Dayana cepat-cepat mengemas barang-barangnya. Ingin bergegas pulang. Tidak sedar sudah jam 7:01. Tidak mahu terlepas solat maghrib. Lagipun tinggal dia seorang sahaja memandangkan yang lain sudah bergerak pulang. Kononnya ingin menyiapkan beberapa kerja yang perlu dihantar esok. Nasib baik sudah siap. Tidaklah banyak sangat kerja yang perlu dibuat.
Apabila barang sudah dikemas, dia mengambil beg tangannnya serta laptop lalu berjalan ke arah lif utama. Ketika dia ingin keluar dari bangunan itu, dia ditarik oleh seseorang dari belakang.
"Ah!" terjerit kecil dia akibat terkejut.
Lebih mengejutkan, Rayqal yang menariknya tadi. Dayana meronta minta dilepaskan. Namun, apalah kuatnya kudrat perempuan jika dibandingkan dengan seorang lelaki.
"Bos! Apa ni?! Lepaskan saya lah." Dayana menjerit sekuat hatinya. Rayqal tetap memegang bahu Dayana dengan kuat. 'Saya minta maaf, Yana. Jika bukan cara ini, cara apa lagi yang boleh buatkan awak jadi milik saya?'
"Diam, Yana. Saya betul-betul cintakan awak. Tolonglah maafkan saya." Rayqal memeluk gadis itu. Dayana pula sudah menangis kerana ketakutan.
Perbuatan Rayqal terhenti apabila mendengar ketukan di pintu. Dia berjalan ke arah pintu untuk menjenguk gerangan yang datang. "Ya, encik."
"Kami dari jabatan agama islam mendapat laporan tentang seorang lelaki dan perempuan berdua-duaan di bangunan ini."
Terkedu Dayana dan Rayqal. Siapa pula yang membuat laporan?
-------------------------------
"Yana! Macam mana boleh jadi macam ni?!" suara Darwish meningkat naik apabila mengetahui tentang perkara itu. Kini semua ahli keluarga Rayqal dan Dayana berkumpul di rumah Dato' Amin.
Dayana sudah tidak terkata apa. Hanya air mata yang membasahi pipi. Dia betul-betul bingung dengan apa yang terjadi. Rasa marah meluap-luap pada Rayqal Daniel!
"Korang kena kahwin untuk tidak mencalarkan maruah keluarga kita." kata-kata Dato' Raiz lagi membuatkan Dayana teresak. Danish datang kepada Dayana dan memeluk adiknya itu. Dia tahu adiknya mempunyai tekanan yang sangat berat.
"Abang, Yana tak nak. Ini semua salah dia. Dia yang tiba-tiba tahan adik masa adik nak keluar dari ofis tadi." Dayana menunjuk ke arah Rayqal sambil menangis.
Dato' Ridza dan Datin Sara terkejut mendengar kata-kata Dayana. Mereka memandang ke arah Rayqal. Rafeez dan Rania juga melihat along mereka itu dengan pandangan tajam.
"Apa kau dah buat dekat adik aku, hah?!" Danish dengan kasar mencekak baju Rayqal dengan kasar. Rafeez dan Darwish menahan Danish dari melayangkan penumbuk sulung kepada muka Rayqal.
Sungguhlah dia marah dengan tindakan Rayqal. Danish kelihatan menarik nafas dalam lalu duduk semula di sebelah Dayana.
Dayana terus berlari menaiki tangga lalu mengunci pintu biliknya. Dia rasa sangat terganggu.
Di ruang tamu, Dato' Amin sedaya upaya menahan sabar yang sudah menipis tahapnya. "Rayqal, kenapa buat anak uncle macam tu? Dulu, kamu yang cuba putuskan pertunangan dan sekarang ni, kamu buat perkara tak baik pada anak uncle. Tak cukup lagi ke kamu seksa Dayana?" Dato' Amin begitu kesal dengan Rayqal.
Dato' Raiz dan Datin Sara menunduk malu. Malu dengan perbuatan anaknya sendiri. "Saya minta maaf, uncle. Tapi, tolonglah bagi peluang untuk betulkan segalanya. Saya akan kahwini Dayana. Tolonglah, uncle." Rayqal merayu.
Dato' Amin menghela nafas berat lalu pandangannya di tala kepada isterinya yang turut bersedih dengan apa yang berlaku. Datin Haida tersenyum hambar sambil mengangguk tanda membenarkan. Rayqal juga tersenyum pahit. Dayana di dalam bilik berserah kepada takdir. Dia sudah buntu untuk berfikir.
Share this novel