Bab 16

Romance Completed 22617

Danish pelik melihat adiknya yang terus meluru ke bilik. 'Tak kerja ke?' Lalu dia menapak ke bilik Dayana. Terus Danish membuka pintu kerana dia tahu jika dia mengetuk pintu, sampai esok dia tercegat di depan pintu.
Terkejut Danish melihat Dayana teresak-esak menangis di tepi katil. "Adik kenapa ni?" Dayana memandang Danish dengan mata yang merah berair.
"Rayqal." sepatah nama itu disebut dengan suara yang perlahan. Danish tidak mengerti apa yang hendak disampaikan oleh Dayana. Sesuatu buruk terjadi kepada Rayqal kah?
Melihat abangnya diam tanpa kata, Dayana terus menceritakan apa yang terjadi. Danish menahan geram di dalam hati. Mahu saja dilepaskan penumbuk di muka Rayqal.
"Adik! Rayqal datang nak putuskan pertunangan korang." Darwish termengah-mengah di hadapan pintu bilik. Semua orang terkejut apabila tahu yang kedatangan Rayqal ialah untuk menyampaikan berita yang tidak mahu didengari.
"Biarlah dia, abang. Adik pun dah tak nak dengan dia." Dayana berjalan ke arah Darwish perlahan-lahan. Cincin yang disarungkan oleh mummy Rayqal, ditanggalkan lalu diletakkan dia dalam tangan Darwish. "Cakap dekat Rayqal adik minta maaf."
"Adik, dia nak jumpa adik. " Darwish menarik perlahan lengan Dayana. Danish juga sudah bangun, dia mendekati adik-adiknya itu.
"Kenapa dia nak jumpa adik? Kata dah menyesal?"
"Adik pergilah bincang elok-elok dengan dia." kata Danish. Dia tidak ingin memaksa. Dayana mengeluh. Dengan langkah yang berat, dia membasuh muka lalu turun ke bawah.

-------------------------------
Rayqal memandang Dayana yang sudah melabuhkan punggung dihadapannya. Gadis itu hanya menunduk seperti tidak mahu memandang wajahnya. "Bos nak apa lagi. Cincin saya dah serahkan dekat abang saya. Rasanya dia dah bagi bos, kan?"
Suara seraknya sedaya upaya disembunyikan. Tudung yang sedikit senget dibetulkan.
Rayqal tersenyum sinis mendengar suara serak Dayana. Dengan jelas dia boleh mengagak Dayana menangis tadi. "Kenapa awak menangis? Bukan awak ke yang curang belakang saya? Awak nak tunjuk awak menyesal ke sebab saya putuskan pertunangan?" kata-kata Rayqal begitu menghiris tajam .
Dayana mengetap bibir menahan marah. Sampai begitu sekali persepsi Rayqal terhadapnya?
"Awak tak layak nak cakap macam tu pada saya. Sekurang-kurangnya, saya bukan orang yang menuduh membuta tuli tanpa menyoal siasat. Awak yang dulu terhegeh-hegeh nakkan saya. Saya sendiri rasa terpaksa pada mulanya tapi tidaklah sampai saya berlaku curang dibelakang tunang saya sendiri. Ops, bekas tunang! Saya terima pun sebab tidak tahan melihat Datin begitu memujuk saya. Saya tak nak hampakan harapan orang. Tapi, saya lega, at least bukan saya yang akan menghampakan harapan Datin, tetapi anaknya sendiri dengan rela hati membuat perkara tersebut. Sekaligus, membebaskan saya daripada bersuamikan lelaki macam awak. Now, what do you want?" Dayana membalas kata-kata Rayqal dengan panjang lebar.
"Awak jangan nak macam-macam. I can fire you at anytime. So, behave. I'm still your boss." Rayqal cuba mengugut untuk menakutkan Dayana tetapi reaksi Dayana yang tersenyum sinis menyakitkan hatinya.
"Awak sedar tak awak cakap dengan siapa? Saya boleh bekerja di syarikat family saya. Awak fikir just saya yang perlu hormat awak. A boss should respect his staff too. Respect each other. Sekarang ni, awak hormat tak saya? It's so obvious that you're not professional. Ni tak melibatkan hal kerja but awak mengugut untuk memecat saya. Oklah, itu je. So awak boleh balik ke kerja semula. Jika awak nak sekarang juga saya resign." Dayana terus bangun meninggalkan Rayqal yang terkejut dengan kata-katanya.
Dayana menahan air mata yang mahu gugur semula. Rasa sayang untuk Rayqal semakin menebal dalam hati ini dan tidak boleh diusir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience