Bab 9

Romance Completed 22617

Dayana tersenyum memikirkan Danish yang bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan. Dia turut menumpang bahagia yang dirasai abangnya itu. Yang kelakarnya, Darwish tidak mahu menjawab apa-apa panggilan daripada abangnya itu kerana merajuk.

Comel je tengok pasangan kembar itu. Darwish kata, mana aci abang kahwin dulu. Kata nak kahwin sama-sama dengan Awish. Dayana yang menjadi penonton tergelak sakan. Dia rasa Darwish lagi manja daripada dia yang sepatutnya yang menjadi paling manja kerana dia merupakan adik bongsu.

Darwish akhirnya terpaksa balik juga kerana terdapat cuti panjang. Mereka duduk di ruang tamu. Mata Darwish 100% fokus ke arah telivisyen yang memaparkan cerita face off.

"Alaa... abang Awish tak payah nak merajuk sangatlah. Adik tahu abang pun dah ada gf kat university. Namanya, Farhana Natasya, kan?" tegur Dayana yang ingin mengusik Darwish. Danish menjegilkan biji matanya ke arah Darwish. Darwish pula menjeling tajam ke arah Dayana.

"Yeke? Kenapa tak beritahu abang?" tanya Danish berpura-pura serius. Darwish menelan air liur. Adoiii... Yana ni! Menyesal bagitahu dia. Kantoi! gerutu Darwish dalam hati.
"Apa? Awish ada girlfriend? Wah! Cepat-cepatlah kenalkan dekat kiteorang. Boleh join your brother's wedding." Dato' Amin dan Datin Haida tersenyum melihat anaknya.
"Eee.. Awish masih kenal-kenallah mama, papa. Lagipun, kiteorangkan still study lagi. Taknaklah. Adik ni tak reti simpan rahsialah. Nanti abang taknak bagitahu adik apa-apa lagi."
Ketawa mereka melihat muka Darwish berubah kemerahan. "Adik bila pula? Takde hati nak kahwin ke?" tanya mama sambil memandang ke arah Dayana. Papa dan abang-abangnya juga menumpukan ke arahnya.
Dayana terkedu. Entah kenapa wajah Rayqal terlayar di dalam kotak fikirannya. Cepat-cepat dia menidakkan bayangan itu.
"Adik muda lagi." Senang saja jawapan yang Dayana berikan jawapan kepada soalan cepu emas itu.
"Eleh.. Abang dengar ada orang tu buat drama dengan bos dia. Takde kerja ea gaduh dengan bos sendiri? Ramai tau orang gosip pasal adik dengan Rayqal. Kononnya korang ni couple. Lepastu ada masalah, itu yang dingin like iceberg tu." Danish pula mengusik adiknya itu.
Danish mengetahui semua itu kerana Rayqal juga merupakan rakannya. Mereka pernah mengusahakan projek yang sama. Pernah sekali Danish mendengar luahan Rayqal tentang seseorang pekerjanya. Dia mendapat tahu pekerja yang dimasudkan Rayqal ialah Dayana apabila Rayqal menyebut nama penuh pekerjanya itu.
"Mana ada! Dia tu menjengkelkan. He said that I was not professional when I want to go to hospital. The day that you was accident. Urghh.. I hate that man." keluh Dayana. Geram apabila mengingati semula kisah itu. Walaupun dia telah memaafkan Rayqal, tetapi hatinya masih sakit mengingatkan tentang kata-kata Rayqal yang tak betapis itu dan dia sedaya upaya membuang rasa sakit hati terhadap bosnya memandangkan Rayqal sudah meminta maaf.
"Yana, I think that must be something happen between you and Rayqal, am I right?" tanya Dato' Amin. Datin Haida hanya menjadi pemerhati.
"Mana ada, papa. Oklah. Yana nak masuk biliklah." Dayana terus melangkah ke biliknya. Keluarganya di bawah masih membisu. Mereka tahu ada sesuatu yang tidak kena.
Di dalam bilik, Dayana bergolek di atas katil. Cuba menghilangkan wajah Rayqal yang memenuhi ruang fikiran. Adakah dia merindui lelaki itu? Jangan fikir bukan-bukan Zara Dayana! Just stay calm.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience