Dayana bertapa di atas katil. Mindanya kosong. Baju kurung moden yang dipakainya tadi sudah ditukar kepada baju biasa. Dia teragak-agak sama ada mahu memakai tudung atau tidak. Rasa kurang selesa apabila menayangkan auratnya kepada lelaki ajnabi.
Tudung bawal satin hitam masih kekal di atas kepala. Dia mendengar tapak kaki menuju ke biliknya. Pasti itu Rayqal. Terus dia berlari ke arah bilik persalinan lalu ditutup pintu bilik itu.
Rayqal meregangkan otot-otot yang berasa kejang. Pelik juga apabila melihat isterinya tiada di dalam bilik. Biarlah. Mungkin di bawah.
Dengan selamba, dia membuka baju melayu yang tersarung di badan lalu menggapai towel. Dia pergi ke bilik persalinan. Ingin mengambil baju yang telah dipindahkan olehnya semalam ke rumah Dayana.
Sebaik sahaja dia membuka pintu bilik itu, nyaring kedengaran jeritan Dayana. "Kyaaaa!!! Apa awak ni?!" Dayana terkejut melihat suaminya itu hanya bertuala paras lutut.
Rayqal terus menutup kembali pintu itu. Malu wei!
"What are you doing?! Kenapa awak pergi menyorok dalam tu? Dah tahu orang nak ambil baju kat situ. Eee... geramlah!" jerit Rayqal dari luar. 'Eeeii.... tak pasal-pasal dia dapat tengok tayangan perdana badan aku yang hot ni.' bebel hati Rayqal.
"Keluarlah cepat! Saya nak ambil bajulah!" sambungnya lagi. Peduli apa orang luar dengar dia terpekik terlolong macam tarzan ni. Janji dapat mandi.
Dayana yang berada di dalam mengutuk hebat lelaki itu. "Mana pergi perangai sotong kau dulu. Kalau ada perangai sotong tu lagi, memang aku boleh jadikan kau sotong goreng tepung. Dah lama aku nak makan. Harap muka je handsome nak mampus, tapi perangai serupa tapak kasut nenek aku je."
Terus Dayana keluar dari bilik persalinan itu. Pandangan di arahkan ke arah lain supaya tidak menampakkan tubuh Rayqal yang sedikit berotot itu.
Rayqal yang perasan tentang perasaan malu Dayana tersenyum sinis. "Langsir tu lagi handsome ke dari saya ni sampai awak pandang langsir je?" tanya Rayqal sebelum melangkah ke dalam bilik mandi selepas mengambil baju.
"Ishh.. kalau muka kau handsome macam mana sekalipun, tapi mulut macam hawau baik aku kahwin dengan langsir je." ujar Dayana. Rayqal yang sengaja mencuri dengar dari dalam bilik air panas hati. 'Ada dia kata mulut aku macam hawau?'
"Hah! Mengumpat, mengumpat!"
"Senyaplah SGT!" jerit Dayana. Panggilan yang dicipta khas untuk Rayqal-SGT. Raqyal di dalam bilik air tertanya-tanya apa maksud SGT.
--------------------------------
"Adik! Kenapa pakai tudung dalama rumah. Jangan cakap adik taknak bagi Rayqal tengok. Berdosa tau." tegur Darwish semasa terserempak dengannya di tangga.
"Eerrr... adik lupa nak buka." tergagap-gagap Dayana memikirkan jawapan. Tudungnya itu dibuka lalu disangkut semula di tempat asal didalam biliknya. Nasib baik Rayqal masih di dalam bilik mandi.
Darwish menunggu adiknya. Ingin bertanya sesuatu. Apabila Dayana kembali dengan rambutnya diikat satu seperti biasa, Darwish terus bertanya. "How?" pendek sahaja soalan Dawish.
"Hmm.... Entahlah. I don't know. Adik tak rasa adik boleh bahagia dengan dia. Rasa takut nak meletakkan harapan terlampau tinggi. Rasa sayang dan cinta adik pada dia, sedaya upaya adik tahan. Walaupun sakit, I'll try." kata Dayana dengan lemah. Wajah tampan Rayqal sering menghadiri mimpinya sebelum pernikahan ini terjadi. Adakah itu makna memang Rayqal ialah jodohnya?
"Adik, no matter what, abang and our family will pray for your happiness. Don't forget it. We're always be with you, dear." Darwish mencuit manja hidung adiknya. Dayana tergelak. Rasa macam abangnya ini pula yang menjadi suaminya.
"Abang bila nak kahwin. Kak Hana tu dah lama tunggu. Apa slow sangat abang Awish ni? Abang Nish pon bulan depan nikah. Nanti jadi bujang terlajak tak laris karang." usik Dayana. Cuba mengubah topik.
Darwish menjegilkan matanya. Dayana tergelak sakan. Adoii... comellah abang dia yang seoranb ni.
Share this novel