Sudah tiga bulan pemergian Dato' Jalil. Firdaus masih lagi bersedih tidak mahu pergi ke sekolah tidak mahu makan puas di pujuk tetapi tetap degil. Aisyah merenung sepi ke arah langit sungguh di buntu mahu memujuk Firdaus sedang Aisyah mengelamun tiba tiba hujung bajunya di tarik Aisyah terus pusing menghadap ke arah belakang.
" Mama Fir nak makan bihun goreng yang mama buat boleh." Firdaus memandang Aisyah. Aisyah terus memeluk Firdaus.
" Boleh sayang...mama rindu anak mama ni." Aisyah mencium pipi Firdaus. Firdaus hanya ketawa kecil. Aisyah berlalu masuk ke dapur dengan mendukung Firdaus.
" Mama lepasni kan Fir nak pindah bilik. Fir nak duduk bilik daddy." Firdaus duduk di atas kerusi sambil memandang Aisyah.
" Boleh sayang mama tak akan halang sebab itu hak Fir." Aisyah senyum memandang Firdaus sudah lama dia tidak mendengar ketawa si kecil ini.
" Mama Fir minta maaf sebab buat mama risau pasal Fir...Fir sayang mama." Firdaus turun dari kerusi memeluk Aisyah. Aisyah terharu dengan layanan Firdaus turun membalas pelukan si kecil itu.
" Fir esok kan mama ingat nak balik rumah nenek la dekat kampung...fir ikut mama ye sayang." Aisyah mengusap kepala Firdaus.
" Mama ada kampung ke." Firdaus memandang pelik.
" Mesti la ada..dekat kampung mama tu ada sungai ada sawah padi ada itik ada ayam ada buah-buahan macam macam ada." Aisyah meneruskan kerjanya.
" Kalau semua ada fir nak ikut la mesti best kan." Firdaus seakan teruja dengan semua itu.
" Tapi ada syarat." terus mati senyuman Firdaus.
" Ala fir tak nak syarat yang susah." Firdaus memuncungkan bibirnya.
" Tak susah pun sayang." Aisyah mencuit pipi Firdaus.
" Okay apa syaratnya." Firdaus memaut leher Aisyah.
" Syaratnya anak mama ni tak boleh sedih sedih lagi." Aisyah mencium pipi Firdaus.
" Fir janji fir tak akan sedih sedih lagi fir kan kuat dan fir janji akan jaga mama bila fir dah besar nanti fir akan pukul orang yang sentuh mama fir ni..fir tak akan biar mama disakiti lagi macam mula mula fir jumpa mama." Firdaus membalas cium Aisyah. Aisyah ketawa mendengar kata kata Firdaus.
" Dan mama pun janji akan sayang fir macam anak mama sendiri...mama janji akan lindungi anak mama ni dengan kasih sayang mama." Aisyah bangun menghidangkan bihun goreng untuk Firdaus.
" Mama janji tau jangan tinggalkan fir." Firdaus memandang Aisyah.
" Mama janji sayang...dah makan cepat tak elok makan lewat malam nanti jadi buntat." Aisyah mencuit hidung Firdaus. Firdaus makan dengan berselera sambil di perhati Aisyah sesekali dia akan suap Aisyah juga walaupun Aisyah menolak.
************
" Mama cepat la siap nanti lambat kita sampai sana." Firdaus bangun seawal pagi semata mata mahu balik kampung Aisyah.
Aisyah pulak hanya mengikut sahaja arahan Firdaus.
" Mama tengah siap la ni sayang." Aisyah memandang Firdaus walaupun Firdaus bulan anaknya tetapi Aisyah tetap melayan seperti anak sendiri. Dia masih ingat lagi surat yang dia dapat dari peguam keluarga Dato' Jalil. Dari tulisan itu dia dapat agak itu tulisan Dato' Jalil. Dato' Jalil meletak harapan yang tinggi buat dia supaya menjaga Firdaus dengan penuh kasih sayang dan syarikat Kiara juga di amanahkan kepada Aisyah untuk jaga sehingga umur Firdaus lapan belas tahun. Aisyah terima dan menganggap ini satu cabaran buat dia.
" mama menungkan apa lagi tu." Firdaus menyedarkan Aisyah dari lamunanya.
" Jom kita gerak sekarang." Aisyah memimpin tangan Firdaus. Aisyah memasukkan beg pakaian dia dan Firdaus ke dalam bonet.
" Mama kita beli buah tangan untuk atok dengan nenek ye nanti." Firdaus memandang Aisyah dengan pandangan yang ceria.
" Ye nanti kita belikan buah tangan untuk nenek dan atok." Aisyah memandu dengan berhati hati memandangkan Firdaus ada bersama dia. Telefon Aisyah berbunyi Aisyah mencapai lalu menekan butang hijau.
" Hello...Lily ada apa awak call saya ni."
" Cik Aisy ada meeting dengan mega holding dalam pukul sepuluh." Lily menjawab dengan tenang.
" Awak minta Afnan untuk gantikan tempat saya." Aisyah memandang Firdaus dia tidak mahu mengecewakan Firdaus.
" Tapi cik Aisy diorang nak jumpa dengan cik Aisy. Diorang cakap kalau cik Aisy tak ada dalam meeting tu diorang tak nak berurusan dengan syarikat kita." Lily cuba memberi tahu perkara sebenar.
" Kalau macam tu awak tunggu dalam lima minit nanti saya datang." Aisyah mematikan talian.
" Fir mama ada meeting sekarang ni kalau kita balik kampung lepas mama habis meeting boleh tak." Aisyah berharap sangat Firdaus memahaminya kali ini. Firdaus memandang ke arah Aisyah.
" Okay tapi jangan lama sangat nanti kita sampai lewat." Firdaus memandang Aisyah dengan senyuman. Aisyah mengucap syukur akhirnya Firdaus memahaminya juga. Aisyah terus memandu menuju ke arah pejabatnya.
Share this novel