Bab 10

Romance Completed 22623

Rayqal mengeluh perlahan. Tak tahulah apa yang nak jadi. Yang pasti Dayana adalah sasarannya. Dia telah melakukan solat isthikarah dan dia pasti Dayana adalah calon isteri yang tepat.

Rayqal berjalan ke arah biliknya. Puas dia kena membebel dengan mummy dan daddy kerana berpewatakan perempuan. Mummy kata, nanti dia akan jadi betul-betul macam perempuan jika berperangai sebegini. Takut juga Rayqal mendengarnya. Akhirnya dia mengalah dan berazam untuk kembali seperti dulu. No more 'sotong'.
Dia senyum ke arah staf-staf yang memandangnya.
Dari bilik dia melihat Dayana yang tekun membuat kerja. Kadang kala gadis itu akan terhenti lalu tersenyum sendiri. Lamunan panjang Rayqal terhenti apabila terdengar ketukan pada pintu biliknya.
"Yes." Kelihatan Ainin masuk ke dalam biliknya. "Amboi bos. Seronok skodeng anak dara orang. Pergi jelah pinang. Nanti terlepas susah. Orang cantik ramai yang kejar."
Ainin mengusik bosnya. Segak sahaja Rayqal mengenakan kemeja bewarna biru berjalur itu dengan kot.
"Pandai je awak. Dia tu bukan nakkan saya. Kalau nak, dah lama saya kebas tau?" ujar Rayqal turut bergurau. Sebenarnya dia memaksudkan kata-katanya itu.
Ainin mengerutkan keningnya.
"Siapa je taknak bos ni. Handsome, Poket tebal, baik tapi yang lembut tu kureng sikitlah.. Hehehe.. " Komen Ainin sambil tersengih.
Rayqal menjeling Ainin tajam. Seronok ek kritik aku? getusnya perlahan.
"Saya dah tak buat dah. Saya rasa saya jumpa orang yang saya nak. And I'll get her, no matter what. She will be mine soon." kata Rayqal dengan yakin.
Ainin tersenyum. Dia rasa dia tahu siapa yang Rayqal maksudkan. "Saya rasa bos kenalah berusaha kuat sikit. Ada pesaing yang hebat tau bos." katanya lagi sambil menjeling ke arah Khaliff.
"I know. Ok. Apa jadual saya hari ni?" Rayqal kembali fokus kepada kerjanya.
"Ada meeting dengan Encik Zafril pasal projek Highdream itu. And then ada dinner at 8 p.m.. Hari ini ada majlis dekat hotel dan semua CEO yang pernah bekerjasama dengan pemilik hotel itu dijemput. Ok. That's all." Ainin menutup diarinya.
Rayqal mengangguk. Matanya dialihkan ke arah Dayana. "Anything else, bos?"
"No. You may go now."

-------------------------------
Dayana mengeluh. Pelan yang baru disiapkan dipandang. Kena bagi bos tengok. Malaslah nak masuk bilik bos. Bagi Ainin suruh bagi kat bos, 'aci' tak?
Dayana bangun perlahan-lahan lalu menapak ke arah bilik Rayqal. Terpampang jelas nama Rayqal. Mr. Rayqal Daniel, Chief Executive Officer.
Dia mengetuk pintu bilik itu. Terdengar suara Rayqal dari dalam. "Bos,ni design plan untuk projek Highdream. Bos boleh check tak?" Dayana berdiri di hadapan Rayqal. Rayqal merenung Dayana lalu meneliti pelan itu.
"Ok. Menepati syarat-syarat." Rayqal memberikan komen ringkas tetapi cukup melegakan hati Dayana. Tak sanggup nak buat pelan lagi.
"Ok. Thanks, bos." Dayana ingin berlalu keluar. "Eer... Dayana. Saya nak cakap sikit boleh tak?" Rayqal menjadi gugup.
Dayana memandang Rayqal pelik. Lalu dia berdiri di hadapan Rayqal semula. "Have a sit." Dayana hanya mengikut arahan.
"Hmm... Saya, saya nak...." Rayqal menjadi gagap. Adoi... janganlah buat hal!
Dayana menjadi semakin pelik. Tadi dah tak lembut pastu yang ni jadi gagap pula. Apa benda ni?" Apa bos?"
"Saya suka awak!" laju Rayqal menuturkan tiga perkataan itu. Dayana terdiam seketika.
"Apa bos cakap ni? This is office. " Dayana ingin memastikan yang Rayqal tersalah cakap. "I know. Tapi kalau bukan dekat office, bila saya boleh jumpa awak? Awak mesti taknak kalau saya ajak keluar. I love you. I really really do." Rayqal memandang ke arah mata hitam Dayana.
"Ok. Err... So?" Dayana pun tergagap handak berbicara. Seluruh badannya menjadi sejuk.
"Saya nak ajak awak kahwin." Sebaik sahaja Rayqal menghabiskan ayat, terus Dayana keluar dari bilik Rayqal tanpa menoleh ke arah bos nya itu kembali. Bos ni gila ke apa?!
Khaliff hanya memandang gadis yang berjaya mencuri hatinya itu dari jauh. Macam terdapat masalah yang dihadapi Dayana. Mahu menjadi pendengar tetapi tidak manis pula menjaga tepi kain perempuan. Tidak apalah. Lambat laun dia tahu juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience