BAB 33

Romance Series 26798

Aisyah melangkah ke arah kereta bersama dengan Airil. Pagi pagi lagi dia terpaksa bertolak balik ke Pahang di sebab kan Lily telefon dia supaya dia balik ke sana dengan cepat. Aisyah memandang Firdaus sayu hati dia terpaksa tinggalkan anak yang dianggap seperti anak sendiri.
" fir jangan nakal nakal dengar cakap paklong cakap nenek dan wan." Aisyah mencium ubun ubun Firdaus kalau bukan sebab Alongnya pujuk memang dia tak akan tinggal Firdaus dekat sini.
" okay mama...mama jaga diri tahu." Firdaus menyalami Aisyah.
" angah jangan risau la Along jaga anak kau ni...thanks sebab bagi fir tinggai dengan Along." Anwar memeluk Aisyah.
" Kau jaga anak aku ni jangan pukul dia...aku sayang dia lebih dari korang." Aisyah membalas pelukan abangnya.
" kau ingat aku kejam sangat ke kalau aku nak pukul anak kau ni aku pukul guna ciuman je gomoi dia sampai dia lemas." Anwar ketawa melihat wajah mencuka Aisyah.
" Kau jangan la Anwar aku sayang dia." Aisyah mencium pipi Anwar dan Firdaus.
" Dah dah la tu hang jangan risau la ibu jaga anak hang ni." puan Kalsom mencium pipi anaknya.
" Ibu Airil balik dulu nanti bila Airil free Airil balik lagi tau." Airil menyalami puan Kalsom dan encik Ahmad. Aisyah hanya ikut dari belakang sahaja. mereka masuk ke dalam kereta Airil memandu menghala ke arah jalan besar. Airil memandang Aisyah hanya merenung ke luar tingkap.
" Aisy...kau okay tak ni." Airil mencapai tangan Aisyah yang berada di atas paha Aisyah.
" Awak tangan tu boleh tak jangan merayap." Aisyah meletakan tangan Airil di stering kereta.
" Sentuh sikit pun nak marah."
" Bukan marah tapi saya sayang nyawa saya." Aisyah mengusap pipi Airil sehingga Airil ketawa kecil.
" Pandai kau pujuk aku kan." Airil fokus pada pemanduan.
" saya tak pujuk awak pun saya goda awak." Aisyah mengukir senyuman menggoda.
" Jangan goda biy sekarang nanti tak pasal pasal kita sampai lambat." Airil ketawa lagi sehinga membuatkan Aisyah tunduk malu.
" Gatal tak bertempat." Aisyah menjeling Airil.
" sayang kita balik rumah papa nak tak lagi pun mama rindu sangat dengan menantu dia ni." Airil memandang sekilas ke arah Aisyah.
" Ikut awak la." Aisyah terus pejam mata.
" Sayang jangan la tidur." Airil menggosok paha Aisyah dengan tangannya.
" biy kita singgah hotel nak tak." Aisyah terus cium pipi Airil.
" Nak buat apa." Airil jeling Aisyah.
" Buat apa lagi buat baby la." Aisyah ketawa sehingga Airil mencubit lengannya.
" Sayang boleh tak buang sikit sewel sayang tu." Airil terus memandu dengan berhati hati.
" Tak boleh..." Aisyah pejam mata lagi. Airil hanya menggeleng kepala dia memandu seorang diri memandangkan Aisyah sudah tidur.

*************
Airil membelok masuk ke dalam pekarangan rumah tan sri Halim. Airil pusing menghadap Aisyah yang masih lagi tidur.
" Sayang bangun kita dah sampai." Airil menggoncang tubuh Aisyah.
" Dah sampai ke kenapa cepat sangat." Aisyah mengeliat sehingga tanganya terkena dada Airil.
" Cepat sayang cakap....biy yang drive macam nak tercabut pinggang tahu tak." Airil mencium ubun ubun Aisyah.
" la ye ke...tak apa malam ni Aisy urut okay." Aisyah keluar dari kereta dengan senyuman.
" urut satu badan boleh tak sayang." Airil juga keluar dari kereta. Beg pakaian di keluarkan dan di bawa masuk ke dalam rumah.
" boleh apa salahnya..." Aisyah ketawa dia berlari masuk.
" Aisy bila sampai...rindunya mama dengan menantu mama ni." puan Sri Khatijah memeluk Aisyah seperti tidak mahu lepas.
" Kak long i miss you." Aizat terus berlari turun mendapatkan Aisyah.
" Aisy baru je sampai...Aisy pun rindu dengan korang semua." Aisyah memcium kedua dua belah pipi puan Sri Khatijah.
" oiii jangan nak melebih dengan bini aku...nak bermiss miss bagai." Airil muncul dengan beg pakaian.
" apa yang bising sangat ni." Tan Sri Halim turun dari tangga.
" Aisy dah balik bang..." puan Sri Khatijah memeluk Aisyah sekali lagi.
" Alhamdulillah...tak sia-sia saya paksa Airil pergi meeting dekat Kiara tu." Tan Sri Halim memeluk Airil.
" papa sihat ke.." Aisyah menyalami tan sri Halim.
" Sihat alhamdulillah...Aisy sihat ke." Tan Sri Halim mengusap kepala Aisyah.
" Sihat pa..." Aisyah senyum memandang semua.
" Biasa la pa orang tu kan sekarang CEO Kiara holding." Airil menjeling Aisyah.
" Aisy kerja dengan sapa." Tan Sri Halim memandang Aisyah.
" Aisy kerja dengan Kiara holding...arwah Dato' Jalil amanahkan Aisy jaga syarikat dia sehingga anak dia dah besar dan boleh urus kan syarikat dengan betul." Aisyah hanya ketawa kecil.
" Bagus la tu tapi mana anak dia." Tan Sri Halim memandang Airil dan Aisyah silih berganti.
" Fir nak tinggal dekat kampung...mula mula Aisy tak setuju tapi bila Anwar asyik pujuk Aisy supaya tinggalkan fir dekat kampung dia boleh jaga fir so Aisy pun tinggal la." Aisyah menunduk kan wajahnya sedih bila teringatkan si anak kecilnya itu.
" Tak apa lah biar dia tinggal dekat kampung." Tan Sri Halim ketawa halus. Airil memeluk Aisyah di depan semua orang.
" Bilik kan ada pergi la tak payah nak tunjuk dekat semua orang macam Along sorang je ada bini." Aizat menjeling sebelum bangun dan berlalu pergi. Airil terus menarik Aisyah naik ke atas. Tan Sri Halim dan puan Sri Khatijah ketawa melihat gelagat Aisyah dan Airil.

Share this novel

xandra
2020-11-06 12:42:02 

X bleh move onnn

xandra
2020-11-06 12:41:52 

Adoiii

xandra
2020-11-06 12:41:48 

Comel nyaa cerita niii


NovelPlus Premium

The best ads free experience