Rizman bangun dari tidurnya pagi ini dia terpaksa masuk kerja awal memandangkan dia perlu menggantikan pak ngah nya meeting dengan sebuah syarikat pembinaan yang sedang meningkat naik. Rizman keluar dari bilik mandi lalu mengambil baju berwarna hijau. Selesai bersiap Rizman terus mencapai kunci kereta.
" Encik Riz tak nak sarapan dulu." pembantu rumah mereka memandang ke arah Rizman yang mahu melangkah keluar.
" Tak apa lah mak ton saya sarapan dekat luar je lah lagipun saya dah lambat ni." Rizman melangkah keluar dari rumah. Kereta di pandu menuju tempat mesyuarat.
" Maaf semua saya lambat sikit." Rizman masuk ke dalam bilik meeting dengan senyuman.
" Tak apa lagi pun Cik Aisy belum sampai." Lily hanya senyum memandang Rizman. Rizman yang mendengar nama yang di sebut oleh gadis di hadapanya terus kaku. " bukan Aisyah sorang je nama Aisy orang lain pun ada." Rizman hanya berfikiran positif.
" Maaf saya lambat sikit....ada hal tadi." sapa seorang wanita anggun dengan berbaju kurung moden. Rizman kaku melihat wanita itu berdiri di hadapannya.
" Aisyah....Aisy buat apa dekat sini." Rizman bangun memandang Aisyah.
" Maaf encik Rizman...ini cik Aisy CEO syarikat Kiara." Lily menjawab bagi pihak Aisyah.
" Boleh kita mula kan meeting kita." Aisyah memulakan bicaranya. Aisyah juga terkejut tetapi dia biarkan dahulu baginya itu tidak penting dan lebih penting ialah mesyuarat. mesyuarat berjalan dengan lancar. Selesai mesyuarat mereka semua meminta untuk beredar tinggallah Aisyah Lily dan Rizman.
" Aisy boleh abang cakap dengan Aisy sekejap." Rizman memandang Aisyah. Aisyah juga turut memandang Rizman. Aisyah memberi isyarat mata kepada Lily agar meninggalkan dia dengan Rizman. Lily akur dia keluar dari bilik mesyuarat tersebut.
" Cakap la cepat aku ada kerja lain lagi ni." Aisy cuba berlagak tenang.
" Abang nak minta maaf dengan Aisy...abang tahu abang salah sebab tuduh Aisy macam macam. Aisy abang sayang sangat dekat Aisy. abang cuma nak minta maaf je." Rizman memandang Aisyah.
" Aku dah maafkan kau pergi la kau balik." Aisyah melangkah keluar dari bilik mesyuarat. Dia melangkah ke arah bilik Lily.
" Lily saya kena balik sekarang kalau ada orang cari saya cakap saya dah balik dan lagi satu tolong siapkan dua fail kewangan kita dekat Kelantan dan Johor. Saya dah minta Kamal serahan dekat awak." Aisyah melangkah ke arah lift. Lily hanya mengangguk kepala.
" Cik Aisy ada tak." Rizman keluar dari bilik mesyuarat dan melangkah ke arah bilik Lily.
" Maaf cik Aisy ada hal dekat luar." Lily memandang Rizman. Rizman pusing memandang Lily terpegun dia lihat kecantikan yang dia miliki oleh gadis di depannya ini. Rizman terus merenung wajah Lily.
" Owh okay...." Rizman masih lagi merenung wajah Lily.
" Ada apa apa yang tak kena ke dengan muka saya ni." Lily menyapu wajahnya dengan tangan.
" Tak ada apa pun cuma saya kagum dengan kecantikan yang awak miliki." Rizman memandang Lily dari atas hingga ke bawah. Bertudung biru laut dan berbaju kurung moden cukup menggambarkan kecantikan luar biasa milik gadis ini. Rizman masuk ke dalam bilik Lily. Pintu di tutup dengan rapat. Lily mula cuak bila melihat Rizman melangkah ke arahnya.
" Encik buat apa ni....lebih baik encik keluar sebelum saya jerit." Lily bangun dari duduknya.
" Awak jangan la takut saya bukan nak buat benda tak elok dekat awak saya cuma nak tenung muka awak yang cantik tu je." Rizman bersikap terus terang sungguh dia akui yang Lily memiliki kecantikan yang luar biasa. Lily duduk di atas kerusinya semula.
" encik tak ada kerja ke." Lily menjeling Rizman.
" Ada kerja saya tenung awak puas puas." Rizman memandang ke arah Lily.
" Encik boleh tak balik saya nak buat kerja saya ni." Lily memandang komputernya.
" Awak buat la kerja awak saya buat kerja saya." Rizman merenung wajah Lily.
" Saya tak selesa bila encik asyik tengok saya je." Lily bangun mengambil fail di dalam rak.
" Nama awak apa ehh." Rizman memandang Lily.
" Saya tak ada nama." Lily menjawab acuh tidak acuh.
" Hai Lily...kau punya Cik Aisy minta aku bagi kau fail kewangan ni." Kamal masuk tanpa mengantuk pintu. Terkejut Lily dan Rizman.
" Kau ni kan lain kali bagi la salam dulu." Lily menjeling Kamal.
" Sorry tak sengaja...patutlah la kau marah rupanya boyfriend datang tapi kan sejak bila kau ada boyfriend aku tak tahu pun." Kamal memandang Rizman dan Lily.
" Dia bukan boyfriend aku la." Lily menjeling Kamal lagi.
" Sudah la kau aku keluar dulu." Kamal keluar dari bilik Lily dengan ketawa.
" So nama awak awak Lily." Rizman memandang Lily
" Hemm...Hanya itu yang di balas olah Lily.
" Sedap nama awak." Rizman tersenyum manis kepada Lily. Lily menjeling ke arah Rizman.
" Saya suka bila tengok awak jeling macam tu nampak comel jer." Rizman masih lagi merenung wajah Lily. Tiba tiba telefon Lily berbunyi Lily mencapai telefonnya sebelum meletak kembali. Sekali lagi berbunyi Lily masih tidak mahu mengangkat. Rizman yang berasa bising dengan bunyi lagu yang entah apa terus mengangkat telefon Lily.
" Hello....kenapa kau susah sangat nak angkat call aku. Kau tahu kan apa aku nak kalau aku call aku ni oh aku lupa kau mesti sibuk dengan kerja sampai lupa apa yang kau nak kan. sini aku ingatkan kau aku nak setiap bulan kau masukan dua ribu ke dalam akaun aku kalau aku dapat tahu yang kau tak masukan dua ribu aku jual kau dekat Devin kau nak ke." si milik suara itu terus bersuara tanpa henti sehingga Rizman terpaksa mencelah.
" Maafkan saya kerana mencelah. Saya dah masuk kan duit untuk pakcik jadi saya rasa tak perlu lah pakcik ugut Lily lagi nak jual dia dekat Devin. Setiap bulan saya akan masukan pakcik jangan risau." Rizman memandang Lily. Lily yang terkejut ingat merampas telefonnya dari Rizman tetapi sempat di larikan oleh Rizman.
" Kau sapa hah....bagi aku cakap dengan anak aku ke kau ni lelaki yang selalu bagi anak kau duit. Hey kau dengar sini kalau kau nak anak aku kau bayar dekat aku 30k. Kalau kau tak mampu nak bayar jangan harap dapat anak kau. ini Leman la mati kau aku kerja kan." lemah menjerit di hujung talian.
" Baiklah saya sanggup tapi pakcik kena janji dengan saya yang pakcik tak akan ganggu Lily lagi." Rizman memandang Lily lagi tidak sangka gadis sebaik Lily dia duga sebegini besar.
" Baik aku janji yang aku tak akan ganggu Lily lagi." Leman memutus kan talian.
" Apa yang encik dan ayah saya botakkan." Lily cuba menahan air mata dari jatuh. Bukan dia tidak dengar apa yang di katakan oleh ayahnya tetapi dia mahu melihat sejauh mana kejujuran lelaki di hadapanya. Lily tidak sangka yang ayah nya sanggup menjualnya kepada Rizman.
" Ayah awak tawarkan awak untuk saya tetapi saya kena bayar 30k untuk dapatkan awak." Rizman memandang Lily.
" Sampai hati ayah jual Lily dekat orang yang ayah tak kenal." Lily menangis sambil menekup wajahnya di meja.
" Lily awak jangan la nangis nanti orang ingat saya buat benda tak elok dekat awak." Rizman cuba memujuk.
" Kenapa encik terima tawaran ayah saya." Lily mengelap air matanya.
" Sebab saya sayangkan awak saya tak sanggup tengok awak tanggung semua ni seorang diri." Rizman meluahkan isi hatinya kepada Lily. Dia berharap Lily dapat menerima dirinya.
" Encik balik la saya banyak kerja kena buat." Lily tidak memandang Rizman.
" Okay saya balik tapi bagi saya nombor telefon awak." Rizman mencapai telefon Lily lalu mendail nombornya butang hijau di tekan. Sekejap sahaja telefonnya berbunyi.
" Okay dah nanti saya call awak." Rizman melangkah keluar dari bilik Lily. Dia menuju ke arah keretanya. Tidak lama lagi Lily akan jadi miliknya. Dia perlu move on dari cinta Aisyah dan dia dan dia perlu kejar cinta Lily pula
Share this novel