Bab 19

Romance Completed 22617

"Aku terima nikahnya, Zara Dayana binti Amin dengan mas kahwinnya 500 ringgit tunai." Rayqal yang segak berbaju melayu putih itu melafazkan akad dengan sekali nafas.
Akhirnya, perkahwinan terpaksa yang Dayana takuti menjadi realiti. Dia menangis. Tetapi bukan kerana gembira, tetapi kerana kesedihan yang amat sangat. Terlalu kecewa dia dengan Rayqal.
Rayqal mendekati Dayana lalu menyarungkan cincin yang bertatahkan sebutir permata di atasnya. Kilauan cincin itu tidak berjaya menarik minat Dayana. "Yana, cium tangan suami tu, sayang." ujar Datin Haida perlahan. Dia tahu Dayana tidak rela tetapi mungkin sudah tersurat Dayana ialah jodoh Rayqal.
Dayana teragak-agak mencium tangan Rayqal. Silau cahaya kamera berada di mana-mana. Tetamu juga turut merakam gambar pasangan mempelai itu sebagai kenangan.
Rafeez tersengih. Dia tidak tahu kenapa, tapi dia sangat sukakan kakak iparnya ini. Rafeez sudah menganggap Dayana sebagai kakaknya sendiri. Harap rumah tangga abangnya kekal hingga ke syurga.
"Ciumlah dahi isteri tu, pengantin oii.. Nak malu apa? Dah halal." usikan dari seseorang disambut oleh gelak ketawa tetamu. Tetapi usikan itu tidak berjaya menghiburkan hati Rayqal dan Dayana yang gundah-gulana.
Rayqal mencium dahi isterinya itu. Danish dan Darwish juga tidak kurang sibuknya merakam gambar adik kesayangan mereka. Menggunakan kamera DSLR, abang-abang Dayana itu merakam gambar. Mentang-mentang ada sorang satu kamera, kalah cameraman yang merakam gambar gayanya.
Dato' Raiz memeluk anaknya yang sulung. "Jaga my menantu baik-baik. Yana, if your naughty husband ni buat hal, just report it to me. Taulah daddy nak brainwash si Rayqal Daniel ni macam mana." pesan Dato' Raiz sambil berseloroh kepada Dayana. Dayana hanya membalas dengan senyuman.
"Apa pulak daddy ni." kata Rayqal dengan wajah yang masam.
"Betul tu! Ataupun kak Yana pelangkung je kepala along ni." Rania menyambung. Dayana ketawa. Terhibur sedikit hatinya.
"Amboi... ni pakat nak kenakan along secara berjemaah ke ni?" usik Rayqal kembali. Matanya mencuri pandang kepada isterinya. Sudah lama tidak melihat Dayana ketawa ceria dihadapannya.
"Along ni. Curi-curi pandang pula. Angkut je bawak bilik." Rafeez menyampuk apabila melihat ekor mata abangnya asyik memandang isterinya yang comel di sebelah. Rayqal hanya menjeling adiknya tajam. Dayana memndang ke arah lain dengan muka yang merah. Walaupun dia marahkan suaminya itu, Dayana tidak pernah membenci lelaki itu walau sebesar zarah malah dia sangat menyayangi Rayqal. Tetapi rasa kecewa dengan lelaki itu masih belum dapat dirawat sepenuhnya.
Datin Sara tersenyum melihat keletah anak-anaknya. Dia berdoa semoga kebahagiaan milik mereka sekeluarga anak-beranak.
Dayana meminta diri untuk ke keluarganya yang memanggilnya.

--------------------------------
"Shit! Kenapa awak kahwin dengan dia, Yana? Saya sayangkan awak." Khaliff menghentak stereng keretanya berkali-kali. Khabar yang Dayana menikah bersama Rayqal pada hari ini cukup menjadikannya hilang arah.
Rasa cinta untuk gadis bernama Zara Dayana begitu mendalam. Dia menyukai Dayana sejak pertama kali dia melihat gadis itu. Riak wajahnya yang jelita mampu membuat sesiapa sahaja terpaut hati. Salah seorangnya ialah dia! Khaliff Asyraf.
"Yana, saya akan miliki awak. Walau apa sekalipun, you're mine. Remember that, Yana. You're forever mine." Khaliff menekan pedal minyak untuk balik ke rumah. Kelajuan yang digunakan sangatlah menegerikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience