Aisyah melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat bersama Firdaus. lily mendekati Aisyah dan menghadiahkan sebuah senyuman yang cukup manis. Aisyah membalas senyuman Lily.
" Lily awak tolong hantar fir ke bilik saya." Aisyah menghulurkan tangan Firdaus kepada Lily belum sempat Lily menyambut Firdaus sudah melarikan tangannya.
" Fir tak nak ikut aunty Lily...fir nak duduk dengan mama." Firdaus memeluk kaki Aisyah. Aisyah tunduk memandang wajah Firdaus.
" Fir jangan macam ni...mama ada meeting sekarang ni." Aisyah memandang semua yang berada di dalam bilik mesyuarat.
" Fir tak kira fir nak juga duduk dengan mama." Firdaus terus berlaku ke arah hadapan meja. Aisyah hanya membiarkan sahaja. Aisyah memandang satu persatu manusia yang berada di dalam bilik tersebut. Mata Aisyah jatuh pada lelaki yang sedang memandang telefonnya.
" Assalammualaikum semua maaf saya lambat sampai boleh kita teruskan meeting kita." Aisyah membuka bicara dengan suara yang lembut semua mata tertumpu ke arah Aisyah.
" Aisyah Humairah...tiba tiba nama Aisyah diseru Aisyah pusing kan kepalanya memandang gerangan yang memanggilnya.
" Ya saya encik Airil...maaf kalau buat semua terkejut." Aisyah cuba berlagak tenang.
" Aisy I miss you." luah Airil tanpa sedar semua mata memandang Airil.
" Mama apa yang uncle ni cakap...ada hati nak rindu mama kita." Firdaus mencelah sekali lagi terkejut semua orang.
" Cik Aisy masih muda tapi dah jadi janda hot anak satu." sampuk Dato' Razali. Siapa yang tak kenal Dato' Razali yang miang kalahkan keladi.
" Maaf semua boleh kita mulakan mesyuarat ini." Aisyah terus duduk tanpa memandang Airil sehingga habis mesyuarat. Aisyah bangun dari duduknya lalu melangkah ke arah pintu tetapi langkahnya mati bila lengannya di tarik lembut.
" Aisy aku nak minta maaf dengan kau." Airil menarik Aisyah ke dalam pelukannya. Aisyah menolak tubuh Airil tetapi tidak berjaya.
" Encik Airil tolong lepaskan saya." Aisyah bersuara lembut.
" Aku tak akan lepaskan kau lagi cukup la sekali aku jadi bodoh lepas kan kau." Airil memeluk erat Aisyah.
" Encik lepaskan saya sekarang saya nak cepat." Aisyah sedaya upaya tolak Airil.
" Mama kenapa uncle ni peluk mama kalau uncle di peluk mama macam mana kita nak balik kampung nenek...fir nak jumpa nenek." Firdaus memandang Aisyah.
" Okay aku boleh lepaskan kau tapi bagi beg kau dulu." Airil merampas beg tangan Aisyah. Aisyah hanya membiarkan sahaja. Airil terus mencari kunci kereta Aisyah. Airil menarik keluar kunci dari beg Aisyah.
" Fir jom kita balik kampung uncle hantar kan." Airil memandang Firdaus. Firdaus yang teruja terus mengikut Airil. Aisyah tidak pilihan lain selain ikut Airil. Lily yang pelik hanya mennggeleng kepala.
" Awak jangan risau lah...encik Airil tu suami Aisy." Amri melangkah keluar dari bilik mesyuarat.
*********
" Maaf encik Airil boleh pulangkan balik kunci kereta saya." Aisyah memandang Airil.
" Fir mana kereta mama fir." Airil terus mendukung Firdaus. Firdaus menunjukkan sebuah kereta Honda hitam kepada Airil. Airil terus menuju ke arah kereta.
" Airil Hasnan....Aisyah menyebut nama Airil. Airil yang mendengar terus pusing kebelakang sebelum pusing semua kedepan. pintu kereta di buka tubuh kecil Firdaus di letakkan di tempat duduk belakang.
" Cik Aisyah Humairah masuk ke dalam kereta sekarang atau aku cium kau dekat sini." Airil senyum nakal ke arah Aisyah. Aisyah melangkah cepat dan masuk ke dalam kereta. Firdaus hanya ketawa.
" Mama takut dengan uncle tu ke." Firdaus ketawa lagi. Airil menghidupkan enjin kereta. Kereta itu meluncur perlahan.
" uncle ni sapa nama dan uncle ni kenal mama ke." Firdaus menyoal dengan riak pelik.
" Nama uncle Airil dan uncle suami mama fir. Kami dah kahwin empat bulan." Airil menjawab dengan tenang.
" Kalau uncle suami mama ini bermakna uncle ni papa angkat fir la kan." Firdaus masih lagi menyoal. Aisyah pelik dengan soalan Firdaus terus memandang Firdaus.
" kenapa pula papa angkat fir." Aisyah menyoal kembali.
" sebab uncle ni suami mama dan mama pula fir anggap macam mama fir jadi uncle pun fir boleh anggap macam papa fir kan." Firdaus menoleh ke arah Firdaus yang sedang memandu.
" Boleh sangat uncle lagi suka." Airil menjeling Aisyah sekilas.
" Mama tak setuju." Aisyah memeluk tubuhnya.
" kenapa pulak mama tak setuju." Firdaus pandang Aisyah pula.
" Sebab dia bukan papa fir." Aisyah memberi alasan yang betul betul dianggap kukuh.
" Mama pun bukan mama fir tapi fir anggap mama macam mama fir sendiri so tak jadi masalah kalau fir anggap uncle papa baru fir lagi pun fir tak puas rasa kasih sayang seorang daddy." wajah Firdaus bertukar mendung secara tiba tiba. Aisyah jadi serba salah di sebabkan mulut dia Firdaus kembali sedih.
" Okay mama boleh setuju tapi fir janji satu benda dengan mama." Aisyah meraik tangan kecil Firdaus.
" Apa..." Firdaus juga memegang tangan aisyah.
" fir janji tak akan sedih sedih lagi." Aisyah mengangkat jari kelingking nya. Firdaus mencapai lalu bersuara girang.
" Fir janji mama." Firdaus terus mencium pipi Aisyah. Airil senyum dengan telatah Aisyah dan Firdaus. Aisyah memandang keluar tingkap. Airil meraik tangan Aisyah yang berada di atas riba Aisyah. Aisyah yang terkejut terus melarikan tanganya tetapi di genggam kemas oleh Airil.
" Aku nak minta maaf dekat kau...aku tahu aku salah dalam menilai kau. Aku menyesal sebab bertindak melulu ke atas kau. Aku terlalu mempercayai orang lain dari isteri sendiri. Kau tahu tak seminggu kau hilang aku macam orang gila cari kau sampai lah aku tekad nak cari kau dalam berkerja dan akhirnya aku jumpa kau tapi kau banyak berubah kau nampak lebih cantik dan mampu menggugat iman mana mana lelaki yang tengok kau walaupun kau memakai baju yang menutupi aurat. Dekat mata aku kau paling seksi rasa macam nak ngam kau." Airil tersenyum gatal ke arah Aisyah. Aisyah yang memandang terus merembang bulu tengkoknya. Airil sudah lain tidak seperti dulu lagi.
" Kau jangan buat macam tu lagi seram aku dengar." Aisyah menolak wajah Airil supaya pandang ke hadapan.
" Tahu takut sebelum ni kau buat dekat aku kau ingat tak takut." Airil menjeling Aisyah. Aisyah yang malas melayan Airil terus memejam mata pura pura tidur. Airil hanya ketawa kecil.
" Kau maafkan aku tak ni." Airil masih lagi mencuba.
" Tak...aku tak nak maafkan kau." Aisyah menjelir lidah.
" Dosa tahu tak jelir lidah dekat suami." Airil pura pura merajuk. Airil terus memandu tanpa bersuara lanjut sehinggalah merata tiba di kampung halaman Aisyah. Airil keluar lalu mendukung Firdaus yang masih lagi tidur.
" assalammualaikum...ibu sihat tak ni." Airil menyalami puan Kalsom.
" Alhamdulillah sihat...hang sihat ka. Ni anak sapa pulak hang bawak balik ni." puan Kalsom memandang Firdaus yang berada di dalam dukungan Airil.
" Airil sihat ibu...pasal Firdaus nanti suruh Aisyah yang cerita Airil tak tahu...Ibu Airil masuk dulu nak letak Firdaus dalam bilik biar dia selesa sikit tidur." Airil melangkah masuk setelah puan Kalsom menangguk. Aisyah yang mengikut dari belakang hanya menjadi pendengar.
" Yang hang ni awat pulak Aisy." puan Kalsom memandang anak perempuan nya.
" Aisy okay ibu cuma penat sikit je." Aisyah menyalami puan Kalsom.
" Ibu sihat ka." Aisyah memeluk ibunya.
" Sihat ja awat...hang tengok ibu macam tak sihat ka." puan Kalsom melepaskan pelukan.
" Ibu ni Aisy rindu ibu tau dak." Aisyah mencium pipi puan Kalsom.
" Dah jom makan ibu ada masak ikan keli bakaq." puan kalsom membawa Aisyah masuk.
" Ibu Aisy nak mandi dulu." Aisyah memandang ibunya.
" Hah pi la mandi dulu satgi ajak Airil turun makan sama." puan Kalsom melepaskan Aisyah. Aisyah melangkah masuk ke dalam bilik. Airil yang sedang baring di sebelah Firdaus terus bangun dan keluar dari bilik. Aisyah hanya memandang pemergian Airil. Aisyah rasa bersalah kepada Airil. Aisyah mendekati Firdaus pipi Firdaus diusap lembut.
Share this novel