Aisyah tiba di rumah banglo milik Dato' Jalil. Aisyah keluar dari kereta Myvinya. Aisyah mahu melangkah masuk ke dalam rumah tetapi di halang oleh mak Esah. Mak Esah memandang Aisyah dengan lindangan air mata.
" Aisy kena pergi hospita sekarang Dato' tiba tiba rebah masa mahu turun makan." mak Esah memandang Aisyah. Aisyah yang mendengar terus naik kereta menuju ke arah hospital. sampai sahaja di hospital Aisyah terus meluru masuk ke dalam.
" Maaf boleh salah tahu wad Dato' Jalil dekat mana." tanya Aisyah.
" Tingkat dua bilik 3B." jawab gadis lembut Ayu.
" Terima kasih." Aisyah terus berlaku pergi ke arah lift. sampai sahaja di tingkat dua Aisyah terus mencari wad Dato' Jalil. Aisyah lihat lampu yang berada di atas pintu wad berwarna merah. Aisyah mula cemas tiba tiba Aisyah teringat bahawa Firdaus belum balik lagi terus Aisyah menelefon Lily.
" Hello Lily boleh tolong saya tak." Aisyah mendengar suara Lily.
" Boleh cik Aisy nak saya tolong apa." Lily menjawab dengan tanganya sibuk menulis sesuatu.
" tolong ambil Fir dekat tadika. Saya tak boleh nak ambil la saya ada dekat hospital lepas awak ambil dia awak bawak datang sini okay." Aisyah masih lagi menunggu di hadapan wad Dato' Jalil
" Boleh cik saya pergi ambil sekarang la." Lily bangun mengemas barangnya beg di capai lalu di sangkut di bahu. Baru sahaja Lily mahu menahan sebuah teksi tiba tiba sebuah kereta berhenti di hadapanya.
" Awak nak pergi mana." lelaki itu keluar dari kereta melangkah kearah Lily.
" Encik nak apa lagi saya nak cepat ni." Lily memandang kiri dan kanan.
" Awak nak pergi mana biar saya hantar lagi pun time macam ni mana ada teksi." lelaki itu terus memujuk Lily.
" Encik Riz boleh tak jangan kacau saya lagi." Lily melihat jam di pergelangan tangannya sudah menunjuk pukul satu setengah. Dia tidak pilih lain selain menumpang Rizman.
" Lily saya tahu awak dah lambat jom saya hantar." Rizman memandang Lily.
" Ye lah jom." Lily masuk ke dalam kereta Rizman.
" Awak nak pergi mana." Rizman memandang Lily sebelum mula memandu.
" Saya nak ke tadika taman mewangi." Lily memandang Rizman.
" Nak buat apa dekat sana." Rizman mula pelik dengan Lily.
" Cik Aisy minta tolong saya ambil Firdaus dekat tadika." Lily menjawab tanpa memandang Rizman.
" Firdaus...sapa pula tu." Rizman mula pelik.
" Nanti encik tahu sendiri." Lily keluar dari kereta. Lily lihat Firdaus sedang menggigit sesuatu.
" Fir jom balik." Lily mencapai tangan Firdaus. Firdaus hanya mengikut sahaja.
" Kenapa aunty yang ambil Fir. Mama mana." Firdaus memandang Lily.
" Mama dekat hospital. Mama tak boleh ambil Fir so mama minta tolong aunty untuk ambil Fir." Lily mendukung Firdaus. Rizman memandang ke arah Lily dan Firdaus. Lily masuk ke dalam kereta dan Firdaus duduk di atas ribanya.
" Mama sakit ke." Firdaus menyoal Lily lagi.
" Aunty pun tak tahu." Lily menjawab dengan selamba.
" Encik boleh tak hantar saya ke hospital." Lily memandang Rizman.
" Boleh sayang." Rizman tersenyum manis.
" Sweet la uncle ni." Firdaus memang Rizman.
" Encik jangan cakap macam tu depan Fir takut nanti Fir terikut ikut." Lily menasihati Rizman. Rizman hanya mengangguk lemah. Sampai sahaja di hospital Lily dan Rizman terus melangkah ke arah lift. Lily mencari Aisyah.
" Cik Aisy okay tak ni." Lily menyapa Aisyah. Aisyah terus memandang Lily sebelum memandang Rizman yang sedang mendukung Firdaus.
" Fir mari sini dekat mama." Aisyah memanggil Firdaus. Rizman terkejut bila Aisyah membahasakan dirinya mama.
" uncle Fir nak turun nak pergi dekat mama." Firdaus turun dari dukungan Rizman.
" Sayang mama minta maaf sebab tak pergi ambil sayang tadi." Aisyah mencium pipi Firdaus.
" Encik terima kasih sebab hantar saya. Saya minta maaf sebab dah susah kan encik kalau encik nak balik. balik lah." Lily memandang Rizman.
" Sama-sama. Tak susah pun setakat hantar orang cantik macam awak ni tak jadi hal la buat saya. Saya nak balik dengan awak." Rizman merenung wajah Lily
" Err...encik boleh tak jangan tenung saya macam tu." Lily menundukan wajahnya.
" Riz kalau kau suka kan Lily masuk minang je la." Aisyah mencelah.
" Dia memang dah jadi milik aku dah pun." Rizman memandang Aisyah pula.
" Malas la saya nak layan korang berdua saya balik dulu." Lily melangkah pergi. Rizman mengejar Lily dari belakang sehingga sampai di parking kereta.
Share this novel