Bab 21

Romance Completed 22617

Khaliff bergerak ke tempat Dayana. "Yana, kenapa awak terima lelaki itu? Dia tak cukup baik untuk awak." Khaliff duduk di hadapan Dayana. "Khaliff, everyone is not perfect. Saya anggap dia jodoh saya. Dan awak tiada hak nak persoalkannya." tegas Dayana.
"Tapi I love you. Give me a chance. Only a chance." Khaliff berdiri lalu menarik tangan Dayana. "What are you doing, Khaliff Asyraf!" muka Khaliff yang semakin dekat dengannya mengingatkan Dayana kepada perbuatan Rayqal sebelum mereka ditangkap basah.
"Lepaslah!" jeritan Dayana mendapat tumpuan dari staf lain dan mereka mula menjenguk. Apabila melihat adegan yang berlaku, beberapa staf lelaki masuk ke dalam bilik Dayana lalu menarik Khaliff yang ingin mencium Dayana. Tetapi tenaga mereka tidak dapt mengalahkan tenaga Khaliff yang seperti dirasuk hantu itu.
Rayqal yang baru pulang dari berjumpa client, berminat ke arah bunyi yang bising di bilik isterinya. Terus kakinya melangkah masuk dengan perasaan marah yang teramat sangat.
Bukk!! Penumbuk sulung Rayqal melayang ke arah Khaliff. Dayana terlepas dari pelukan lelaki itu, Rayqal menyambut tubuh Dayana yang seperti hendak terduduk. Wajah itu berlinangan dengan air mata.Rayqal mengusap bahu Dayana perlahan.
Meredakan rasa takut yang di hadapi Dayana.
"Hey! Sekali lagi aku nampak kau dekat dengan my wife, tahulah engkau apa nasib kau, binatang!" tengking Rayqal lantang. Dayana memeluk Rayqal kuat. Rasa takut memenuhi diri.
Pengawal datang menarik Khaliff yang meronta ingin mendekati Dayana.
Setelah Khaliff ditarik keluar. Rayqal menjeling tajam staf-staf yang masih melihat ke arah mereka. Terus mereka menyambung kembali kerja mereka yang terbengkalai.
"Dia dah takde. Tulah pergi bagi dia masuk dalam bilik. Lepastu melalak sendiri." entah kenapa dia rasa hendak menyakiti hati isterinya itu.
Dayana mengeluh. Tidak boleh ke Rayqal berbaik dengannya? "Sudahlah. Sorry sebab awak terpaksa selamatkan saya pula. Saya nak sambung kerja saya balik." Dayana menolak dada Rayqal perlahan. Tidak selesa berkedudukan sebegitu.
"Yup. You have to say the word 'sorry'. Ok, sambung kerja awak." balas Rayqal selamba tetapi sangat tajam.

--------------------------------
Dayana melangkah ke dalam rumah Dato' Raiz. "Akak!" panggil Rania riang. Dayana tersenyum melihat adik iparnya itu. "Alaaa.... takpayah lah panggil kakak. Tua sangat lah pula."
"Saya, awak jelah. Ok. Hmm... Along mana?" Rania mengerutkan dahi sedikit apabila kelibat Rayqal tidak menjelma. "Entahlah. Dia balik lewat sikit kot. Saya nak naik dulu ya? Nak mandi. Nanti awak pula yang bau busuk sebab dekat-dekat dengan saya." Dayana sempat bergurau sebelum masuk ke dalam biliknya.
Rania ketawa kecil mendengar gurauan itu. Walaupun dia tahu kakak iparnya itu menyorokkan sesuatu. Dia dapat rasakan hubungan Dayana dan Rayqal tidak bahagia.

------------------------------
Rayqal masuk ke dalam bilik perlahan-lahan. Tidak mahu mengejutkan Dayana yang sedang beradu. Tadi Dayana sudah meminta diri untuk tidur awal kerana berasa kurang sihat.
Dia duduk di atas katil, badannya di sandar kepada penghadang katil itu. Teragak-agak dia untuk membelai rambut Dayana yang panjangnya paras dada. Akhirnya dia berbaring menghadap Dayana. Lelaki itu bermain dengan muka isterinya. Saat matanya sudah mengantuk, dia mengucup dahi itu perlahan. "I'm sorry, sayang. Good night. I love you." Rasa bersalah menimpa-nimpa apabila dia terfikir kata-katanya sendiri. Tetapi dia tidak boleh mengungkapkan 'maaf' di hadapan Dayana. Egonya terlalu tinggi untuk buat begitu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience