Bab 22

Romance Completed 22617

Dayana duduk di atas buaian di halaman rumah sambil membaca novel miliknya. Memandangkan hari ini merupakan hari ahad, jadi dia duduk-duduk saja di rumah. Nak balik rumah mama dengan papa, semalam dah balik. Nanti Danish berleter kerana asyik merayau.
Abangnya itu makin kuat membebel sejak kahwin ni. Lebih-lebih lagi jika Dayana yang membuat salah. Memang berdarah telinga. Dia tersenyum mengingatkan tentang abangnya.
Kedengaran bunyi kereta masuk. Dayana melihat siapakah gerangan itu. Kelihatan seorang perempuan yang tinggi lampai keluar dari kereta berjenama Pigeot itu.Gadis itu menyalam Dato' Raiz dan Datin Sara. Orang tua itu seperti tidak senang dengan kehadiran perempuan itu.
Dayana mendekati tiga manusia yang berada di kaki lima rumah. Datin Sara yang melihat menantunya datang mendekati mereka terus menarik tangan Dayana. "Hah! Fasya, yang ni Dayana. Isteri Rayqal." saja ditekankan perkataan 'isteri' itu.
'Oh! Fasya namanya. Kenapa dia ada dekat sini? Apa pertalian dia dengan keluarga Rayqal?' Dayana tertanya-tanya sendiri. Mahu bertanya, macam nampaka sangat dia seperti cemburu. Tidak bertanya, termangu-mangu sendiri.
Fasya kelihatan menjeling tajam Dayana. Dayana yang perasan jelingan Fasya itu menjeling kembali. 'Kau jangan nak gebang dekat sini. Yelah sama tinggi dengan aku. So, it means kita sama. Kau cantik, aku pun cantik. Kau tinggi, aku pun tinggi. Kau bergaya, aku pun bergaya. Cuma kau jahat, aku baik.' Dayana mengomel dalam hati. Mulalah mood riak dia datang kembali.
"Hi, I'm Fasya Nadia Dato' Farukh. Nice to meet you, Dayana." penuh riak apabila Fasya menyebut pangkat bapanya itu. 'Payback time!' kata Dayana sendiri.
"I'm Zara Dayana Dato' Amin. Nice to meet you too, Fasya." Dayana tersenyum sinis. 'Kau ingat bapak kau seorang ke dalam dunia ni ada pangkat Dato'? Lupa pula. Mertua aku pun pangkat Dato'. Ooo... meaning dia nak kata aku ni tak sama taraflah dengan si SGT tu? Sengal punya minah!' Dayana begitu seronok mengutuk wanita itu.
"Sya tinggal sini ea, aunty. Coz Sya tak book hotel pun. Dari UK terus datang sini." kata Fasya dengan nada gediknya. Dato' Raiz mengerutkan keningnya. Tak malu ke?
Dayana yang tadinya hanya memerhati rayuan SB itu terus bercakap perlahan. "Dah tahu nak duduk Malaysia tempahlah hotel. Kau ingat rumah ni apa? Hotel? Motel? Chalet? Apartment? Condo? Sesuka hati je. Tak malu punya SB."
Fasya yang dengar segala percakapan Dayana itu sakit hati. "Hei! You ni kenapa nak kutuk-kutuk I? Fikir diri tu bagus sangatlah?" Fasya memandang tajam wanita yang telah merampas Rayqal darinya itu.
"Jangan perasan sangat, boleh tak. Ada kau dengar aku sebut nama kau? Dasar perasan punya minah." Dayana terus masuk ke dalam selepas berkata begitu. 'Serve your right!' puas hati!
Dato' Amin dan Datin Sara ingin ketawa sebenarnya tetapi di tahan. Fasya menggetap bibir. Dia akan pastikan Dayana mendapat balasan!

------------------------------
Rayqal masuk ke dalam rumah. Badannya sangat letih. Lalu dinaiki tangga selepas menyalam ibu bapanya. Dia melihat Dayana duduk di atas katil membelakanginya. Tanpa mengiraukan isterinya, dia terus baring dan lenanya datang tanpa diminta.
Dayana tersedar yang Rayqal sudah pulang. Diambil kot dan briefcase yang terdampar di atas katil. Hari ni dia cuti. Sakit perut semasa hendak bersiap ke tempat kerja. Rayqal terus sahaja mengarahkan yang dia mengambil MC.
Dia turun ke bawah. Niatnya saja meninjau-ninjau. Rafeez di universiti. Rania pula sedang menguruskan butik. Sebentar lagi pulanglah.
Fasya yang melihat Dayana turun dari tangga, cepat-cepat melintasi Dayana lalu sengaja ditumpahkan air oran sejuk itu ke atas baju Dayana. Terjerit kecil Dayana.
"Kau sengaja je kan?" kata Dayana menahan geram. Ditambah dengan bajunya yang bewarna putih menjadi oren dan kesejukan di badannya.
"Memang. Biar you rasa sikit. Tu sebab kutuk I. Dan..." Pang! Satu tamparan tepat pada wajah Dayana. " Dan itu untuk rampas Rayqal dari I." Dayana menyeringai sakit lalu memegang pipinya yang merah. Bibirnya juga pecah berdarah. Kuat juga perempuan ni.
"Kau kenapa?! Kau nak rasa penampar aku tak?!" Dayana ingin menampar muka Fasya tetapi Rayqal menghalang. "Kau pula kenapa nak tampar-tampar orang?" Rayqal bertanya kasar. Terguris hati Dayana mendengar panggilan daripada awak,saya menjadi kau, aku.
"You, dia tampar I." Fasya mengadu kepada Rayqal. Rayqal yang marah kerana tidurnya terganggu memang tidak dapat dikawal. "Hei! Kau jangan nak menipu. Aku tak tampar kau pun lagi. Kau nak rasa betul-betul kena tampar ke?" Dayana berjalan ke arah Fasya.
Rayqal menolak isterinya hingga kepala Dayana sedikit calar mengenai pemegang ketika menuruni tangga itu. "Rayqal! Kenapa tolak Yana?!" marah Dato' Raiz. Kasihan melihat menantunya yang sedikit berdarah di dahi dan pipinya membengkak.
"Ya Allah! Apa kamu buat ni, Rayqal?! Sanggup cederakan isteri sendiri kerana nak pertahankan perempuan lain." Datin Sara menangis melihat keadaan Dayana. Dayana pula tidak sangka Rayqal sanggup membuat begitu padanya. Lelaki yang dia cinta dan sayang sepenuh hati.
"Dia tampar Fasya, mummy daddy. Takkan along nak diam je?" Rayqal cuba membela diri. Walaupun dia begitu bersalah melihat kesan di wajah Dayana. Fasya tersenyum puas apabila Rayqal menyebelahinya.
"Kalau Yana tampar Fasya, kenapa muka Yana yang lebam. Muka Fasya ok je. Kamu jangan lebih-lebih Rayqal. Kamu dah ambil anak orang lepastu jaga dia elok-elok. Bukan seksa dia!" marah Dato' Raiz lagi.
Rayqal baru perasan yang pipi Fasya tidak mempunyai sebarang kesan. Malah pipi isterinya yang lebam. Dayana menaiki tangga lalu masuk ke bilik. Bilik air ditujunya. Lalu dihamburkan segala tangisan yang dipendam tadi.
"Sampai hati awak buat saya macam ni, Rayqal. Saya tak faham kenapa awak marah sangat dengan saya. Walhal kes yang saya keluar dengan Khaliff itu satu perkara yang kecil. Tidak adakah sedikit pun perasaan sayang awak pada saya Rayqal? Saya ni apa bagi awak? Patung? " Dayan bercakap seperti Rayqal berada di hadapannya. Tersedu-sedu dia menangis. Sakit di dahi dan pipinya tidak dihairankan. Sakit yang bertapak di hati lagi sakit. Rayqal yang menjadi pendengar turut menahan rasa. 'Maafkan abang, sayang!' Air mata ditahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience