BAB 3

Romance Series 26798

Aisyah masuk ke dalam bilik hotelnya. Dia merebahkan badannya. Tujuan asal dia ke sini adalah untuk melihat majlis yang akan berlangsung hujung minggu ni. Aisyah terlelap di atas katil tersebut. Aisyah mahu melihat siapakah perempuan yang berjaya mencuri hati bekas tunangnnya.
Ting Tong! loceng bilik hotel Aisyah berbunyi membuatkan Aisyah yang hampir terlelap bangun dengan malas. Pintu di buka seorang pekerja hotel menghantar makanan. Aisyah mengambil sebelum pintu di tutup semula. makan tersebut di letak di atas meja.
" Aku akan pastikan Riz dapat malu macam mana keluarga aku tanggung malu tapi aku tak sampai hati nak rosakkan majlis dia." omel Aisyah seorang diri. Airata dia mengalir perlahan menuruni pipinya. Dia terpaksa belagak seperti tiada apa yang berlaku pada hal hatinya sakit dan hancur untuk mempercayai lelaki lagi. tagisan Aisyah semakin lama semakin deras. Aisyah terlalu menyayangi Rizman sehingga susah untuk dia terima semua ini. Aisyah bangun dari baringannya dia mengelap air matanya. Dia perlu kuat untuk menghadapi semua ini. Dia bangun berlalu masuk ke dalam bilik air. selesai mandi di duduk di sofa makan makanan yang di pesannya tadi.

*************
Airil yang baru sampai bersama sahabat karib nya merangkap PA nya. Mereka menuju kearah kaunter untuk mengambil kunci bilik.
" Ada majlis ke kat sini." Amri memandang Airil. Airil membalas pandangan Amri dengan jelingan.
" Mana la aku tahu." Airil berlaku pergi meninggalkan Amri.
" Oii tunggu la aku." Amri menjerit membuatkan semua memandang dia. Airil menggeleng kepala melihat perangan sahabatnya.
" Bilik yang saya check in tu tingkat berapa." Airil memandang gadis depannya. Gadis tersebut tersenyum memandang Airil yang kacak. Airil menjulingkan matanya ke atas. Amri menepuk bahu Airil.
" Encik Muhammad Airil bin Tan Sri Halim." Gadis itu menyemak buku yang ada di atas meja kaunter.
" Ya saya." kata Airil.
" Encik Ada tempah dua bilik kan." gadis itu bertanya.
" Yup dua satu lagi tu untuk saya." sampuk Amri.
" Bilik encik berdua tingkat lima belah kiri 205 dan 206 ni kadnya." Gadis itu memberikan kad kepada Airil dan Amri. Amri tersenyum manis kepada gadis tersebut manakala Airil hanya menjeling sebelum berlalu ke arah lift.
" Adik manis ni sapa nama." tanya Amri. Amri memang terkenal dengan sikap buaya daratnya pantang nampak perempuan dahi licin semua dia sapu.
" Laila..." gadis tersebut tersenyum.
" Cantik nama macam tuannya juga." kata Amri.
" Laila sayang." muncul seorang lelaki berkemeja biru dan tinggi lampai menegur Laila. Laila tersenyum memandang lelaki tersebut.
" Abang bila sampai." tanya Laila.
" Baru je." kata lelaki tersebut.
" Laila sapa ni." tanya lelaki tersebut.
" Owh encik ni customers tetap hotel ni." Laila memandang Amri.
" Saya Zamir TUNANG Laila." Zamir menekan kan perkataan tunang bukan dia tidak perasan Amri cuba mengorat Laila tadi.
" Aku Amri." kata Amri dia menghulur tangan untuk bersalam. Zamir menyambut dengan senyuman.
" Laila tahu tak cik Aisy tak jadi nak nikah malam ni tak silap abang la encik Riz tu minta keluarganya putuskan pertunangan semalam." kata Zamir. Laila terkejut lalu memandang Zamir dengan tidak percaya. Amri hanya jadi pendengar sahaja di situ.
" Habis tu encik Riz kahwin dengan sapa." tanya Laila.
" Laila janji jangan bagi tahu orang lain." kata Zamir. Mereka seperti lupa akan kewujudan Amri.
" Sapa." Laila tidak sabar ingin tahu.
" Dengan Riana kawan baik cik Aisy Laila kenal kan." Zamir memandang Laila. Amri seperti terkejut bila mendapat tahu bukan dia tidak kenal dengan cik Aisy yang di maksudkan oleh Zamir dan Laila.
" Laila dah agak dah mesti Riana tu jahat." kata Laila.
" macam mana Laila tahu Riana tu jahat.
" Laila dengar Rian tu rancang nak malukan cik Aisy seminggu sebelum kahwin. Abang agak kan kalau cik Aisy tahu yang Riz tu kahwin dengan kawan baik dia sendiri mesti kecewakan. Kawan tikam belakang sakit tu bang." kata Laila. Zamir menangguk setuju.
" Tadi abang nampak kereta cik Aisy dia buat apa dekat sini." tanya Zamir.
" Dia kata nak tengok cafe dekat area sini." kata Laila.
" Ehem.. seronok bercerita sampai lupa aku dekat sini." Amri memandang Laila dengan Zamir.
" Sorry encik boleh saya bantu." Laila memandang Amri.
" Nanti tolong bagi ni dekat cik Aisy." kata Amri dia mengeluarkan kad nama nya lalu menyerahkan Laila.
" Baik encik." Laila memandang kad nama.
" Aku pergi dulu jangan lupa bagi lagi satu pesan dekat dia hati hati cari kawan." kata Amri dia berlaku pergi dengan seribu persoalan. Dia mahu menceritakan kepada Airil tetapi Airil baru seminggu balik Malaysia mana Airil kenal Aisyah Humairah arkitek terkenal dekat Malaysia ni entah entah dengar nama pun tak pernah. Amri sampai dihadapan bilik hotelnya dia masuk dan rendahkan badan sebelum terlelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience