Bab 12

Romance Completed 22623

Dayana fokus kepada monitor di hadapannya. Tetapi kosentrasinya diganggu apabila seseorang mencuit bahunya. Dayana terus menoleh melihat gerangan tersebut.
Ainin rupanya. "Kenapa?" tanya Dayana pelik.
"Datin nak jumpa awak." Ainin tersengih semasa memberi jawapan. Dayana pula menjadi cuak. Apahal wei!!!
"Again, why?" Dayana menekan butang save untuk menyimpan rangka bangunan tersebut lalu shut down komputer dihadapannya. "Manalah saya tahu. Just go. Hurry." Ainin menggesa rakannya supaya bergegas ke dalam bilik bos.
Dayana menarik nafas dalam-dalam sebelum mengetuk pintu kaca tersebut. "In!" suara Rayqal kedengaran. Ainin terjenguk-jengukkan kepalanya supaya dia boleh nampak drama yang bakal berlaku.
Dayana masuk ke dalam perlahan-lahan. Kelihatan Rayqal bersama kedua orang tuanya duduk di sofa yang memang berada di bilik tersebut. Dia tersenyum lalu menundukkan kepalanya kepada Dato' dan Datin itu sebagai tanda hormat. Manalah tahu yang Datin ni tak suka kalau aku salam dia.
Rayqal hanya memerhati. Berdebar juga dia sebenarnya.
"Nama kamu siapa?" tanya Datin Sara serius. "Er.. Zara Dayana, Datin." takut-takut sahaja Dayana menjawab. Rayqal berpeluh dingin akibat terlalu takut. Huishh.... apehal mummy ni??
"Don't you dare to call me datin!" Datin Sara meninggikan sedikit suaranya. Terhenjut bahu Dayana dan Rayqal. Dato' Raiz pula hanya tersenyum senang. Comel melihat anak gadis itu terkejut akibat disergah.
Dayana menjadi pelik. Nak panggil apa? Peliklah Datin Sara ni. Selalunya marah sebab panggil dia makcik atau aunty, ni marah sebab panggil datin. Datin ni salah cakap ke apa? Dayana bertanya sendiri di dalam hati.
"Eerr... lepastu, saya nak panggil apa?" Dayana menunduk semasa bertanya soalan tersebut.
"Call me, aunty." terus Datin Sara memeluk Dayana dengan erat. Pertama kali melihat anak gadis ini, dia sudah jatuh sayang. Comel saja mukanya.
Rayqal melepaskan nafas lega sambil menghenyak tubuhnya ke sofa lembut itu. Ingat apalah tadi. Mummy ni pandai betul buat aku suspen.
Dayana masih kebingungan. Kenapa ni? Si Rayqal ni dah beritahu ke tentang dia ajak aku kahwin. Tapi dia tak terima pun. Aarrgghhh!!!
"Yana, Yana terimalah Rayqal ya? Aunty nak sangat Yana ni jadi anak aunty." Datin Sara memandang tepat ke arah anak mata Dayana. Dayana terkedu. Rayqal juga turut memandang ke arah Dayana. Mengharap sangat dia.
"Aunty, saya... saya..." Dayana tergagap-gagap untuk menghabiskan ayat. Dia susah mahu menolak permintaan orang ni. Lebih-lebih pula orang yang lebih berumur dari dia. Tapi dia ragu-ragu mahu menerima Rayqal.
"Please, Yana. Cinta boleh dipupuk. Anak aunty ni tak cukup sempurna ke untuk Yana, sayang?" Datin Sara masih berusaha untuk memujuk. Dato' Raiz tidak sabar mahu mendengar jawapan Dayana.

-------------------------------
Dayana mengeluh. Aduhh... dia terpaksa menerima kerana tidak mahu mengecewakan harapan Datin Sara. Rayqal begitu gembira mendengar jawapan Dayana. Solat istikharah yang dilakukannya memang tepat. Dia dapat melihat wajah Dayana di dalam mimpinya.
Tuk, tuk. Terdengar pintu biliknya di ketuk. "Masuklah. Tak kunci." jerit Dayana dari dalam. Rupanya seluruh ahli keluarganya yang masuk ke dalam biliknya itu. Berkerut dahi Dayana. Ingat bilik aku ni tempat berkumpul masyarakat setempat ke?
Datin Haida terus memeluk Dayana. Makin peliklah Dayana jadinya. Yelah dia tengah serabut dengan masalah Rayqal ni.
"Mama tak sangka anak mama ni nak kahwin dah. Abang Danish dengan abang Awish yang umur 29 ni pun baru ada tunang. Kamu umur 26 dah ada pasangan. Awalnya!" kata Datin Haida sambil tersenyum.
" Itulah, adik! Abang pun terkejut. Laku juga adik abang ni ye?" giliran Darwish pula mengusik adiknya. Dayana masih dengan muka blurr.. Otaknya gagal berfungsi waktu ini.
"Err.. bila pula Yana kata Yana nak kahwin. I'm still young." ujar Dayana. Berharap keluarganya itu akan memberi penjelasan atas apa yang terjadi sekarang ni.
"Eh? Kekasih hati dia sendiri dah telifon nak hantar rombongan hujung bulan ni. Kenapa blur-blur lagi? Ke Yana sengaja buat-buat tak tahu?" Danish mengambil tempat di kerusi meja belajar Dayana. Matanya tepat merenung adiknya yang seperti kebingungan itu.
" Betul tu adik. Papa and mama pun dah bagi greenlight dekat Rayqal." Dato' Amin yang tadi hanya tersenyum tadi memasuki perbualan hangat tersebut.
"Rayqal?! Kenapa dia tak cakap anything dekat adik? Ma, pa! Adik keluar kejap jumpa Rayqal." Dayana terus melompat turun dari katil. Nasib baik dia tidak sempat tukar baju pejabat kepada baju tidur. Kalau tidak mesti mengambil masa yang agak lama untuk dia bersiap semula. Rambut yang sedikit kusut dirapikan. Handbang di hujung kati di capai lalu dia berlari turun dari bilik untuk ke keretanya. Semua di bilik Dayana ditinggalkan terpinga-pinga. Yang penting dia harus meminta penjelasan Rayqal.
Dia menghantar pesanan ringkas kepada Rayqal untuk berjumpanya di cafe berdekatan pejabat. "Macam-macamlah. Terlalu cepat! Uurgghh... Kenapalah aku main setuju tanpa pakai otak. Sia-sia belajar sampai master tapi otak yang cerdas ni tak digunakan. Sedih!" Dayan membebel sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience