BAB 11

Romance Series 26798

Aisyah bangun setelah mendengar azan subuh. Aisyah memandang Airil di sebelahnya. Dia merenung lama wajah Airil sebelum dia turun dari katil belum sempat dia bergerak tangan Airil menarik dia untuk baring semua.
" Best tak tenung muka aku masa aku tengah tidur." Airil berbisik di telinga Aisyah.
" Best sangat rasa macam nak ngam kau." Aisyah cuba melepaskan tangan Airil tetapi hanya sia sia.
" Kau suka sangat tenung time aku tidur." Airil membuka mata memandang Aisyah.
" Biar la benda free kan." Aisyah bangun dari baringannya dan berlari masuk ke dalam bilik air. Airil hanya ketawa kecil melihat tingkah laku Aisyah yang kadang kadang sewel. Aisyah yang berada di dalam bilik air menekup mukanya dengan tapak tangan. Selesai mandi Aisyah keluar dengan tuala di kepala dengan selamba Airil menarik kain tuala lalu masuk ke dalam bilik mandi.
" Airil tu tuala aku la." Aisyah mengikuti Airil sehingga di depan pintu bilik air. Airil pusing memandang Aisyah.
" Kau nak mandi sekali lagi dengan aku ke." Airil memandang Aisyah dengan senyuman nakal. Aisyah merenung tajam ke arah Airil sebelum dia berlalu dengan menghentak kaki nya. Airil keluar dari bilik mandi dia lihat Aisyah masih lagi duduk di birai katil dengan memakai telekung.
" Kau tak solat lagi ke." Airil menuju ke arah almari baju.
" Aku tunggu kau la nak solat dengan kau tapi kalau kau tak nak solat dengan aku tak apa lah." Aisyah bangun dan berdiri di tikar sejadah.
" Aku tak cakap pun yang aku tak nak solat dengan kau cuma aku pelik la kenapa kau tak solat lagi." Airil memandang Aisyah. Airil berdiri di hadapan Aisyah dengan menghadap kiblat. Airil menjadi imam Aisyah untuk pagi itu. Selesai solat dan mengaminkan doa Airil pusing menghadap Aisyah. Airil lihat Aisyah menghulurkan tangan untuknya. Dia memandang pelik ke arah Aisyah.
" Biy sayang nak salam boleh." Aisyah memandang Airil sebelum Airil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Aisyah. Sejuk hatinya bila Aisyah tunduk mencium tangannya tanpa sedar Airil turut mencium ubun ubun Aisyah. Aisyah terkejut dengan tindakan Airil hanya membiarkan sahaja.
" Dah jom buat sarapan lagi pun adik adik kau mesti tengah tunggu sarapan." Airil juga baru sedar dengan tindakannya hanya buat tidak tahu sahaja.
" Kalau kau nak sambung tidur sambung la aku nak boleh buat sarapan seorang diri." Aisyah bangun melipat sejadah.
" Aku tak mengantuk macam macam mana aku nak tidur." Airil mengikuti Aisyah keluar dari bilik.
" Airil jom..." Aisyah memandang Airil timbul idea jahat untuk kenakan Airil balik.
" Jom...pergi mana pulak." Airil menjeling Aisyah di hadapannya.
" Jom buat baby nak tak." Aisyah terus memeluk Airil dari hadapan. Airil tidak keruan sudah mula perangai sewel isteri segeranya ini.
" Kau jangan nak merepek pagi pagi buta ni." Airil menolak kepala Aisyah.
" Biy...I nak baby dengan you. I janji lepas i dapat i minta lagi." Aisyah ketawa sambil menampar lengan Airil.
" Kau ni kan memang sah sewel... Tak sangka pulak aku dapat isteri sewel macam kau ni." Airil berjalan menuju ke arah dapur. Aisyah masih lagi ketawa sehingga tiba tiba dia terjatuh akibat tersepak kaki sofa. Aisyah mengadu sakit Airil pulak ketawa memandang Aisyah.
" Jahat la kau ni kalau ya pun tolong la aku." Aisyah cuba bangun sendiri tetapi tidak boleh. Airil mendekati Aisyah lalu mendukung Aisyah duduk di sofa.
" Tu la derhaka lagi dekat suami kan dah dapat balasan." Airil masih lagi ketawa.
" Aku minta maaf ehh. Aku janji aku buat lagi." Aisyah buat muka comel sehingga Airil menggeleng.
" Macam macam la kau ni." Airil mengurut kaki Aisyah perlahan.
" Kalau macam ni la caranya terpaksalah kita makan dekat luar.". celah Akmal. Aisyah dan Airil memandang Akmal yang segak berbaju Melayu.
" Kau pergi mana tadi." Aisyah kandang adik nya.
" Solat dekat surau la apa lagi." Akmal melangkah masuk ke dalam biliknya.
" Acik...angah tak masak apa lagi." Aisyah memandang Akmal.
" Tak apa angah...acik dah beli nasi bungkus dekat kedai Milah." Akmal senyum menandakan dia gembira.
" Patut la hang lain macam ja haqi ni rupanya hang p jumpa marka hang... aku habaq kat ibu.hahah" Aisyah ketawa dengan memeluk lengan Airil.
" Hang jangan dok cari pasai dengan ceq." Akmal merenung Aisyah tajam.
" Angah tak tau... angah nak bagi tau juga kat ibu pasai hang." Aisyah menjeling Akmal.
" Korang please stop.." Airil memandang Aisyah dan Akmal.
" Akmal jangan risau nanti abang ngah tolong Akmal supaya kak ngah tutup mulut." Airil memandang Akmal.
" Thanks bang ngah." Akmal berlari masuk ke dalam biliknya. Aisyah memandang Airil.
" Kenapa pandang aku." Airil merenung tajam ke arah Aisyah.
" Saja saja saja saja saja saja saja saja saja saja saja saja." Aisyah mengulangi perkataan " saja" sehingga Airil menutup mulutnya.
" Aku lapar so jom kita makan." Airil menjeling Aisyah.
" Ala... sayang ingat biy nak makan sayang." Aisyah memeluk lengan Airil.
" Tak ada maknanya aku nak makan kau." Airil bangun dan berlalu ke arah dapur.
" Biy tunggu la sayang." Aisyah bangun perlahan-lahan. Airil menggelengkan kepala sungguh dia pening dengan perangai sewel Aisyah yang tidak henti henti menyakat nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience