Aisyah mencari Airil dan Firdaus untuk mengajak makan. Aisyah melangkah keluar kakinya terus terhenti bila mendengar suara Airil dan Firdaus dipondok berdekatan sungai yang tidak jauh dari rumahnya. Aisyah melangkah ke arah sungai dia lihat Airil merendam kaki di dalam sungai dan Firdaus pula mandi bersama Akmal. Aisyah mendekati mereka lalu duduk di sebelah Airil. Airil yang perasan akan ke hadiran Aisyah terus bangun dari duduknya.
" Fir papa balik dulu nanti fir balik dengan uncle Mal tahu." Airil ingin berlalu pergi tetapi di halang oleh Aisyah.
" Kau nak pergi mana...sejak sampai sini kau asyik nak mengelak je dari aku." Aisyah memegang tangan Airil.
" Aku nak balik lagi pun aku rasa panas la dekat sini." Airil merentap tangannya dari tangan Aisyah. Airil berlalu pergi tanpa memandang Aisyah.
" Angah buat apa sampai abang Airil marah." Akmal memandang kakaknya.
" Angah jelir lidah je dekat dia lepastu dia marah." Aisyah terus bangun meninggalkan Akmal dan Firdaus.
" Padan muka kau masa dia elok elok layan kau..kau pergi potong mood dia sekarang
aku tanggung la sendiri." Akmal menjerit dengan kuat sehingga Aisyah mendengarnya dengan jelas. Aisyah masuk ke dalam rumah mencari Airil namun tiada Aisyah melangkah masuk ke dalam bilik dia lihat Airil sedang baring dengan mata terpejam. Aisyah fikir sejenak macam mana dia mahu memujuk Airil. Timbul idea sewel nya untuk kenakan Airil. Aisyah membuka tudungnya lalu di gantung di belakang pintu bilik. Pintu bilik di tutup dan di kunci lalu melangkah ke arah Airil. Aisyah baring di sebelah Airil tubub tegap Airil di peluk erat kepala di letakkan di atas dada Airil. Airil yang terkejut terus membuka mata memandang Aisyah pelik dia lihat Aisyah.
" Biy sorry pasal tadi...I tahu I salah you jangan la marah I lama lama nanti you sendiri yang rugi. Biy sorry okay. I janji akan buat apa saja asalkan you maaf kan I." Jari Aisyah bermain di dada bidang Airil. Airil cuba menahan gelora di hatinya.
" Kau tengah goda aku ke apa ni." Airil menangkap tangan Aisyah.
" Mana ada I goda you I just pujuk you je" Aisyah menarik tangannya lalu mengusap dada Airil.
" Tangan kau memang tak boleh nak duduk diam ke. Aku nak tidur ni kejap lagi ada saja yang kena ngam dengan aku." Airil pusing membelakangkan Aisyah. Aisyah yang tidak puas hati terus menindih tubuh sasa Airil.
" You nak ngam kan ngam je la ingat I takut ke." Aisyah cuba memberanikan dirinya walaupun dalam hati sudah takut.
" Sini kau dari tadi kau asyik goda aku je." Airil menarik Aisyah ke dalam pelukannya. Habis leher Aisyah diterokai oleh Airil.
" Airil apa kau buat ni." Aisyah menolak tubuh Airil.
" Tadi you goda I sangat sekarang ni tanggung la sendiri." Airil mula menindih tubuh Aisyah. Aisyah mula terbuai dengan belaian Airil.
" Aisy izin aku..." belum sempat Airil menghabiskan kata kata Aisyah sudah mengangguk kepala dengan rela hati tanpa ada paksaan dari sesiapa Aisyah menyerahkan mahkotanya kepada lelaki bergelar suami.
*********
Aisyah bangun dari tidurnya dia memandang ke arah Airil yang sedang senyum memandangnya. Aisyah menarik selimut lalu menutup wajahnya.
" Kenapa tutup muka." Airil menarik selimut yang menutupi wajah Aisyah.
" Jangan la...Ish Airil lepas la." Aisyah sedaya upaya menutup wajahnya malu hanya Allah yang tahu.
" Tak payah nak malu sangat la....aku je ada dalam bilik ni bukan ada orang lain pun." Airil peluk Aisyah dan menarik Aisyah rapat ke dadanya.
" Lepas lah aku nak pergi mandi ni." Aisyah menolak tubuh Airil.
" Kita mandi sama sama nak tak." Airil bangun menarik Aisyah dari tidur tetapi Aisyah cepat menarik kembali tangannya.
" tak nak lah malu." wajah Aisyah sudah bertukar merah. Aisyah ingin bangun tetapi langkahnya mati saat merasakan sakit dibahagian bawah. Airil yang perasan terus mendapatkan Aisyah.
" Sakit ke...." Airil memandang Aisyah. Aisyah merenung tajam ke arah Airil.
" Tak sakit pun best lagi ada la." Aisyah menjeling tajam kepada Airil.
" Sorry la biy bukan sengaja pun." Airil terus mencempung tubuh Aisyah yang di baluti kain selimut. Pintu bilik di buka lalu melangkah menuju ke arah bilik mandi yang berada di dapur.
" Airil turun kan aku nanti ibu nampak apa pulak kata ibu." Aisyah berharap Airil menurunkannya.
" Biar la lagi pun aku angkat bini aku bukan bini orang lain." Airil meletakan Aisyah perlahan-lahan di atas lantai bilik air.
" Keluar la aku boleh mandi sendiri." Aisyah berjalan perlahan-lahan mendekati pancur air. Airil masih lagi berdiri dengan mata tidak lari dari Aisyah.
" Kau cantik sebenarnya tapi lagi cantik kalau kau tak pakai baju macam sekarang ni." Airil ketawa kecil memandang wajah Aisyah yang sudah merah. Aisyah pula rasa seperti mahu hempok kepala Airil dekat dinding. Aisyah mandi tanpa menghiraukan Airil. selesai mandi Aisyah terus keluar dari bilik air di biarkan Airil seorang diri. Aisyah jalan perlahan-lahan sehingga sampai di biliknya. Aisyah terus merebahkan badan di atas katil sambil memejam mata.
Share this novel
Bila qai nk update