasai pa pulak Aisy yang kena." Aisyah memandang ibunya.
" Ibu hang ni rindukan hang la Aisy apa lagi." Encik Ahmad mencelah.
" Ibu...Aisy minta maaf kalau sepanjang Aisy kahwin Aisy jarang balik tengok ibu.." Aisyah memandang ke arah ibunya tangan tua milik puan Kalsom di cium.
" Laki hang tak ikut mai ka." puan Kalsom mengusap kepala Aisyah. Aisyah pandang ibunya sebelum memandang Airil yang berada di pintu masuk.
" Airil sini la asal kau berdiri dekat situ." Aisyah memanggil Airil. puan Kalsom yang mendengar panggilan Aisyah terus mencubit lengan Aisyah.
" Cuba hang cakap elok elok sikit dengan suami hang." puan Kalsom melepaskan cubitan. Airil senyum kemenangan apabila puan Kalsom membelanya.
" Ibu...ayah... ni Airil suami Aisy." Aisyah memandang Airil. Airil mendekati puan Kalsom sebelum di salam tangan tua milik puan Kalsom.
" Angah nak kiss." tiba tiba Akmal menarik tangan Aisyah. Aisyah hanya mengikut sahaja habis semua dicium nya.
" Aisy bawak suami hang balik rehat mesti dia penat." puan Kalsom memandang Aisyah. Aisyah hanya mengangguk sebelum dia menyalami semua orang yang berada di dalam wad tersebut begitu juga dengan Airil.
*************
Aisyah memandang Airil yang masih lagi tidur di uli mimpi. Aisyah terpaksa memandu bila dia lihat Airil seperti tidak cukup tidur. Memandangkan Airil tidak pernah datang ke kampungan jadi dia lah memandu.
" Airil bangun dah sampai." Aisyah mengejutkan Airil. Airil bangun membuka pintu kereta.
" Aisy aku kita dekat mana ni." Airil memandang Aisyah yang sedang membawa keluar beg pakaian mereka.
" Dekat rumah ibu la. Airil sini la tolong aku angkat beg berat ni." Aisyah memanggil Airil yang masih lagi berdiri memandang kampungnya. Airil mendekati Aisyah sebelum beg pakaiannya di angkat masuk. Aisyah mengikuti Airil dari belakang. Aisyah membuka pintu rumah sebelum dia melangkah masuk. Aisyah berlari masuk ke dalam bilik beg pakaian di biarkan di ruang tamu. Airil menggeleng dengan tingkah laku Aisyah. Dia mengangkat beg Aisyah masuk ke dalam bilik. Dia lihat Aisyah sudah baring di atas katil dengan tudung masih di kepala.
" Kalau ya pun tak sabar nak tidur buka la tudung tu." Airil mendekati Aisyah yang tidur di atas katil. Aisyah yang mendengar kata kata Airil terus membuka tudung dan lempar ke atas lantai.
" Airil kau lapar tak." Aisyah bangun menghadap Airil yang tidur di sebelahnya. Airil membuka matanya sedikit sahaja sebelum di tutup kembali.
" Lapar la tapi aku ngantuk la aku nak tidur dulu." Airil menarik bantal peluk Aisyah ke dalam pelukannya. Aisyah merenung Airil lama sebelum dia menarik banyaknya kembali.
" Kau tarik bantal ni aku peluk kau pulak." Airil mengugut Aisyah dengan pantas Aisyah melepaskan pegangannya.
" Aku keluar masak untuk kau okay." Aisyah keluar dari bilik dan menuju ke arah dapur.
Share this novel