Bab 14

Romance Completed 22617

Dayana memandang lama cincin yang tersarung di jarinya. Datin Sara yang menyarungkannya semasa majlis pertunangan dia dan Rayqal tadi. Rupanya majlis tunang diadakan seminggu selepas merisik. Begitu pantas masa berlalu. Semakin berdebar Dayana rasakan. Tidak sanggup membayangkan apa yang bakal terjadi setelah mereka berkahwin.
Dayana keluar dari bilik lalu menuju ke arah ruang tamu mini yang menjadi tempat rakan-rakannya dan Rayqal berkumpul. Amirah dan Farisya melangkah ke arahnya. Mereka tiga sekawan sememangnya sahabat baik ketika sekolah dahulu. Sekarang juga sama. Persahabatan mereka terus kekal walaupun sudah bertahunlamanya.
"Hai, my bestfriend. Hmm... pandai simpan rahsia, kan? Ada boyfriend tak nak bagitahu. Ini ke namanya bff?" kata Amirah seperti merajuk. Farisya menganggukkan kepalanya berkali-kali. Tersenyum Dayana melihatnya.
"Sorrylah, babe. Ok, aku belanja wayang weekend ni. Kata je cerita apa. Free of charge." Dayana bijak memujuk rakan-rakannya itu.
Bercahaya meta kedua-dua sekawan itu. "Ok, deal." jawab Farisya.
Amirah merapatkan tubuhnya ke arah Dayana. "Handsome gila tunang kau tu. Tak nak bagilah aku. Sharing is caring." Amirah menunjukkan ke arah Rayqal. Dayana juga melihat ke arah biliknya itu.
Tahu-tahu sahaja Rayqal. Sebaik sahaja Dayana menoleh, dia juga menoleh. Apabila menyedari mata mereka bertembung, Ra yqal mengenyitkan matanya dan sepantas kilat Dayana menoleh ke arah lain. Dangerous!
Dayana pantas menoleh ke belakang menuju ke dapur. Tetapi langkahnya terhenti apabila Rayqal menarik lengannya, lalu berkata. "Awak tak nak cakap apa-apa ke dekat tunang awak ni?" tanya Rayqal sambil menaik-naikkan keningnya.
"Nak cakap apa?" soalan dibalas dengan soalan. Mamat ni memanglah menguji kekukuhan tembok iman aku.
Rayqal tersengih kembali. "Anything. Example, i love you ke, thank you ke?" Dayana mengerutkan dahi. "Ee... siapa sayangkan dia? And apesal nak thank you? I think, awak yang kena kata thank you dekat saya sebab saya yang comel ni sudi terima awak. Am I right, Mr Rayqal Daniel?" sengaja Dayana menggunakan ayat yang kaw-kaw.
Rayqal terdiam. Selepas itu, dia berjalan mendekati Dayana perlahn-lahan. Dayana pula yang menjadi panik. "Err.. kenapa ni? Awak terasa ke? I'm sorry." ujar Dayana takut-takut.
Rayqal mengepung Dayana di dinding. Tetamu yang hadir melihat mereka sambil tersenyum-senyum. Malu Dayana dibuatnya.
Lelaki itu tersenyum lalu berkata, "Thank you. Saya sayang awak." Selepas berkata begitu, dia terus melepaskan Dayana lalu pergi ke arah keluarganya yang mahu berangkat untuk pulang.. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.
Dayana terpinga sendiri. Huishh... boleh pengsan akulah. Mama!!! Macam mana adik nak hidup dengan Encik Rayqal Daniel ni?! Asyik mengusik sahaja, Dayana menjerit dalam hati.

--------------------------------
Dayana mengetuk pintu bilik Rayqal. Dia melangkah masuk apabila suara garau milik Rayqal menerjah ke dalam telinga. "Yes. Ada apa?" Satu yang Dayana suka tentang Rayqal, dia lebih profesional apabila di dalam pejabat. Tiada lagi kejadian seperti sebelum dia bertunang dengan CEO muda itu.
"Saya nak bos cek kertas kerja saya ni. Sesuai tak dengan theme projek ni?" suaranya cuba dikawal sebaik mungkin. Heiisshh.. sejak bertunang ni, makin kerap mereka memakai baju yang mempunyai tona warna yang sama. Ingat sweet ke?
Hari ini Dayana mengenakan baju bewarna merah. Lelaki itu juga mengenakan kemeja bewarna merah. Staf-staf juga sudah mula perasan tentang perubahan itu.
Rayqal membelek pelan di hadapannya. Kemudian dia mendongak semula. "Ok. Tapi kena suruh Halina tacap sikit-sikit." kata Rayqal. Halina ialah pekerja yang perlu menguruskan projek tersebut.
Dayana mengangguk. Tangannya ligat menggulung semula pelan kerja itu. "Bos, hari ni tak dapat keluar lunch sama. Saya dah janji dengan kawan." Dayana sempat memberitahu bos a.k.a tunangnya itu. Yelah, semenjak dua menjak ni, Rayqal kerap kali mengajaknya keluar makan twngah hari bersama.
"Alaa... awak nak keluar dengan siapa?" Rayqal membuat muka masam. Nampaknya hari ni tak dapatlah berdua-duaan.
"Bff saya. Oklah bos. Saya keluar dulu." Dayana mengorak langkah ke luar bilik Rayqal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience