Epilog

Romance Completed 22623

"Rasya Dyana! Stop running." Dayana berlari mendapatkan anaknya. 'Haishhh.. budak ni.' Lalu dia meletakkan Rasya di atas tikar ABCnya yang dipenuhi permainan. Leka Rasya bermain dengan barbie dollnya itu.
"Hai, sayang. Dah solat maghrib?" tanya Rayqal sambil turun tangga dengan tuala yang disangkut di lehernya. Dia mengelap rambutnya yang basah. Suaminya itu memakai t-shirt dan seluar pendek paras lutut.
"Dah. Abang main dengan Sya kejap. Yana nak hidang lauk."
"Abang ajak makan kat luar tak mahu. Kan penat. Baru balik kerja dah kena masak." bebel Rayqal. Dayana hanya tersenyum. Sudah biasa dengan bebelan suaminya. "Sya main apa tu? Papa nak main sekali boleh?" Anaknya yang baru berusia 3 tahun itu mengangguk. Sudah petah anaknya ini tetapi masih pelat sedikit.
Dia asyik bermain dengan anaknya sehingga Dayana memanggil mereka untuk makan.
Baru sahaja ingin membaca doa, loceng pintu kedengaran. "Assaalamualaikum." rupa-rupanya keluarga mereka datang melawat. "Waalaikumsalam. Jom lah makan sekali, Yana dah hidang." ajaknya kepada keluarapga besar mereka.
"Kami datang ni saja-saja nak jenguk Rasya dan kamu berdua. Mana cucu mummy?" tanya Datin Sara. Datin Haida juga mengangguk tanda ingin mengetahui tentang keberadaan cucunya.

"Ada depan tv tu. Tengah main." jawab Rayqal pula. "Yana tak penat ke?" tanya Darwish perihatin. Darwish sudah mendirikan rumah tangga dua tahun yang lalu. Isterinya sedang mengandung 4 bulan sekarang ini. Danish pula sudah mempunyai anak berumur 3 tahun yang dinamakan, Muhammad Areef Zikri. Areef sama umur dengan Rasya tetapi muda 2 bulan.

"Dah biasalah, abang." jawab Dayana pendek. Mereka duduk di kerusi masing-masing. Selepas Rayqal membaca doa, semua orang mengambil lauk yang digemari. 'Nasib baik terniat nak masak banyak. Kalau aku masak sikit, alamatnya tak dapatlah diaorang makan. Datang sini tak bagitahu. Sekali datang satu family pula tu.'
Selepas makan, mereka berbual-bual diruang tamu. "Ape cer, Ez dengan Nia? Takde cerita ke?" Dayana ramah bertanya kepada adik-adik iparnya. Rasya selesa baring diatas dada bidang papanya itu. Sudah tidur agaknya.
"Ez takde apa-apa. Kak Nia ni yang nanti ada orang masuk memeinang minggu depan." jawab Rafeez lancar. Saja ingin membocorkan rahsia kakaknya.
Semua yang sakan bercerita itu ini tersenyap jadinya. "Kenapa mummy tak tahu apa-apa?" tanya Datin Sara. "Eerrr... saja nak buat kejutan." gerun Rania jadinya. "Nanti cerita dekat mummy siapa lelaki itu."
"Nama lelaki itu, Khaliff." Dayana yang sedang minum air milo itu tersedak. Berlari dia ke dapur untuk minum air kosong. Rayqal ternganga jadinya. "Khaliff Asyraf?" tanyanya perlahan. "Yup. Itu nama penuhnya. Dia pernah kerja dekat syarikat family kita." kata Rania lagi. Semua di situ faham kenapa Rayqal dan Dayana seperti begitu terkejut. Sama tempat kerja rupanya. Tetapi mereka tidak tahu tentang hal Khaliff dan Dayana dulu.
Rayqal mengangguk. Dia tidak kesah sebebarnya. Khaliff sendiri datang kepadanya dan meminta maaf semasa Dayana baru lepas bersalin. Kata lelaki itu, dia menyesal kerana cinta dia menjadi hilang kewarasan. Rayqal pun sudah memaafkannya.
"Ooo.. Daddy dengan mummy ok je." kata Dato' Raiz.
" Pak usu." Areef memeluk leher Rayqal dan menolak Rasya ke tepi sedikit kerana dia juga mahu baring di atas Rayqal. Nasib baik dua-dua comel. Kalau tak mahu penyet Rayqal.
Rayqal hanya ketawa. Rasya yang sudah bangun merenung Areef kosong. Danish juga ketawa dengan gelagat anaknya yang begitu rapat dengan pak usu nya.
Datin Haida tiba-tiba bersuara. "Haishh.. ni kalau dapat adik lagi ni macam mana? Sebelah anak, sebelah anak buah. Yang seorang lagi junjung atas kepala." mengekek semua orang ketawa dengan lawak Darin Haida. Rayqal hanya tersengih. Dayana merah muka menahan malu. Dato' Amin menggeleng perlahan sambil tersenyum.
Kedatangan mereka ini tidak sia-sia apabila mendapat rasa bahagia apabila berkumpul bersama.

-------------------------------
Dayana melihat Rayqal yang sedang meletakkan Rasya ke katil bayi. "Abang..." Dayana bersuara manja sambil tangannya memeluk lengan Rayqal. "Kenapa manja-manja ni?" Rayqal menarik hidung mancung Dayana.
"Nak tanya something boleh?" Rayqal mengangguk.
"Kenapa abang jadi SGT dulu?" Dayana bertanya. Sudah lama dia menyimpan soalan itu. Rayqal mengerutkan dahi. "Apa maksud SGT tu? Sayang suka bagi gelaran dekat orang. Dulu si Fasya tu sayang panggil dia SB. Apa tu?" Rayqal pula yang memeberi soalan.
Dayana ketawa perlahan. Takut menganggu si kecil yang sedang tidur. "Disebabkan Yana selalu sakit hati dengan abang dulu, I gave you that nickname. SGT means 'sotong goreng tepung'. And sebab Fasya terlentuk-lentuk mengalahkan belut, her nickname is sambal belut. Singkatannya SB." Dayana tergelak lagi.
"Ishh.. tak baik tau. For your question tadi, abang jadi macam tu sebab Fasya tinggalkan abang. Abang taknaklah kena tipu lagi dengan perempuan yang pandang harta dan rupa je. Sebab tu abang berlakon macam tu. Disebabkan abang dah jumpa sayang, so tak perlulah nak berlakon lagi. Mummy pun membebel sebab tak suka dengan cara abang." panjang lebar Rayqal menerangkan.
"Sorry abang. Yana sayang abang." serentak itu dia memeluk suaminya. Dia berfikir, mesti Rayqal kecewa.
"I know that you love me, sayang. Abang nak something boleh? Memandangkan isteri comel abang ni dalam mood yang baik." Rayqal meleraikan pelukan Dayana dan tangan itu digenggam.
"Abang nak apa?" Mentang-mentang anak mereka sudah tidur, bolehlah bermanja-manja sebigini.
"Nak awak!" Dayana tersenyum. Agaknya suaminya ini tertelan segala jenis gula. Itu yang manis semacam.
'Ya Allah, kau kekalkanlah kemanisan di dalam rumah tangga kami hingga ke syurga.' doa Dayana dalam hati.

TAMAT......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience