Bab 26

Romance Completed 22623

Rayqal tersedar dari pengsannya. Datin Sara meluru ke arah anaknya lalu mengusap kepala Rayqal. "Rayqal dah ok?" Rayqal mengangguk.
Kepalanya asyik terfikir sebab dia pengsan. Dalam dia sibuk mengingati, nama Dayana mucul. Ya Allah! Baru dia ingat apa yang terjadi dengan isterinya. "Mummy, Yana. Yana mana mummy?" Datin Sara menggeleng perlahan dan Rayqal tahu apa maksudnya.
Terus dia bangun dan berlari ke bilik Dayana. Datin Sara tidak sempat berbuat apa-apa.
Rayqal terpaku melihat mata isterinya terpejam. "Yana! Sayang! Bangun, sayang! Jangan tinggalkan abang." Rayqal menangis-nangis sambil menggoncang bahu Dayana.
"Bila pula Yana cakap Yana nak tinggalkan abang?" perlahan dan serak suara Dayana. Dia tersenyum lemah.
Rayqal perlahan-lahan mengangkat wajahnya yang disembam pada lengan isterinya. "Sayang?" Dia ingin memastikan yang itu bukan halusinasinya. Lagi pula Dayana tidak pernah memanggilnya 'abang'.
Dayana mengangguk. Rasa ngilu di perutnya membuatkan dia berkerut sedikit. "Sakit ke?" Dayana mengangguk sekali lagi. Keluarga mereka tidak lekang dengan senyuman.
Abang kembar Dayana sudah memberikan Dayana pelukan. Danish membebel kerana tidak menjaga keselamatan diri. Habis hidungnya merah akibat ditarik.
"Aduhh.. Sakitlah. Ngilu kat perut ni ada lagi." kata Dayana perlahan. Tidak berdaya untuk bertengang urat dengan abang-abangnya itu. Alya juga bertanya dpsedikit tentang kesihatan Dayana.
Akibat terlampau teruja, mereka terlupa untuk memanggil doktor. Sepantas kilat Rayqal menekan butang yang disediakan jika berlaku kecemasan. Doktor dan jururawat datang untuk memeriksa keadaan Dayana. Doktor yang bernama Laila itu mengatakan yang Dayana semakin pulih tetapi masih lemah.
"Jangan pernah terfikir untuk tinggalkan abang." Rayqal mecium lama dahi isterinya. Sungguhlah tadi dia takut untuk kehilangan wanita itu. "Yana takkan tinggalkan abang dengan izin Allah. I'm sorry tentang masa lalu kita dulu."
"It's okay. It's my fault...." belum sempat Rayqal menghabiskan kata-katanya, Dayana memotong. "Ours. Our fault. Not only yours." Rayqal tersenyum bahagia. Tidak akan pernah dia mensia-siakan Dayana lagi.
"Amboi... sweetnya. Haishh... ye pun tunggulah balik nanti." usik Rafeez. Akibatnya mendapat jelingan maut Dayana. Ketawa mereka sekeluarga berdekah-dekah. Dalam hati masing-masing berdoa agar hubungan kekeluargaan merek kekal bahagia.

-------------------------------
"Kitaorang minta maaf sebab selalu sangka buruk dengan kau." ujar Danish. Rasa bersalah kepada adik iparnya belum surut.
"Nothinglah. Oklah. Dulu aku teruk. Memang patut kena dengan korang. Aku rasa malu sangat dengan korang. Dengan apa yang aku pernah buat dulu." Rayqal meraup mukanya tanda kesal.
Darwish yang tadinya diam terus memeluk bahu Rayqal. "Relaxlah brother. Dah lepas. Kalau kau buat lagi sekali memang ajak aku buka langkah silatlah nampaknya." siap menggosok kasar rambut Rayqal.
Rayqal yang tidak suka apabila orang menyentuh rambutnya yang tercacak itu terus menepis tangan Darwish. "Eeee... jangan kacau rambit aku yang smart ni lah." marah Rayqal tetapi lebih kepada bercanda sebenarnya.
"Eleh, ingat kau sorang." cemuh Danish pula.
Akhirnya ketawa mereka memenuhi ruangan cafeteria hospital itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience