Aisyah bangun dari tidurnya setelah mendengar azan subuh. Dia memandang Airil yang masih tidur. Niatnya untuk kejutkan Airil bangun di biarkan begitu saja. Aisyah bangun dan menuju ke arah bilik air. Pagi ini Aisyah dan Airil kan pulang ke Pahang semula di sebab kan Airil perlu masuk kerja semula. Aisyah keluar dari bilik air dia menuju ke arah Airil dan kejutkan Airil.
" Airil bangun...." Aisyah kejutkan Airil tetapi sia-sia sahaja. Airil masih lagi nyenyak tidur. Tiba tiba idea jahatnya muncul di fikirannya. Aisyah terus merebahkan badannya di atas badan Airil lalu bibir Airil di cium lama sehingga Airil terjaga dari tidur. Tidak cukup dengan cium bibir Aisyah mencium leher Airil. Airil yang merasakan sesuatu di lehernya membuka mata. Terkejut dia bila melihat Aisyah sudah berada di atas badannya. Airil terus bangun sehingga membuatkan Aisyah yang berada di atas badannya memeluk dia.
" Kau buat apa ni perempuan sewel." Airil tidak sedar yang tangan dia memeluk pinggang Aisyah. Aisyah pulak tidak habis habis dengan senyuman menggoda dia.
" Aku kejutkan kau la biy." Aisyah masih lagi membuat suara manjanya. Airil pula sudah tidak keruan.
" Kau kejutkan aku ke kau ambil kesempatan." Muka Airil sudah mencuka.
" Aku tak ambil kesempatan la aku just goda kau." Aisyah mencium pipi Airil. Airil hanya membiarkan sahaja.
" Tepi aku nak mandi...kau mandi ke tidak lagi ni." Airil mengangkat Aisyah dari ribanya dan meletakkan Aisyah di atas katil.
" Aku dah mandi la siap ambil wuduk lagi." Aisyah mencapai telekung. Airil mendekati Aisyah lalu memeluk pinggang Aisyah dan meletakan dagunya di bahu Aisyah.
" Kau cakap dah ambil wuduk kan tapi solat kau tetap tak sah." Airil berbisik lembut di telinga Aisyah.
" Kenapa pulak." Aisyah pusing menghadap Airil.
" Sebab wuduk kau dah batal bila kau buat macam ni dekat aku." kini giliran Airil pulak mengenakan Aisyah. Airil mencium bibir, leher serta pipi Aisyah. Aisyah yang terkejut terus tolak Airil menjauhi nya.
" Aduhh...macam mana aku boleh lupa ni." gumam Aisyah tetapi dapat di dengari oleh Airil.
" Kau pergi ambil wuduk dulu kejap lagi aku mandi." Aisyah berlalu masuk ke dalam bilik air dan mengambil wuduk semula. Aisyah keluar dia lihat Airil sambung tidur.
" Airil bangun mandi." Aisyah memakai telekung. Airil bangun dengan malas menuju kearah bilik air.
************
" Airil bawak kereta elok elok nohh jangan laju laju." puan Kalsom memesan kepada Airil. Airil hanya mengangguk.
" Baik bu...ibu ayah Airil dengan Aisyah dah nak bertolak ni." Airil mendekati puan Kalsom dan encik Ahmad untuk bersalaman dan di ikuti oleh Aisyah.
" Aisyah hang jaga rumah tangga hang baik baik dengaq cakap suami tu jangan dok melawan." puan Kalsom memeluk anaknya.
" okay ibu...ibu Aisy pi dulu nohh." Aisyah berlalu masuk ke dalam kereta. kereta milik Airil bergerak perlahan memandangkan Airil masih lagi tidak biasa memandu di jalan kampung yang sempit.
" Airil kau takut ehh." Aisyah memandang Airil yang fokus pada jalan.
" Kau diam la." Airil menekan pedal minyak tiba tiba keretanya di langgar dari belakang. Airil berhenti di tepi jalan dia keluar dan lihat kesan calar nasib baik sikit. Aisyah juga ikut keluar dan memandang pemilik kereta yang langgar kereta Airil. Aisyah membulatkan mata begitu juga dengan si dia.
" Aisyah Humairah..." tegur lelaki itu.
" Iqbal Hadi.." Aisyah juga turut menegur.
" Bila kau sampai sini." Iqbal memandang Aisyah dan lelaki di sebelah Aisyah.
" Aku dah balik tiga hari so now aku dah nak balik sana lagi pun suami aku kerja la." Aisyah memeluk lengan Airil.
" Suami..bila kau khawin sampai hati tak bagi tahu aku." Iqbal menjeling Aisyah.
" Aku bukan tak nak bagi tahu tapi aku tak bersedia lagi la." Aisyah memandang Airil. Airil tahu Aisyah cuma menjaga aib mereka berdua.
" Tak apa lah Aisyah janji kau bahagia." Iqbal memandang Airil.
" Iqbal kenalkan ni suami aku Airil dan Airil kenal kan Iqbal anak angkat ibu dan ayah." Aisyah memandang Airil. Airil dan Iqbal bersalaman. Iqbal bangga dengan Aisyah walaupun mereka berdua bukan darah daging Aisyah masih mengaku yang dia anak kepada ayah dan ibu Aisyah.
" Sorry pasal kereta tak sengaja langgar." Iqbal memandang Airil dan Aisyah.
" Tak apa lah sikit je." Airil senyum memandang Iqbal.
" Tak apa lah Iqbal aku gerak dulu." Aisyah melambai ke arah Iqbal. Iqbal hanya mengangguk kepala. Airil menyalami Iqbal dan berlalu pergi belum sempat Aisyah dan Airil masuk ke dalam kereta Iqbal memanggil Aisyah.
" Aisyah...aku bangga dengan kau sebab kau dah buktikan kepada aku yang kau akan tinggal orang yang kau sayang andai ke hadiran kau tak pernah di hargai oleh dia." Iqbal senyum dan ketawa. Aisyah memandang Iqbal dan senyum sebelum dia menjawab.
" Aku belum buktikan lagi la." Aisyah menjawab. Airil memandang Iqbal dan Aisyah silih berganti.
" Habis tu Rizman tu apa." Iqbal merenung Aisyah.
" Dia yang tinggalkan aku bukan aku tinggalkan dia tapi aku rasa benda tu akan berlaku tak lama lagi. Kau ingat kan apa yang aku pernah cakap dulu. Aku akan tinggalkan orang yang aku sayang andai kehadiran aku dalam hidup dia tak pernah dia hargai walaupun sedikit." Aisyah tersenyum tawar. Iqbal memandang Aisyah sebelum beralih ke arah Airil. Airil pula sudah terkejut dengan kata kata Aisyah.
" Aku doa kan kau bahagia Aisyah." Iqbal masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi. Aisyah juga begitu dia masuk ke dalam kereta dan menunggu Airil masuk. Air mata Aisyah menitis satu persatu sungguh setiap kali mengenangkan Rizman dan Riana air matanya akan jatuh. Sungguh dia akui yang dia masih belum melupakan apa yang terjadi. Airil masuk ke dalam kereta dia lihat air mata Aisyah menitis satu persatu walaupun Aisyah memejam mata. Airil mengambil tisu lalu dia berikan kepada Aisyah.
" lap air mata kau tu." Airil meletakan tisu di tapak tangan Aisyah. Aisyah membuka mata dan memandang tisu di tapak tangan nya sebelum dia memandang Airil.
" Kenapa diorang kejam dengan sangat dengan aku. Apa salah aku." Aisyah merenung ke luar tingkap.
" Kau tak salah pun tapi kau terlalu baik dan percaya sangat dekat diorang tu." Airil memandu sehingga sampai di jalan besar. Airil memandang Aisyah yang masih lagi menangis.
" Aku sedih bila kawan aku sendiri ambil orang yang aku sayang." Aisyah memandang Airil. Airil juga memandang Aisyah sebelum dia menjeling tajam.
" Ingat sikit kau tu dah jadi isteri orang." Airil fokus pada pemanduannya.
" Dulu je aku sayang dia sekarang ni aku cuma sayang kau je." Aisyah menekup mulutnya dengan tangan apabila dia sedar yang dia terlepas cakap. Airil memandang Aisyah yang menunduk malu.
" Kalau kau sayang aku stop nangis." Airil menggengam tangan Aisyah.
" Mana ada aku sayang kau." Aisyah menarik tangan nya.
" Aku tahu kau sayang aku tapi maaf la aku tak sayang kau pun dan jangan harap kau akan dapat cinta aku." Airil menjeling ke arah Aisyah.
" Aku tahu kita kahwin bukan atas dasar cinta tapi kau kena ingat aku ada hati dan perasaan kalau di beri pilih sama ada kekal dengan kau atau pergi dari hidup kau aku rela pilih pergi sebab aku tahu mengharap pada yang tak sudi memang menyakitkan tambah lagi melepaskan orang yang aku sayang. Aku pun tak harap kau balas cinta aku tapi yang aku harap adalah keredaan kau atas perkahwinan kita. Kau jangan risau la Airil bila aku rasa diri aku tak di hargai aku sendiri akan pergi." Aisyah memandang ke luar tingkap air matanya jatuh lagi. Airil terkedu dengan kata kata Aisyah tidak sangka apa yang di katanya tadi membuat Aisyah terasa begitu dalam. Airil memandang Aisyah yang menghadap keluar tingkap.
" Aku tak maksud kan macam tu pun aku cuma nak..... belum sempat Airil menghabiskan kata katanya Aisyah sudah memotong.
" Kau cuma nak ingatkan aku supaya lupakan cinta aku terhadap kau sebab cinta kau hanya untuk Zulaika." habis saja berkata Aisyah mengeluarkan earsfon lalu di pasang pada telefonnya. Lagu di buka dengan sederhana kuat. Airil memandang Aisyah yang memejam mata. Airil masih lagi terkedu apabila nama Zulaika di sebut oleh Aisyah bagaimana Aisyah tahu tentang Zulaika. Airil mencabut earsfon dari telinga Aisyah. Aisyah yang terkejut terus membuka mata.
" Macam mana kau tahu pasal Zulaika." Airil merampas telefon Aisyah lalu di campak ke belakang.
" Kau ni dah kenapa." Aisyah menjeling Airil.
" Aku tanya jawab la." suara Airil sedikit meninggi.
" Kau nak tahu sangat kan okay aku bagi tahu. Aku dengar kau sebut nama dia masa kau tidur. Kau rayu dekat dia supaya jangan tinggalkan kau dan kau sendiri janji dengan dia yang kau tak akan sayang dan cinta perempuan lain walaupun perempuan tu isteri kau sendiri. Aku dengar semuanya Airil SEMUANYA." Aisyah menekankan perkataan semuanya. Airil betul betul terkejut dengan apa yang di katakan oleh Aisyah.
" Aisyah aku... Airil tidak dapat meneruskan kata katanya apabila Aisyah memotong.
" Aku faham Airil...cukup la aku dah penat dengan semua ni. Kau jangan risau lepas ni aku tak kan kacau hidup kau lagi." Aisyah memandang Airil. Airil hanya diam kan sahaja. Dia memandu sehingga sampai di rumah papanya.
" Aisyah kita dah sampai." Airil menyentuh tangan Aisyah tetapi di tolak lembut oleh Aisyah. Aisyah keluar dan bersalaman dengan Puan Sri Khatijah dan Tan Sri Halim sebelum dia berlalu masuk menuju ke arah bilik Aina. Puan Sri Khatijah memandang Aisyah sebelum dia memandang Airil.
Share this novel