Bab 27

Romance Completed 22623

Dayana tekun menonton cerita 'Kimchi Untuk Awak'. Rayqal pelik melihat isterinya itu sudah mengulang tayang cerita itu sebanyak 5 kali. 'Dah kenapa?'
"Sayang!" Dia memanggil Dayana tetapi dibalas oleh pandangan sekilas. Makin tidak puas hatilah jadinya. "Apa best sangat cerita ni, sampai muka handsome abang ni sayang pandang sebelah mata je?"
"Yana pandang abang guna dua belah mata. Abang ada nampak ke Yana tutup sebelah mata masa toleh tadi?" Dayana menjawab tetapi matanya kekal di kaca tv.
"Yana......." Rayqal merengek seperti kanak-kanak. Mengharapkan jawapan dari si isteri. "Aiman Hakim Ridza ni handsome." Boommm!!! Bagai sebutir bom meletup di dalam kepala Rayqal. Ambil kau! Nak sangat jawapan. Straight to the point pula tu.
"Habis suami sayang ni tak handsome ke?" tanya Rayqal sedikit berjauh hati. "Tengah-tengah." jawab Dayana selamba. Tersengih dia melihat gandingan pelakon Aiman Hakim Ridza dan Emma Maembong.
"Takpelah kalau Yana kata macam tu." Rayqal merajuk. Kenapa isterinya menjadi lain? Langkahnya menuju ke dapur. Sambal ikan keli yang dimasak Dayana membuatkan selera Rayqal terbuka.
Belum sempat dia mencedok nasi ke dalam pinggan. Rasa loya dan mual datang secara tiba-tiba. "Uhuk! Uhuk!" berlari dia memuntahkan segala isi perutnya ke dalam sinki.
Dayana yang tadi khusyuk menonton terus berlari mendapatkan suaminya. "Abang kenapa? Food poisoning ke?" risau juga melihat Rayqal yang seperti tidak bermaya itu.
"Abang tak apa-apa. Yana pergilah tengok Aiman Hakim tu. Jangan risaukan abang." Rayqal masih berjauh hati tentang tadi. Semenjak dua menjak ni memang dia berasa sedikit mual dengan sesetengah makanan.
Dayana hanya melihat Rayqal mendaki tangga dengan lemah untuk naik ke bilik. Dia tersenyum. Sengaja dia menyakat suaminya tadi, tidak sangka pula lelaki itu menjadi emosional pula.

--------------------------------
Rayqal baring di atas katil. Sedaya upaya dia mengawal emosinya yang begitu sensitif sekarang. Macam perempuan pula jadinya.
Dia berpura-pura tidur apabila merasakan katil diduduki seseorang. Sudah tentulah isterinya. "Abang...." sengaja dimanjakan panggilan itu. Rayqal sudah tersenyum hingga ke telinga. Boleh cair aku kalau dia buat suara macam tu hari-hari. Tetapi dia cuba menahan dirinya.
"Abang marah Yana ke?" Dayana memeluk Rayqal dari belakang. Rayqal kekal membisu.
"Haihhh..." kedengaran Dayana mengeluh. "Baby, papa marah mamalah, sayang. Cuba baby tanya papa tu, dia sayang tak dekat mama." Dayana berkata sambil mengusap perlahan perutnya.
Rayqal terus duduk dari pembaringannya dan menghadap Dayana. "What are you talking about, Zara Dayana?" serius kedengaran suara Rayqal.

Dayana tersengih lalu perlahan-lahan mengambil sepucuk sampul surat bewarna coklat itu lalu diberikan kepada Rayqal. Rayqal membuka sampul surat itu lalu membaca maklumat yang tertera. "Is this ultrasound?" tanya Rayqal.
"Yep! Kita akan jadi papa and mama dalam masa kurang 7 bulan." Dayana menaikkan 7 jarinya. "Yana tak kenakan abang, kan?" Rayqal masih ragu-ragu. Waalupun dalam hatinya sudah melonjak gembira.
Wajah Dayana terus berubah. "Kenapa abang susah sangat nak percaya. Dah terang lagi bersuluh ultrasound tu menunjukkan I'm pregnant. You're not looking like you happy about this." Dayana bangun lalu menapak keluar dari bilik. Kecil hati dengan Rayqal.
Pergerakan kakinya terhenti bila dia dipeluk dari belakang. "Can't wait to see our baby." kata Rayqal perlahan. Tangannya diletakkan di atas perut kempis isterinya. "Oh! Sayang papa nilah yang buat papa muntah-muntah tu. Kesianlah dekat papa. Mama takde apa-apa pun. Biar dia pula yang kena ya, sayang?" Rayqal berkata-kata seperti bakal anaknya itu akan menjawab.
"Dayana ketawa kecil. Tidak sabar rasanya mahu memeberitahu semua orang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience