Aisyah bangun seawal pagi dia memandang jam yang berada di dinding. Aisyah melangkah turun dari katil dia lihat Airil masih lagi tidur dengan tangan berada di pinggangnya.
" Dah puas ke tenung biy." tiba tiba Airil membuka mata. Aisyah cepat cepat turun dari katil.
" Sapa yang tenung kau." Aisyah menjeling Airil.
" Malu la tu...sayang sini jap." Airil menepuk-nepuk tilam meminta Aisyah duduk di situ.
" Nak apa." Aisyah melepaskan ikatan rambutnya.
" Buka baju tu aku nak tengok luka sayang semalam." Airil memandang Aisyah.
" Tak nak lah...lagipun sikit je." Aisyah cuba berdalih.
" Jangan nak mengada buka sekarang aku aku yang tolong kau buka." Airil mendekati Aisyah tetapi sempat di tahan oleh Aisyah. Aisyah membuka bajunya. Airil yang berada di belakang Aisyah menyentuh kesan luka itu. Aisyah hanya mampu mengadu sakit.
" Pergi mandi lepastu nanti aku letakan ubat." airil menurunkan kembali baju Aisyah.
" Ye lah..." Aisyah bangun dari duduknya. aisyah melangkah keluar dari bilik.
" mama...fir nak mandi." muncul Firdaus di hadapan pintu bilik Aisyah.
" Jom mama mandi kan fir." Aisyah mendukung si kecil itu.
" Mama semalam kan fir mimpi fir jumpa budak kecil je comel." Firdaus memaut leher Aisyah.
" Laki ke perempuan." Aisyah menyoal kembali.
" lelaki nama dia Muhammad Farid bin fir tak tahu." jawab Firdaus. Aisyah terkejut dengan nama tersebut.
" Apa lagi yang dia cakap." Aisyah menanti dengan penuh curiga.
" Dia baby lagi la...mama tahu tak ada sorang nenek tu cakap tu adik fir...mula mula fir tak caya tapi bila nenek tu tunjuk gambar mama dengan papa terus fir percaya." Firdaus membuka bajunya satu persatu sehingga tinggal seluar pendek yang di jadikan seluar tidur malam.
" Owh bagus la kalau macam tu...mimpi tu mainan tidur je sayang." Aisyah mengusap kepala Firdaus.
" mama kalau betul la tu anak mama boleh kan fir bahasa kan diri fir ni abang." Firdaus masih lagi menyoal Aisyah
" boleh sayang." Aisyah mandikan Firdaus sehingga selesai.
" Along....tolong pakaikan fir baju boleh." Aisyah memandang abangnya. Anwar memandang Firdaus sebelum memandang Aisyah.
" Boleh la tapi dengan satu syarat." Anwar senyum dengan penuh makna.
" Apa syaratnya." Aisyah menjeling abangnya.
" syaratnya kau bagi aku anak buah baru." ketawa Anwar bila melihat wajah cuak Aisyah.
" Along sabar la dulu kami tengah berusaha la sekarang." muncul Airil di sebalik pintu dapur.
" ahh malas layan korang aku nak mandi dulu." Aisyah melangkah masuk semua ke dalam bilik mandi. Airil dan Anwar hanya ketawa melihat tingkah Aisyah.
" Kau tak mandi lagi ke." Anwar memandang Airil.
" saya tunggu orang tu...lama sangat dia mandi." Airil muncungkan mulutnya ke arah pintu bilik air.
" patut la kenapa tak mandi sekali." Anwar berlalu pergi dari dapur.
**********
" Damia buat apa dekat dapur ni." muncul Aisyah bersama Akmal.
" Buat kan sarapan untuk korang la." Damia menundukan wajahnya.
" untuk la ibu dapat menantu yang rajin macam Damia ni...hah Akmal kau tu kalau nak cari bini cari la yang rajin macam Damia." Aisyah pusing menghadap Akmal yang berada di sisinya. Akmal hanya senyum tanpa membalas.
" nasib baek la ada Mia ni kalau nak harap kan hang tu sampai bila pun tak makan la kami semua." muncul puan Kalsom dengan pisau di tangan.
" Ibu jangan pandang Aisy sebelah mata...Aisy dekat kampung la malas tapi balik ja sana Aisy masak semua tau." Aisyah membela dirinya sendiri. Akmal ketawa melihat Aisyah yang seakan tidak puas hati bila Damia di puji oleh ibunya.
" Angah memang la qajin tapi baloqliat nak mampoi." Khairul duduk di tepi Akmal.
" kalau aku baloqliat hang pula ketegaq dulu ibu selalu ligan hang satu kampung sebab dok kacau anak daqa oqang." Aisyah melangkah kearah Damia dan puan Kalsom.
" Ni yang hampa dok gaduh pasai pa cuba dok diam sikit." puan Kalsom masih lagi lincah mengacau kuah kacang.
" ibu satgi kan kami nak pinjam BMW ibu boleh dah." Akmal memeluk pinggang ibunya. kepala di letakkan di bahu puan Kalsom.
" Hampa nak buat pa dengan kereta surung ibu tu." puan Kalsom memandang anak anak nya.
" Kami nak pi ambik rambutan dekat kebun la bu apa lagi." Khairul ketawa kuat sehingga kepala nya di tampar.
" awat yang hang dok memekak pagi pagi buta ni tak malu ka kalau oqang dengaq." Anwar meletakan Firdaus di atas kerusi.
" Ehh cucu dah bangun..." puan Kalsom mencuit pipi Firdaus.
" Amboi ibu nampak cucu dia ja ka Along yang tolong dukung cucu ibu ni tak nampak pulak." Anwar duduk bersebelahan dengan Firdaus.
" Lani ibu nak tanya ni hampa culik anak apa ni." puan Kalsom memandang Airil dan Aisyah.
" Airil tak tahu ibu tanya Aisy." Airil mengangkat tangan tinggi tinggi tanda dia tidak tahu.
" Nama fir.... Muhammad Firdaus bin Jalil. fir dulu tinggal dengan daddy je mummy fir dah tak ada lepas lahirkan fir...fir tak pernah rasa kasih sayang seorang ibu sampai lah fir dengan daddy jumpa mama tepi jalan masa tu mama menangis bila daddy tanya dia tak nak cakap bila fir tanya pun dia tak nak jawab. Fir minta daddy bawak mama balik ke rumah kami dan sejak dari situ fir mula rasa selesa dengan mama dan mama pun layan fir macam anak dia sendiri. Fir cuma amanah daddy untuk mama." Firdaus menunduk kan wajahnya. air mata mengalir perlahan-lahan menuruni pipi. Aisyah mendapatkan Firdaus lalu memeluk Firdaus.
" Fir kan dah janji dengan mama tak nak sedih sedih lagi." Aisyah menyapu air mata Firdaus.
" Fir rindu daddy." Firdaus memeluk Aisyah.
" daddy dia pi mana Aisy." puan Kalsom mengambil Firdaus dari Aisyah.
" Dato' Jalil dah meninggal." Aisyah menunduk wajahnya.
" Kesiannya cucu nenek ni." puan Kalsom mencium pipi Firdaus.
" Fir dah janji dengan daddy yang fir akan jaga mama walaupun mama bukan mama kandung fir." Firdaus ketawa kecil.
" Ibu acik dah lapaq ni." Akmal bersuara bagi menghilangkan rasa sedih di hati.
" jom la makan ayah pun dah mai tu." puan Kalsom duduk di sebelah Firdaus. Mia memandang kerusi kosong di sebelah Syahrul.
" yang kau berdiri macam tiang lampu jalan ni dah kenapa duduk la sebelah aku ni...kenapa dah tak sudi nak duduk sebelah aku." Syahrul memandang Damia. semua memandang Syahrul.
" Maaf encik saya duduk sekarang." Damia terus duduk di sebelah Syahrul.
" Awat Mia panggil Syah encik...Syah kan suami Mia panggilan la manja manja sikit." puan Kalsom mencelah.
" Tak ada apa lah ibu." Damia memandang Syahrul.
" Yang kau tengok aku ni kenapa...dah kenyang ke tengok muka aku ni ke kau nak aku suap kau...kan senang kau kau cakap buka mulut kau tu." Syahrul menyuap nasi ke dalam mulut Damia. Akmal yang tidak dapat tahan lagi terus ketawa.
" Tak apa Mia boleh makan sendiri." Damia menolak dengan lembut.
" jangan nak mengada buka mulut kau tu biar aku suap." Syahrul menyuap lagi sekali.
" oii hormat sikit orang single ni." Khairul bangun membasuh tangan.
" ibu suruh kahwin tak mau...bagi alasan macam." puan Kalsom juga bangun membasuh tangan.
" Jodoh tak sampai lagi la ibu." Khairul hanya senyum memandang ibunya.
" Suka hati hampa la." puan Kalsom mengemas meja makan.
" ibu biar je dekat situ nanti Mia kemas." Damia memandang Syahrul.
" Tak payah...kau teman aku makan." Syahrul menarik tangan Damia.
" hang la Syah oiii ibu tak tau nak habaq lagu mana lagi dekat hang." puan Kalsom terus berlalu dari dapur meninggalkan Syahrul dan Damia. Syahrul memandang Damia dan Damia menunduk kan wajahnya.
" Tahu pun takut." Syahrul bangun dari duduknya. Damia hanya ikut dari belakang.
" Biar je dekat situ saya basuh." Damia mencapai pinggan yang berada di tangan Syahrul. Syahrul hanya membiarkan sahaja.
" Kau ni tak la cantik mana tapi tu ahh body kau ni buat aku terliur." Syahrul terus memeluk pinggang Damia.
" Encik jangan la nanti kalau orang nampak macam mana." Damia cuba bersuara lembut agar Syahrul tidak marah.
" Biar la...kau bini kau suka hati aku la nak buat apa pun." Syahrul mencium leher Damia.
" Oii rumah ibu kita ni ada bilik la kalau ya pun tak sabar bawak je masuk bilik air tu." Aisyah hanya membuat muka selamba.
" ala angah ni kacau betul la...jom sayang kita sambung dalam bilik." Syahrul terus menarik tangan Damia.
" Saya tak habis basuh lagi." Damia masih lagi membasuh pinggan.
" Biar je kejap lagi bagi angah yang basuh." Syahrul terus menarik Damia keluar dari dapur. Aisyah mengeluh perlahan dia menyambung membasuh pinggan sehingga selesai.
Share this novel