Airil terjaga dari tidurnya tekaknya terasa dahaga. Airil melangkah ke arah dapur namun tiba tiba langkahnya mati bila melihat susuk tubuh seseorang sedang berdiri menghadap langit dengan esakan yang halus. Airil terpukau seketika buat kali pertama dia lihat rambut Aisyah yang panjang hingga ke pinggul gadis itu.
" Kau kejam Ana...sanggup kau ambil dia dari aku...sanggup kau tikam belakang aku...kenapa kau...tiba tiba satu suara mencelah.
" Kenapa kau menangis sebab dia khianat kau. Kenapa kau bazirkan air mata kau untuk orang yang tak hargai kau." Airil mendekati Aisyah yang terkejut. Airil menyapu air mata Aisyah yang masih lagi bersisa.
" Kau buat apa dekat sini bukan ke kau dah tidur tadi." Aisyah memandang Airil dari atas hingga ke bawah. Airil tidak memakai baju dan hanya berseluar pendek paras lutut. Aisyah menundukkan wajahnya yang sudah bertukar warna.
" Yup...tapi aku bangun sebab aku dahaga la." Airil perasan yang wajah Aisyah sudah bertukar warna bila melihat dia tidak berbaju
" Kau nak aku buat kan air untuk kau tak." tanya Aisyah.
" Boleh juga aku nak Milo panas." Airil memandang Aisyah yang masih lagi menunduk.
" Okay kau tunggu sini aku pergi buat." kata Aisyah dia berlalu pergi ke arah dapur. Airil mengikuti Aisyah dari belakang.
" Apa la dia ni kalau ya pun nak tunjuk body seksi dia tu jangan la depan aku buat malu jer." omel Aisyah seorang diri. Airil yang berada di belakang hanya menggeleng.
" Biar la ni rumah aku so suka hati aku la nak tunjuk body aku dekat siapa pun yang kau pergi tengok tu dah kenapa." Airil mendekati Aisyah. Aisyah pusing menghadap Airil.
" Bagus la tu lagi pun aku suka sangat bila kau tak pakai baju depan aku." Aisyah mendekati Airil dengan lebih rapat. Airil yang tidak keruan terus berjalan menuju ke arah ruang tamu. Aisyah mengikuti dengan membawa mug berisi Milo panas untuk Airil.
" Aisy teman aku layan movie nak tak." Airil memandang Aisyah yang berdiri di sisinya.
" Biy waktu waktu macam ni orang tak tengok movie tapi....Aisyah merapatkan tubuhnya ke badan Airil yang tidak berbaju.
" Kau buat apa ni tepi la panas." Airil menolak tubuh Aisyah sehingga terjatuh dari sofa. Kepala Aisyah hampir terkena bucu muka mujur Aisyah sempat menahan. Aisyah bangun dari duduk dia memandang Airil dengan tajam.
" Kalau ya pun tak sabar nak tengok aku pergi dari hidup kau tak payah la sampai nak membunuh. Aku tak habis lagi cakap kau dah potong lepastu nak bunuh aku pulak tu. Kau nak tengok sangat kan movie kau tengok la sorang sorang aku nak pergi solat malam." Aisyah melangkah pergi pintu bilik di tutup dengan kuat. Airil yang berada di luar mula rasa bersalah. Aisyah pula membaringkan badan dan tidur. Belum sempat matanya pejam tiba tiba telefonnya berbunyi nama Akmal muncul di skrin telefonnya.
" Hello assalammualaikum angah balik sekarang ibu...ibu jatuh tangga." kata kata Akmal membuatkan Aisyah kaku dia menangis sebelum bangun dan menuju ke arah almari.
" Acik ibu sekarang macam mana." Aisyah keluar dengan beg pakaiannya. Airil memandang dengan pandangan yang pelik.
" Alang dah bawah ibu ke hospital." Akmal bersuara dalam keadaaan cemas.
" Kau tunggu angah balik sekarang kalau ada apa apa terus call angah tau." kata Aisyah dia mematikan talian. Aisyah mengikat rambutnya sebelum tudung diambil dan di pakai. Aisyah mendekati Airil yang sedang memandangnya.
" Airil aku nak balik kampung ibu jatuh tangga." Aisyah memandang Airil. Airil bangun dan berlalu masuk ke dalam biliknya. Aisyah mengikuti dari belakang sehingga dia juga masuk ke dalam bilik Airil.
" Kau pergi tunggu luar aku nak pakai baju." Airil memandang Aisyah melalui cermin. Aisyah melangkah keluar dia menunggu Airil di ruang tamu. Airil keluar dengan membawa beg pakaiannya.
" Oii kau tunggu apa lagi cepat la." Airil memanggil Aisyah yang sedang termenung.
" Kau nak pergi mana." Aisyah memandang Airil.
" Aku nak ikut kau balik kampung la apa lagi." Airil mencapai kunci kereta. Aisyah mengikuti Airil sahaja.
" Suka hati kau la Airil janji kau bahagia." Aisyah menjeling Airil. Mereka berdua keluar dari rumah dan menuju ke arah lift. Airil keluar meninggalkan Aisyah injin kereta di panaskan sebelum bertolak pergi.
Share this novel