Bab 6

Romance Completed 22617

Rayqal duduk ditepi kolam renang rumahnya. Runsing memikirkan tentang hal Dayana. Nak fired aku tak boleh. Lagipun aku yang cari pasal dulu. Aduh..
Bahunya ditepuk dari belakang. Adiknya, Rafeez Daniel duduk di sebelahnya." Along ni kenapa? Mereng je Ez tengok. Along macam ni dulu masa tengah gaduh dengan kak Fasya. Along gaduh dengan girlfriend along ke?" usik Rafeez kepada abangnya itu.
"Ez jangan sebut nama dialah. Benci along dengar!" ujar Rayqal tegas. Itu kisah lamanya. Memang trend ke? Lari ikut jantan lain di hari pernikahan.
Rafeez terkedu. Tidak sangka abangnya itu betul-betul marah. "Haish... kalau dah berpura-pura macam perempuan tu, tak payahlah perangai macam perempuan sangat. Sikit-sikit marah. Sampai bila along nak berlagak macam perempuan? Gelilah Ez tengok along terlentok sana-sini. Mummy pun tak macam tu." cemuh Rafeez. Sumpah geli tengok abang sendiri yang dulu kawal macho gila, jadi sotong.
Sampai along jumpa orang yang betul-betul cintakan along. Tak macam perempuan tu, nak kahwin dengan along sebab harta dan rupa. Lepas jumpa yang lagi baik, dia lari pula. Ergghhh..." luah Rayqal beremosi.
Rayqal dapat rasakan yang dia jatuh hati pada Dayana tetapi hubungan mereka tak menggalakkan. Sudah 2 hari Dayana bercuti. Sejak kejadian 2 hari lepas, tiada lagi dia bertemu dengan Dayana. Ainin pun takut-takut mahu memandangnya.
"Along! Dah tiba mana? Paris? Thailand?" Rafeez mengejutkan abangnya dari lamunan yang panjang. "Eh, kau ni! Kacau je." kata Rayqal berseloroh.
"Hahaha! Dah, jom. Mummy dengan daddy panggil Encik Rayqal Daniel ni makan. Nanti sakit perut." Rayqal bangun lalu menuju keluar. Sempat lagi dia menyekel kepala Rafeez.

-------------------------------
"Adik. Adik." Danish mengejutkan Dayana. Nak kejut Darwish jauh sangat pula. "Hah! Kenapa bang?" tanya Dayana terpisat-pisat. Dia melihat jam, pukul 4 lebih baru. "Abang laparlah. Adik suapkan abang bubur yang mama beli tadi, please."
Dayana mengangguk lalu menyuapkan abangnya. Apa nak kecoh? Suap jelah. Bukan dia suruh masak. Lagipun Dayana selalu juga mengejut abangnya itu tengah-tengah malam untuk mendapatkan sesuatu semasa dia kecil.
Darwish mula mengeliat kecik. Matanya terbuka. Apabila sudah sedar sepenuhnya, dia duduk di kerusi yang ditempatkan di sebelah katil pesakit. "Apalah, abang ni. Pagi-pagi pun nak melantak." kata Darwish dalam mamai.
Terus telinganya dipiat oleh Dayana. "Eee... Dia pun selalu bangun malam suruh abang Nish masak maggi bagai. Tu tengok perut tu dah buncit." Dayana menjawab bagi pihak abangnya.
"Sakitlah, dik. Biarlah. Joking je. Fyi, abang tak buncit. Abang selalu pergi gim ok? Adik tu yang tembam." Darwish mengusik Dayana. Mereka berjumpa bukan selalu. Jadi bila berkumpul adik-beradik ni rasa best pula.
"Berat badan Yana ideallah. Boleh jadi model tau. Abang tahu apa? Tahu makan je.." Mereka berlawanan mata. Danish meredakan. "Mana ada adik-adik abang ni gemuk. Semua comel-comel je." kata Danish sambil tersenyum.
"Abang, tengok abang Awish, dia kacau adik." Dayana memeluk lengan kanan Danish. "Abang, tengok adik, dia kacau Awish." Darwish memeluk lengan kiri Danish. "Ni, abang adiklah. Sibuk."
"Ni abang abang Awish juga. Sibuk."
Akhirnya mereka sama-sama ketawa. Mereka memang adik-adik yang manja. Danish memang selalu memanjakan Darwish dan Dayana. Darwish dan Dayana tidak boleh bayang jika abang mereka tiada. Sayang abang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience