Bab 15

Romance Completed 22617

Dayana memasuki bilik Khaliff. Khaliff yang mengajaknya keluar makan tengah hari. Berat juga untuk menolak kerana telah beberapa kali dia menolak ajakan lelaki itu.
"Kata nak ajak lunch. Dah pukul 1:12 ni. Karang tak sempat." Dayana terus berkata-kata selepas mengetuk pintu kaca itu. Khaliff agak terkejut mendengar masa rehat sudah 12 minit berlalu.
"Ok. Jom." Khaliff mengambil telifon bimbitnya serta kunci kereta. Dayana yang sudah bersedia terus melangkah ke arah lif diikuti Khaliff.
Di Pizza Hut, Khaliff hanya merenung Dayana yang berselera makan pizza. Dayana menjadi kurang selesa dengan pandangan lelaki itu. 'Dah kenapa Khaliff ni?' tanya Dayana dalam hati.
"Kenapa? Awak ada masalah?" Dayana menabak sahaja. Kalau lelaki yang telah di anggap sebagai sahabat itu mempunyai masalah, mungkin dia boleh bantu.
Khaliff mengeluh perlahan. "Saya cintakan awak." Khaliff melafazkan khalimah keramat itu dengan sekali nafas. Dayana cuba menghadam kata-kata Khaliff.
"Awak kenapa ni? Tak sihat ke? Awak tahukan saya ni tunang orang." Dayana mengingatkan tentang status dirinya. Tidakkah Khaliff tahu yang dia ialah tunangan bos mereka sendiri, Rayqal Daniel.
"I know. Tapi saya tak sanggup lagi pendam perasaan ni, Yana. Hati saya sakit bila dapat tahu awak bakal berkahwin. Saya menyesal sangat sebab lambat bertindak hingga menyebabkan wanita yang saya sayang dan cinta diambil orang lain. Saya terkilan sangat." ujar Khaliff sambil memicit dahinya. Sungguh lelaki itu kelihatan sugul sekali.
"Khaliff, walau saya tak berpunya sekalipun. Saya takde perasaan cinta walau sebesar zarah pun untuk awak. Saya anggap awak sebagai sahabat saya. Saya sayang awak hanya sebagai rakan. Tidak pernah lebih, tidak pernah kurang." kata Dayana. Dia terkejut apabila mengetahui yang Khaliff mencintainya. Tetapi cintanya hanya untuk suaminya nanti.
"Oh! Inilah bff awak tu? Bff konon. Rupanya nak berdating. Patutlah selama ni awak layan saya nak taknak je. Ada affair belakang saya rupanya. Saya kecewa dengan awak Dayana. Selama ni, I love you so much. Saya cintakan awak sepenuh hati saya. Tapi this is my reward? Saya akan putuskan pertunangan ni. Saya tak nak jadi punca awak dan kekasih awak putus. I'm sorry." Dayana dan Khaliff terkejut melihat Rayqal berada di hadapan mereka.
Kata-kata Rayqal sangat tajam sehingga menghiris-hiris hati Dayana. Tidak sangka Rayqal seorang yang cepat menuduh tanpa memeriksa.
"Rayqal." Dayana berlari mendapatkan Rayqal yang sudah melangkah keluar. Khaliff tersenyum mendengar kata-kata Rayqal. Peluangnya untuk memiliki Dayana semakin cerah!
Dayana memegang lengan Rayqal untuk menghentikan pergerakan lelaki itu. "What do you want, Zara Dayana?! Tak cukup lagi ke awak nak sakitkan hati saya?!" Rayqal menengking Dayana. Orang yang lalu lalang memerhati mereka.
Terhenjut bahu Dayana. Rasa sebak memenuhi hati. Tidak pernah sesiapa menengkingnya dengan begitu kuat seperti Rayqal.
"Rayqal Daniel! Boleh tak dengar saya explain. Kenapa awak ni?" Dayana menahan air mata yang bertakung. Setelah dia mula menyayangi Rayqal, Rayqal mula menyakitkan hatinya. 'Ingat ni novel ke? Lelaki tipikal yang tak mendengar penjelasan dulu.'
"Sudahlah, Yana. Saya menyesal cintakan awak. Jangan risau. Pasal pertunangan serah je pada saya." Rayqal terus berlalu pergi meninggalkan Dayana. Dia terasa seperti seorang yang bodoh kerana dipermainkan perempuan. Rasa sedih kerana sejarah hitam berulang kembali. Sakit yang dirasai sewaktu dicurangi Fasya tidak sehebat dengan rasa yang dirasai setelah di curangi Dayana.
Dayana menangis. Sungguhlah perkataan 'menyesal' itu menyiksa dirinya. Kenapa perlu menyesal? Sedangkan saya tak pernah sekalipun curang?
Dia segera menyeka air matanya. Dayana melangkah keluar dari shopping mall itu dengan hati yang libang-libu. 'Kenapa awak kata menyesal, Rayqal. Perkataan tu sangat menyakitkan.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience