Pagi hujung minggu yang di nanti nanti oleh pasangan kekasih sudah tiba. Riana memandang cermin di hadapannya senyuman sinis terukir di bibirnya. Rizman senyum memandang isterinya bersiap di hadapan cermin sepatutnya mereka akad nikah pagi ini tetapi atas pemintaan Riana untuk akad nikah kemarin Rizman hanya ikut sahaja.
" Abang thanks terima Riana sebagai isteri abang." Riana bangun membantu Rizman bersiap.
" Abang pun nak ucap terima kasih sebab Ana sudi terima abang." ucap Rizman di mencium ubun ubun isterinya. Riana tunduk dalam hati hanya tuhan yang tahu. Dia sengaja reka cerita tentang Aisyah tidak suci lagi dan Aisyah adalah perempuan club.
" Ana minta maaf abang kalau bukan sebab Ana yang buka cerita cakap Aisy tak suci mesti abang tak kecewa." kata Riana.
" Sayang jangan la macam ni abang bertuah sebab dapat isteri macam Ana ni sekurang kurangnya abang tahu sebelum
abang kahwin dengan dia. Abang nak ucap terima kasih banyak banyak dekat sayang sebab tolong selamatkan keluarga abang dari dapat malu." kata Rizman. Riana senyum sinis dapat juga dia hancurkan Aisyah senang saja nak buat Aisyah jatuh.
" Jom kita turun mesti dah ramai sampai." Riana memeluk lengan Rizman. Mereka melangkah keluar dari bilik hotel mereka.
***********
Aisyah yang sedang menghadap laptop dari tadi mengusap perutnya. Mukanya masam mencuka kalau bukan sebab Dato' Rosli yang paksa dia buat dan siapkan rekaan mall mesti perutnya tak lapar sebegini. Aisyah bangun dari duduknya beg tangan di ambil lalu melangkah keluar untuk mencari makanan. Aisyah melangkah melintasi dewan majlis tiba tiba hatinya tergerak untuk melihat majlis tersebut terkejut dia melihat gambar yang berada di hadapan pintu masuk dewan. Wajah yang dia amat kenali dia melangkah masuk ke dalam dewan matanya tepat memandang dua manusia yang sedang bersanding di atas pelamin. Aisyah melangkah mendekati mereka pesanan kekasih itu. Air mata yang ingin mengalir di tahan.
" Hebat permainan korang aku suka." kata Aisyah yang baru sampai dalam majlis persandingan bekas tunangnya. Rizman dan Riana terkejut dengan kehadiran Aisyah di sini. Mereka pelik siapa yang menjemput Aisyah sedangkan mereka tidak menjemput pun.
" Aisy abang boleh explain semuanya dekat Aisy. kata Rizman dia melangkah mendekati Aisyah.
" Kau nak explain apa lagi semuanya dah jelas." kata Aisyah.
" Aisy abang tak cintakan Aisy abang cintakan Rian lagi pun abang tak sanggup nak kahwin dengan perempuan yang dah tak suci macam Aisy." kata Rizman dia memeluk pinggang Riana.
" Aku bangga dengan kau Ana. Aku anggap kau macam keluarga aku sendiri tapi apa yang kau balas." kata Aisyah dia menahan air mata dari jatuh.
" Aisy kau tahu tak Riz ni tak sesuai untuk kau. Kau tu perempuan kampung yang belagak suci lepastu tak tahu malu menagih kasih pada yang tak sudi. Riz pilih aku so kau boleh angkat kaki berambus dari sini." kata Riana sekaligus telah memalukan Aisyah di hadapan semua orang.
" Aku memang perempuan kampung tapi aku tak semurah kau yang sanggup fitnah kawan baik dia sendiri untuk dapatkan Riz." kata Aisyah
" Hey perempuan kau siapa nak kata menantu aku murah." tiba tiba Datin Maziah mencelah.
" Saya orang yang anak datin pergunakan." kata Aisyah.
" Kau Rizman ingat ni sampai bila bila. Kau bina kebahagiaan atas air mata orang lain. Kau tak kan bahagia." kata Aisyah dia berlalu pergi meninggalkan dewan tersebut.
Share this novel