Bab 1

Romance Completed 22623

"Bersemangat, Yana! Hari ini, akan menentukan dapat tak engkau pegang kerjaya yang kau impikan?" Dayana memberika kata-kata semangat kepada dirinya sendiri. Meredakan detakan jantung yang tak menentu.
"Yana! Turun cepat. Karang terkocoh-kocoh nak pergi interview. Lepastu bising." cik Nab mengetuk pintu anak majikannya itu. Anak dara seorang ni. Masa nilah nak lambat. Kalau tak, dialah orang first yang bertapak dekat meja makan tu.
"Yelah. Dah siap ni." jerit Dayana. Ish! Sungguhlah tidak sopan anak dara menjerit sebegitu. Peduli apa dia. Bukan orang lain dengar pun. Tak payahlah sopan gila. Hahaha. Gila punya otak.
Dayana turun ke ruangan makan. Kelihatan Dato' Amin dan Datin Haida sedang bersarapan. Dayana duduk berhadapan mamanya.
"Yana, lambatnya turun. Semalam tidur lewat lagi. Hari ni bangun lambat." tegur Datin Haida. Berkali-kali menasihatkan tetapi tidak dihiraukan. Bagai mencurah air ke daun keladi.
Dayana hanya tersengih. Memang tabiat tidur lewatnya sukar dibuang.
"Kenapa Yana taknak kerja dengan company family? Kan senang." tegur Zhafril Danish a.k.a abangnya yang pertama. Abangnya yang kedua, Zhafril Darwish sedang sambung belajar di Edinburgh. Danish dan Darwish adalah kembar seiras.
"Taknaklah, adik. Nanti orang kata adik ni duduk goyang kaki je. Adik CEO lah katakan. Fyi, I'm not like that." petah saja bibir munggil Dayana menjawab. Memang itu pun yang berada di fikirannya.
"Oklah. Adik nak gerak." Dayana menyalam kedua ibubapanya dan abangnya lalu terus memboloskan diri ke dalam kereta.

-------------------------------
Dayana keluar dari bilik tempat temuduga dijalankan dengan wajah yang gembira. Esok dia sudah mula bekerja. Nampaknya, sudah habislah cuti selepas habis belajar.
Semasa berjalan keluar dari bangunan itu dia mengetuk pintu kereta yang mengahalang keretanya untuk keluar. Seorang lelaki menurunkan cermin tingkap kereta yang di tinted gelap. Kalau polis ada ni, mahu kene saman.
Muka gila handsome! Ish! Sudahlah tu Yana oi...
"Encik, encik punya kereta halang kereta saya keluar. Boleh encik alihkan sedikit?" Dayana sehabis boleh melembutkan suaranya. Tak mahulah gaduh-gaduh kat tempat awam.
"Oh, yeke? I'm sorry." terkejut Dayana mendengar percakapan terlebih lembut lelaki itu. Macam perempuan. Walaupun suara garau habis. Dia cuba menaturalkan wajahnya supaya tidak nampak terlalu terkejut. Dia tersenyum lalu mengangguk.
Lalu dia terus masuk ke dalam kereta. Selepas itu memandu pulang. Dalam kereta dia sibuk membuat analisis tentang lelaki itu.
"Hmmm.... Perhaps dia punya sikap memang gitu. Ala... apalah sangat. Kalau maco sado sekalipun tapi adab hancuss... tak jadi juga. So don't judge a book by its cover."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience