Bab 7

Romance Completed 22617

Pada bulan seterusnya, tempat GM telah digantikan oleh seorang yang berkelulusan luar negara. Khaliff Asyraf namanya. Pekerja baru itu kelihatan begitu menyukai Dayana. Cemburu juga Rayqal melihatnya.
Ainin perasan pandangan bosnya itu kepada GM. Ketawa dia. Tulah, buat orang tu sakit hati, pastu orang tu jumpa yang lagi best, baru duk jeling-jeling. Apalah... sedap sahaja Ainin mengutuk bosnya.
Rayqal sudah berpesan kepadanya supaya tidak membocorkan rahsia. Ainin hanya akur dengan pesanan bosnya itu.
"Hai, kawan you tu tak masuk lagi ke?" Khaliff tersenyum sambil bertanya. Ainin yang melihat senyuman itu hampir cair. Sebenarnya bosnya lagi handsome tapi disebabkan setiap kali bos senyum mesti ditambahkan aura perempuan so tak macho. Tapi Ainin pernah nampak senyuman macho bosnya, sungguh menggetarkan jiwa. Aippp.. ingat-ingatlah dekat encik tunang tu.
"Are you here, Ainin?" Khaliff melambai tangannya di depan muka Ainin. Handsome sangat ke mukanya sampai si Ainin di duk tenung dia dari tadi?
"Ops! Sorry, encik. Yana tak masuk lagi ke? Dia jarang masuk lewat. Kalau macam ni dia dah sampai dah." Ainin terjenguk-jenguk melihat bilik rakannya itu. Dan matanya beralih ke arah pintu lif pejabat. Terjenggul wajah Dayana.
"Tu dia." Ainin menunjuk ke arah Dayana yang berjalan ke arah biliknya. Khaliff terus menapak ke arah Dayana. "Hai... kenapa lambat?" tanya Khaliff seperti merajuk.
Tersenyum Dayana melihat muka lelaki itu.
"Sorry, jalan jammed. Ok. Lunch ni saya belanja." Dayana membuat janji. Sebenarnya, dia dan Khaliff telah membuat perjanjian untuk datang tepat pukul 8:15. Hari ni lambat 15 minit dari perjanjian mereka.
"Ofis I ni bukan tempat buat jejak kasih. Sakit mata I tengok you all ni." tegur Rayqal. Memang sakit. Sakit mata, sakit hati, sakit telinga.
Dayana hanya memutarkan bebola matanya. Aku lagi sakit hati tengok sotong yang tak habis-habis nak cari masalah. Ada yang jadi sotong goreng tepung ni karang.
Khaliff yang perasan renungan Dayana cepat-cepat menjawab. "Takdelah, encik. Kiteorang borak sekejap sahaja. Oklah, kami nak sambung kerja dulu." Dayana telah mendahului untuk masuk ke biliknya. Rayqal hanya mengeluh. Makin susah ingin memujuk Dayana.

-------------------------------
"Yana! Errr.... saya nak minta maaf ye pasal masa tu." Rayqal menahan Dayana semasa mereka ingin pulang. "Hmm.. ok. Kali ni je saya maafkan. Lepastu, no more forgiveness for you. Saya nak balik. Bye." Dayana tersenyum ke arah Rayqal sebelum keretanya meluncur laju ke arah jalan raya.
"Haihh... aku tak pasti sama ada aku cintakan kau atau tidak. Perasaan apa ni?" Rayqal menggeleng hampa. Hampa kerana tidak dapat mengenalpasti perasaan sendiri.
Dia masuk ke dalam kereta dan memandu dalam keadaan penuh tanda tanya yang melanda diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience