Bab 17

Romance Completed 22617

"Apa Rayqal cakap ni?! Mummy tak kira. Rayqal kena kahwin juga dengan Zara Dayana. Pandai-pandai buat keputusan sendiri. Cincin, ni. Selagi tak tersarung semula dekat jari Dayana, mummy takkan maafkan Rayqal sebab hampakan mummy." suara Datin Sara memetir sebaik sahaja anak lelakinya itu balik dan memberikan cincin tunang kepadanya.
Dato' Raiz juga terpempam apabila Rayqal menyatakan dia sudah putus tunang. Dulu, anak terunanya itu yang begitu tergila-gilakan Dayana. Sekarang, selepas dua minggu bertunang, diputuskan pula. Yang lebih mengejutkan, Rayqal yang memutuskan tali pertunangan, bukan Dayana.
Rayqal memasamkan wajah. "Mummy, daddy, dia yang keluar dengan jantan lain. Kawan baik konon. Rupanya boyfriend. Rayqal dah penatlah! Asyik kena tipu je. Semua perempuan sama je!" Rayqal meninggikan suara. Akibat kemarahan yang memuncak, dia tidak sedar apa yang dia lakukan.
Pang!! Satu tamparan kuat hinggap di pipi Rayqal. "Mummy dengan Rania pun perempuan. Rayqal tak boleh sesuka hati judge orang. Daddy tak pernah ajar anak daddy jadi macam ni. Dayana tu baik orangnya. Daddy kenal dengan family dia. Jangan disebabkan Rayqal, kita putuskan tali persaudaraan dengan Dato' Amin punya family."
Dato' Raiz begitu marah dengan perangai Rayqal.
"Daddy, dah lah tu. Kesian along." Rafeez menenangkan ayahnya yang nampak berang itu. Rania tertunduk ketakutan. Bukan senang melihat Dato' Raiz marah. Rasa kasihan melihat pipi abangnya merah akibat ditampar.
Rayqal yang seperti baru tersedar terus menunduk. "Sorry, daddy mummy. Rayqal putuskan pertunangan tu sebab Yana curang belakang Rayqal. Dia keluar dengan Khaliff."
"Along, dia keluar je. Ada ke along nampak diaorang pegang-pegang, peluk sakan bagai? Lagipun, along firsr time kan, terserempak dengan dia dengan lelaki lain. So, mana boleh tuduh-tuduh. Lepastu, on the spot pergi putuskan pertunangan. Kalau Nia jadi Yana, Nia takkan maafkan along." Rania pula bersuara menentang keputusan gila Rayqal.
"Rayqal, pergi cari Yana. Bila dah jumpa, pujuk dia balik. Itu je permintaan mummy." Datin Sara terus meluru menaiki tangga.
Rayqal mengeluh. Kenapalah dia buat keputusan macam tu sekali. Rayqal tahu, bukan senang mahu memujuk Dayana. Apatah lagi setelah pertengkaran yang berlaku antara mereka.

------------------------------
Dato' Amin melihat Dayana yang menangis teresak-esak. Datin Haida memujuk anaknya itu. "Yana, kenapa nangis beriya sangat ni? Dulu Yana jug macam tak suka dekat Rayqal kan?"
Dayana mengesat air matanya. Danish yang duduk di sebelah papanya pun pelik melihat Dayana yang kelihatan sungguh sedih. "Adik pun tak tahulah. Tapi adik dah mula sayangkan dia, cintakan dia. Rasa tu sakit sangat. Ditambah pula bila dia menuduh Yana macam-macam." kata Dayana dalam suara yang serak.
Dia terus berlalu ke biliknya. Tidak tahan untuk menangis.
Dayana mengelap air mata yang membasahi pipi mulusnya. Telifon yang berbunyi minta diangkat dijawab. "Hello. Assalamualaikum." suara itu membuat Dayana terdiam.
Rayqal Daniel!
Dia mahu menekan butang end call tetapi memikirkan salam yang diberikan lelaki itu, dia akhirnya menjawab. "Waalaikumsalam." jawabnya perlahan. Malu kerana suaranya yang serak akibat menangis.
Rayqal di hujung sana terkedu mendengar suara serak Dayana. 'Begitu terkesankan Dayana dengan keputusannya?'
"Bos nak apa?" tanya Dayana. Geram apabila tiada suara dihujung talian. Rayqal keliru. Takkan nak merendahkan egonya dan merayu?
"Hmm.. awak menangis ke?" rasa bersalah Rayqal jika dia yang menjadi sebab Dayana menangis. Tidak dinafikan, dia sangat mencintai Dayana tetapi rasa marah menjadi tembok besar menghalang rasa cinta itu.
" Buat apa bos nak sibuk. None of your business. Ada apa bos call saya ni?"
"Saya minta maaf sebab buat keputusan terburu-buru. I think I.... " kata-kata Rayqal dipintas Dayana.
"Nak sambung balik pertunangan. In your dream. After all of this, awak senang-senang minta maaf and nak sambung tali pertunangan?" kata Dayana penuh sinis.
Rayqal menahan geram.
"Hello. My mum yang suruh. Awak takde pilihan. Sama ada awak ikut cakap saya or I'll do something else." ugut Rayqal. Dia bukan main-main. Rasa mahu menjadikan Dayana sebagai miliknya yang sah sangat kuat.
"Who are you untuk ugut saya. Saya malas nak layan awak. Stop kacau saya or I'll make a police report. Assalamualaikum." kata Dayana terus mematikan talian.
"Waalaikumsalam. You just wait, Zara Dayana." kata Rayqal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience