Bab 23

Romance Completed 22623

Fasya ketawa di dalam biliknya. Rasa puas sangat! Padan muka perempuan tu! "Haihh... tula. Siapa suruh nak lawan aku. Kan dah kena." kata Fasya sendiri.

Dayana yang berada di luar bilik Fasya saja mendengar apa yg dicakapkan perempuan mereng itu. Dengan hati yang membara, dia mengambil cecair pencuci pinggan lalu menuangkannya di depan pintu bilik tetamu.
Geram kerana Fasya, dia mempunyai luka di dahi dan pipi yang lebam. 'Ni, kau nak patah tulang ke apa? Aku tak kesah.' Selepas itu, dia pergi ke ruang tamu tempat menonton tv.
Rayqal berada di luar agaknya. Malas mahu memikirkan lelaki itu. Memang suaminya itu tidak mencintainya langsung agaknya. Kata-kata manisnya sebelum kahwin mungkin digunakan untuk memikat sahaja.
Saja dia menunggu Fasya keluar. Volume tv dikuatkan.
Fasya yang terganggu dengan bunyi kuat itu terus meluru ke pintu dan ....... BUK!!!!!
tergolek Fasya di situ. Dayana sudah ketawa hingga menekan-nekan perutnya. Lawak siot!
"Rayqal!!!!!!!" kuat suara Fasya menjerit nama Rayqal. Dayana masih ketawa. Iphone yang sempat merakamkan aksi lucu tadi dilihatnya kembali.
Rayqal terkocoh-kocoh masuk ke dalam rumah. Dilihatnya Fasya sedang terduduk di atas lantai manakala isterinya ketawa terbahak-bahak. Tersenyum kecilnya melihat Dayana ketawa sebegitu. Sudah lama isterinya itu tidak ketawa sebegitu teruk.
Fasya semakin panas memlihat Rayqal tersenyum sendiri ketika pandangannya ditala kepada isterinya yang menyakitkan hati itu, terus menjerit sekali lagi. "You!!!!!"
Rayqal menutup sedikit telinga akibat jeritan yang terlalu nyaring.
Dayana juga berhenti ketawa tetapi senyuman tidak pernah lekang dari bibir mungilnya.
"Apa nak? Nak I tampar you sebagaimana you tampar my wife ke?" suara Rayqal berubah tegas. Dayana terkedu. Kenapa kadangkala suaminya itu baik dan kadangkala menyakitkan hatinya. Bukan kadang-kadang tapi selalu meyakitkan hatinya.
Fasya juga terdiam. Kemudian dia terus bangun dan melangkah ke arah Rayqal. Saat dia mahu memeluk tubuh lelaki itu, Rayqal pantas menjauhkan diri. "Eee.. apa you ni?! Nak peluk-peluk pula. Diri tu yelah bersabun. Pergilah peluk kekasih gelap you tu!" suara Rayqal semakin meninggi.
Sakit hati semakin menjadi-jadi akibat mengenang perkara yang lalu. Dayana ingin berlalu ke bilik. Malas mahu melihat drama yang dilakonkan Rayqal.
"Sayang!" Dayana meneruskan perjalanan kerana menganggap Rayqal bukan memanggil dirinya.
"Zara Dayana. Abang panggil ni, kan?" kaki yang mendaki anak tangga terus terhenti. 'Abang? Sayang? Dia ni mental ke apa?' Rayqal memegang lengan Dayana.
Dayana teringat ketika Khaliff ingin menciumnya, terus dia menolak Rayqal tetapi tidak berjaya. "Lepaskan! Aku kata lepaskan!" Dayana mula meninggikan suara. Tragedi gelap itu sangat membuatkan Dayana trauma jika lelaki memegang lengannya tanpa sebab.
"Yana. Sayang kenapa ni? Mummy! Daddy!" panik Rayqal apabila Dayana meronta-ronta dan cuba melepaskan diri. Fasya juga seperti terpempam dengan aksi dihadapannya.
Dato' Raiz dan Datin Sara cuba menenangkan Dayana. Dayana menangis-nangis minta dilepaskan. Akhirnya, pandangannya gelap kerana kepala yang sakit teramat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience