Zulaika memandang Airil dari jauh sememangnya dia mahu kan Airil dalam hidup nya semua. Zulaika mendekati Airil yang baru sahaja keluar dari kedai buku.
" Airil...Zulaika menegur Airil dengan wajah yang cukup manis.
" kau nak apa lagi." Airil menjeling sebelum dia melangkah pergi tetapi dapat di tahan oleh Zulaika.
" I nak minta maaf I tahu I salah tapi please maaf kan I. Airil I still love you." Zulaika memaut lengan Airil. Airil memandang Zulaika tiba tiba timbul idea jahat di benak nya. Airil memandang Zulaika lalu memeluk pinggang Zulaika.
" Betul kau sayang kan aku." Airil memandang Zulaika. Zulaika bersorak di dalam hati kerana Airil sudah memakan umpannya.
" Yes..I love you so much." Zulaika membuat cara gediknya. Airil tersenyum sinis dalam hati dia sudah mengutuk Zulaika.
" Okay I maaf kan you tapi you janji you tak buat lagi." Airil mula bermulut manis demi menjayakan misinya. Zulaika mengangguk sebelum pipi Airil di cium. Airil melepaskan pelukannya di pinggang Zulaika dan berlalu pergi. Zulaika pula sudah ketawa mengenang kan yang Airil terlalu bodoh kerana mempercayai nya.
Airil tiba di hadapan pintu kondo nya. Airil melangkah masuk dia lihat Aisyah sedang melayan laptopnya. Airil duduk di sisi Aisyah dengan pantas Aisyah mengemas barang barangnya dan masuk ke dalam bilik. Airil hairan dengan perilaku Aisyah yang tidak menegurnya. Aisyah menghempas pintu bila dengar kuat sehingga Airil terkejut.
" Perempuan ni dah kenapa sewel dia datang balik ke." Airil mengomel seorang diri. Airil memandang ke arah pintu bilik Aisyah bila dia mendengar pintu bilik Aisyah dibuka. Aisyah melangkah keluar tanpa menghiraukan Airil namun belum sempat Aisyah melangkah keluar Airil terlebih dahulu bersuara.
" Selangkah kau keluar dari rumah ni aku tak akan ampunkan dosa kau dunia mahu pun akhirat." Airil memandang Aisyah yang berdiri kaku. Aisyah pusing semula dan masuk ke dalam biliknya telefon di ambil lalu mendail nombor seseorang.
" Hello Along hari ni angah tak boleh keluar. Airil tak izin kan angah keluar." Aisyah memejam mata mendengar apa yang dia katakan oleh abangnya.
" Okay jaga diri." Aisyah memutuskan talian. Aisyah memejam mata sebelum dia terlelap.
**********
Aisyah terjaga apabila mendengar ketukan di pintu biliknya dengan perasaan malas Aisyah bangun juga membuka pintu. Airil memandang Aisyah yang berdiri di hadapan. Airil masuk ke dalam biliknya tanpa sempat Aisyah menahan. Airil baring di atas katil Aisyah dengan memeluk batal Aisyah. Aisyah menutup pintu lalu berjalan ke arah Airil. timbul idea nakal di fikiran Aisyah. Aisyah mendekati Airil lalu tidur di atas tubuh Airil. Airil yang terkejut membuka mata.
" Kau buat apa ni turun la." Airil menolak tubuh Aisyah turun dari badannya. Aisyah memeluk Airil lalu mencium pipi Airil sekali lagi Airil terkejut terus dia bangun dari baringannya.
" Kau marah bila aku cium kau peluk kau tapi kenapa bila BEKAS tunang kau peluk cium kau tak marah pelik kan yang haram juga di cari." Aisyah menekan kan perkataan bekas biar Airil faham. Airil yang mendengar agak terkejut macam mana Aisyah boleh tahu. Aisyah turun dari katil lalu mengambil laptop dan berlalu keluar dari bilik. Airil turut mengikuti langkah Aisyah.
" Macam mana kau tahu." Airil duduk di sisi Aisyah yang sedang menghadap laptop.
" Aku nampak masa aku nak balik tadi. Aku pun tak sangka yang kau boleh peluk dia macam dia bini kau." Aisyah tidak memandang Airil yang sedang merenung tajam ke arahnya.
" Aku buat semua tu bersebab lagi pun aku bukan suka suka peluk dia. Kau ingat aku nak kutip benda yang aku dah buang." Airil merampas balang biskut yang berada di tangan Aisyah.
" Kau ni dah kenapa tiba tiba rampas balang biskut aku." Aisyah mula mengamuk dia menumbuk lengan Airil.
" Benda boleh kongsi kan." Airil menggigit biskut tersebut sebelum lebih biskut di suap ke dalam mulut Aisyah yang terbuka sikit. Aisyah terpaksa membuka mulut bila Airil menyuapnya dengan kasar. Airil tidak menghiraukan pandangan Aisyah kepadanya.
" Kalau ya pun nak kongsi biskut jangan la sampai bekas kau pun kau bagi aku makan." Aisyah kembali menghadap laptop nya.
" Apa salahnya kau kan isteri aku mesti la makan bekas aku lagi pun boleh mengeratkan lagi hubungan kita." Airil menyuap Aisyah dengan biskut yang di gigit nya.
" Tak salah tapi jangan la sampai sakit mulut kau kau suap." Aisyah memandang Airil.
" Kau tunggu sini aku nak pergi ambil air." Airil bangun dan melangkah ke arah dapur. Aisyah hairan melihat Airil hanya membawa satu sahaja gelas.
" untuk aku tak ada ke." Aisyah memandang Airil.
" Kita kongsi." Airil senyum sebelum menyambung suapannya.
" Semua benda kena kongsi dengan kau." Aisyah mula merungut.
" Hidup ni mesti la kena kongsi." Airil menyuap Aisyah biskut.
" Kalau macam tu apa kata kau bagi aku pinjam Aisyah sekejam untuk satu malam je. Kau kan suka kongsi so boleh lah kau kongsi Aisyah dengan aku." muncul Amri dengan senyuman yang tidak leka di bibirnya. Aisyah menarik tuala Airil dan menutup kepalanya yang terdedah. Airil yang terkejut menarik kembali tualanya kembali. Amri yang melihat perebutan tersebut terus bersuara.
" Kau nak aku tengok rambut isteri kau yang cantik tu ke." Amri memandang Airil dengan senyuman nakal. Airil memberhentikan tanganya dari menarik tuala tersebut. Baru dia sedar yang Aisyah tidak bertudung.
" Kau jangan macam macam kau tumbuk kang." Airil menunjuk penumbuknya ke arah Amri.
" Macam mana dengan cadangan aku yang kita kongsi Aisyah." Amri memerhati Airil.
" Kau ingat Aisyah ni barang ke nak kena kongsi bagai." Airil terus merapatkan dirinya dengan Aisyah.
" so tak boleh lah aku nak pinjam Aisyah." Amri lihat Airil sudah bangun.
" Kau berambus sekarang dari rumah aku." Airil menunjuk ke arah pintu.
" Weii chill la aku gurau je pun...lagi pun aku datang sini sebab nak bagi tahu kau yang aku nak minta cuti seminggu." Amri memulakan bicaranya.
" Kau nak buat apa cuti sampai seminggu." Airil mula tenang.
" Aku nak bawak lari isteri kau balik Kedah." Amri lihat muka Airil sudah merah.
" Kau jangan bagi aku marah boleh tak." Airil mencengkam kolar baju Amri. Aisyah bangun dan menghalang Airil dari berbuat sesuatu.
" Airil please stop." Aisyah cuba memujuk.
" Aku nak pinjam Aisyah untuk perempuan ni. Aku tak tahu nak bagi tahu macam mana tapi jujur aku cakap yang aku dah rosakkan perempuan ni." Amri meraut rambutnya dan di genggam kasar.
" Apa maksud kau...perempuan mana yang kau rosak." Airil memandang kawan baiknya.
" Aku tak ingat sebab masa tu aku mabuk dan perempuan tu datang tolong aku. Dia tolong hantar aku ke bilik aku walaupun masa tu dia agak keberatan tetapi atas desak kan aku dia hantar aku. Masa dia nak keluar aku halang dia dari keluar. Aku rogol dia Airil. Aku bangun je pagi tu aku tengok dia dah tak ada dekat sebelah aku. Aku tak sangka yang dia masih dara. Aku ada jumpa ni dekat tepi katil aku rasa dia punya." Amri mengeluarkan kad pengenalan seseorang. Aisyah mengambil lalu membaca nama pemiliknya. Sungguh Aisyah terkejut membaca sebaris nama yang cukup dia kenal. Airil merampas dan membaca.
" Siti Nur Laila Awatif binti Sulaiman siapa ni." Airil memandang Aisyah.
" Laila...tunang kepada Zamir." Aisyah mencapai telefonnya lalu mendail nombor Laila.
" Amri kau rogol tunang orang weii." Airil memandang Amri yang nampak tertekan.
" Aku tahu dekat mana dia tinggal esok kita gerak pergi sana." Aisyah memandang Amri sebelum Airil memandang Aisyah.
" Aku nak jumpa dia sekarang aku nak minta maaf aku nak bertanggungjawab atas apa yang aku dah buat." Amri memandang Aisyah.
" Kalau macam tu kita gerak dalam pukul tiga nanti." Airil memandang Amri. Amri hanya mengangguk sahaja.
Share this novel