Bab 2

Romance Completed 22623

Dayana memulakan kerja sebagai arkitek syarikat dengan meneliti ciri-ciri bagunan yang dimahukan oleh klien.Rupanya, lelaki yang dijumpainya semalam ialah CEO syarikat ini. Manalah dia tahu. Bukan CEO yang menemuduganya semalam. Itu kerja orang bawahan dia.
"Hmm.. aku dapat imagine apa yang dia nak. Tinggal nak lukis je."
Baru dia meletakkan pensil di kertas, ada seseorang mencuit bajunya. "Oh! Bos buat apa sini?" Rupanya lelaki semalam yang mencuit bahunya. "Awak taknak lunch ke? Bersemangat orang baru ni ek?" tanya bosnya itu. Tetap macam perempuan. Terlentok sana sini. Tak baik mengutuk majikan.
"Ya Allah! Saya tak perasan pun. Terima kasihlah bos sebab tegur. Kalau tak kebulur lah saya. Bos nak keluar sekali ke? Jomlah lunch sama. Ada juga yang boleh jadi teman borak." pelawa Dayana ikhlas.
"Bolehlah. Saya pun selalu lunch tak berteman. Siapalah nak teman orang lembut macam saya ni?" seperti berkecil hati sahaja bunyinya.
"Ehm.. ni saya nak temanlah ni. Jomlah. Takpayah berdrama sedih sangat."
Mereka ketawa. Dayana pelik. Bila ketawa takde pulak nampak macam perempuan. Ketawa lelaki juga. Takde tutup-tutup mulut, cover-cover.

-------------------------------
"Hah! Nama bos apa? Saya lupa pulak nak tanya." tanya Dayana. Saja berbasa-basi.
"Nama bos sendiri tak tahu? Teruk sangat awak ni? Nama saya Rayqal Daniel. Awak?"
Rayqal sempat lagi mengusik Dayana. Suka melihat telatah gadis itu.
Sekali lagi Dayana pelik. Mana lentok. Seriously nampak macam lelaki tulen. Eh! Dia memang lelaki tulen. "Teruknya bos ni. Nama pekerja sendiri tak tahu. Nama saya Zara Dayana. Panggil Dayana je." Dayana memulangkan paku buah keras kepada lelaki itu.
Rayqal tersengih. "Pandai ek awak nak kenakan saya?"
"Mestilah! Saya berkelulusan Master luar negara tau. Takkan tak pandai." bukan mahu menunjuk. Saja nengusik.
"Apesal tak ambil PhD? Takkan tak mampu?" Rayqal tahu status keluarga Dayana. Keluarga Dayana juga orang kenamaan.
"Saja nak cari pengalaman bekerja. Rindu sangat dengan Malaysia. Eh! Kita belum makan lagi. 30 minutes left. Cepatlah order bos." terkejut Dayana melihat jam sudah pukul 1:30.
"Tak payahlah kalut. Saya orderlah ni." kata Rayqal sambil tertawa kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience