BAB 10

Romance Series 26798

Aisyah masih lagi lincah memasak sehingga tidak sedar yang Airil sudah berada di belakangnya. Aisyah menyanyi kecil sambil membasuh sayur. Airil memandang Aisyah dari atas hingga ke bawah. Airil mendekati Aisyah dan tangan nya melingkari pinggang Aisyah sehingga Aisyah terkejut. Aisyah pusing menghadap Airil.
" Kau buat apa ni." Aisyah memandang Airil.
" Diam aku tengah sedih ni." Airil mengetatkan lagi pelukan nya di pinggang Aisyah. Aisyah hanya mengikuti sahaja tetapi apa yang membuatkan Airil sedih. Aisyah meneruskan tugasnya memasak sehingga selesai.
" Airil jom makan...aku dah siap masak." Aisyah cuba memujuk kepala Airil yang berada di bahunya di usap perlahan.
" Emm...jom la." Airil masih lagi memeluk Aisyah.
" Airil kau okay tak ni." Aisyah memandang wajah muram Airil.
" Entah la Aisy...aku tahu kenapa tiba tiba aku sedih." Airil menyembamkan wajahnya ke bahu Aisyah. Tiba tiba air matanya mengalir perlahan membasahi bahu Aisyah.
" Airil...jom kita masuk bilik." Aisyah mengheret tangan Airil sehingga ke bilik. Aisyah menyuruh Airil duduk di birai katil sebelum di duduk di sisi Airil.
" Okay sekarang ni aku nak kau lepas semua yang kau pendam dekat aku tak kisah lah kalau kau nak tengking aku pun asalkan kau tak rasa beban." Aisyah memandang Airil di hadapannya. Airil merasakan diri nya kosong tiada apa apa lagi sekali lagi air matanya mengalir bahu Aisyah menjadi tempat dia melepaskan.
" Aku rindu mummy aku...aku rindu semua kenangan dengan dia...sampai sekarang aku tak tahu kemana dia pergi. Aku tak tahu nak minta tolong sapa lagi..aku rasa kecewa dengan mummy aku sanggup dia tinggalkan aku dan papa sebab harta. Mummy tak ubah seperti Zulaika bekas tunang aku." Airil mengesat air matanya. Aisyah terkejut dengan kenyataan yang baru dia tahu.
" Seburuk mana pun dia sejahat mana pun dia...dia tetap ibu kandung kau. Dia yang lahirkan kau dekat dunia ni kalau bukan sebab dia kau tak kan ada dekat dunia ni." Aisyah mengusap belakang Airil dia tahu Airil tertekan dengan dengan semua ni.
" Aisy... aku nak kau janji dengan aku boleh tak." Airil masih lagi memeluk Aisyah.
" Janji apa.." Aisyah tahu Airil masih lagi bersedih.
" Janji dengan aku yang kau tak kan bagi tahu sesiapa pun yang aku menangis." Airil senyum entah kenapa bila dia bersama Aisyah dia berasa tenang dan rasa di sayangi.
" Kau suami kau jadi untuk apa aku buka aib kau lagi pun aku tahu kau mesti tertekan kan dengan semua ni." Aisyah membalas senyuman Airil.
" Aisy.. aku lapar la." Airil melepaskan pelukan dia memandang Aisyah. Aisyah ketawa apabila melihat mata Airil yang bengkak kerana terlalu banyak menangis.
" Jom..." bangun menarik Airil untuk ikut bangun.
" Kau ketawa dah kenapa." Airil menjeling Aisyah.
" Mata suami aku ni dah bengkak sebab banyak sangat menangis." Aisyah mengusap mata Airil. Airil mula cemas dia berlari ke arah cermin untuk melihat.
" Aisy macam mana aku nak jawab kalau keluarga kau tanya...malu la weii" Airil memandang Aisyah.
" Kau jawab la aku tak nak jawab." Aisyah berlalu keluar dari bilik meninggalkan Airil. Airil mengikuti Aisyah dari belakang.
" Bang ngah kenapa dengan mata tu." soal Akmal belum sempat Airil menjawab Aisyah terlebih dahulu jawab.
" Bang ngah tak cukup tidur ka acik." Aisyah memandang adiknya.
" Ye ke tak cukup tidur ke bang ngah menangis." Akmal memandang Airil.
" Dia tu mana tahu menangis yang dia tahu marah masam 24 jam je." Aisyah mengerling Airil.
" Kau ni kan angah mulut tak pandai nak jaga." Akmal yang sudah selesai makan membawa pinggan ke sinki. Airil memandang Aisyah di hadapannya.
" Thanks sebab tolong jawab bagi pihak aku." Airil menundukkan wajahnya.
" Mesti la aku tolong kau....kau kan suami kesayangan aku yang paling aku benci." Aisyah ketawa begitu juga Airil.
" Aisy...aku nak minta maaf pasal pagi tadi yang aku tolak kau." Airil memandang kosong nasi yang berada di depan matanya. Aisyah memandang Airil sebelum dia bersuara.
" Aku maaf kan kau tapi kau kena janji yang kau tak buat lagi." Aisyah menyambung suapannya.
" Aku janji tapi kalau aku terbuat tu maaf ler." Airil ketawa.
" Kau tak nak makan ke." Aisyah memandang Airil.
" Mesti la nak." Airil menguap nasi ke dalam mulut nya. Selesai makan Aisyah mengajak Airil berehat di pondok yang terletak di kawasan sawah padi. Airil hanya mengikut sahaja.

**********
p/s: please comment...

Share this novel

xandra
2020-11-06 11:40:40 

Next chapter??

xandra
2020-11-06 11:40:29 

Best la cerita ni. X de sambungan kee


NovelPlus Premium

The best ads free experience