Bab 3

Romance Completed 22623

"Hai! Awak ni arkitek yang gantikan Encik Fakhrul tu ek? Saya Ainin, PA Encik Rayqal." sapa gadis yang bernama Ainin itu. Dayana kelihatan sedikit kekok. Yelah, tengah nak masuk kereta ada orang pula tegur.
"Oh! I'm Dayana. Yup! Saya gantikan Encik Fakhrul. Cik Ainin dah nak balik ke?" Dayana tersenyum mengenangkan soalannya tadi. Takkanlah si Ainin ni nak swimming pula dekat tempat park kereta ni, fikir hatinya nakal.
"Haah. Ni nombor handphone saya. Nanti malam call eh? Saya ada benda nak cakap. Ok. Bye, Miss Cute!" Ainin terus membuka langkah ke arah keretanya dan balik ke rumah.
Dayana terpinga-pinga. "Sejak bila nama aku tukar Miss Cute ni?" lama dia memikirkan. " Eh! Aku ni dah kenapa? Tentu-tentu dia saha bergurau. Aku ambil serius pulak. Ok. Balik, balik. Habis kena bebel kalau balik lambat."
Cepat-cepat Dayana pulang ke rumah. Bukan amarah mama dan papa yang dia risaukan. Tetapi abangnya. Sekurang-kurangnya, mama dan papa akan menasihatkan dia sahaja. Berlainana dengan Danish. Dia akan dimarahi dan tidak boleh memandu sesuka hati selama seminggu.
Dalam perjalanan, tiba-tiba keretanya kehabisan minyak. Dayana memakir Sonatanya itu di bahu jalan. "What?! Macam mana aku lupa isi minyak? Argh!! Yana, you have to remind yourself untuk isi minyak. Unfortunately!" bebel Dayana sendiri.
Benda pertama dia buat ialah menelefon abangnya. "Hello, abang. Yana punya kereta minyak habislah. Takkan nak jalan balik rumah? Dekat traficlight first dari ofis ni. Abang tahu kan?"
Kedengaran suara risau abangnya dihujung talian.
"Ok. I'll wait for you. Don't forget to fetch me, ok? Bye. Assalamualaikum"
"Kena tunggulah nampaknya." Dayana duduk di dalam kereta.
Terkejut Dayana apabila sebuah kereta berhenti di hadapan keretanya. Lalu seorang lelaki keluar dari kereta itu. Bos!
"Eh? Bos buat apa sini?" tanya Dayana. Dia juga keluar dari kereta. "I think that's my question to you. What are you doing here? Kenapa tak balik?" muka Rayqal serius tapi tidak berjaya menakutkan Dayana kerana melihat tangan Rayqal yang melentik. Nak ketawa pun ada juga.
"Minyak habis. I'm waiting for my brother."
"Jomlah saya hantar." pelawa Rayqal ikhlas. Dia bukan ada niat tak baik pun. Cuma mahu membantu.
"Hmm... bolehlah. Abang saya tak sampai-sampai ni." dia akhirnya bersetuju. Takut juga dia duduk seorang diri petang-petang ni. Sibuk sangat nak OT tadi.
Rayqal tersenyum apabila pelawaannya disambut baik.

-------------------------------
Dayana menangis dalam bilik. Mana tidaknya? Balik je terus ke amukan Danish. Nasib baik Rayqal sudah pulang sebelum dia menjejakkan kaki ke rumah. Kalau tak, sudah tentu Rayqal mendapat tumbukan sulung dari abangnya itu.
Patutlah Danish tidak sampai-sampai. Rupanya dia pergi cari dekat ofis. Dah kata kat traficlight. Tapi dia tidak perasan pula kereta abangnya lalu tadi.
Tok,tok. Pintu diketuk. Mesti Danish.
"Adik, janganlah nangis. Abang minta maaf ya? Tadi abang geram sangat sebab Yana tak tunggu abang. Lepastu balik dengan lelaki. Takkanlah abang tak mengamuk?" Rayqal memujuk Dayana sambil mengusap kepala adiknya.
"Abang jahat!" kata Dayana. Tetapi tangisan dia sudah reda. "Ok. Abang promise tak marah Yana teruk macam tadi lagi. I'm sorry." Danish tersengih.
"Ok. Kali ni je Yana maafkan. Kalau you repeat it again. I'll never forgive you and say good bye to second chance. No second chance. Only 'a' chance. Do you get it?"
"Yes, miss! Ok. Jom turun makan. Abang buat puding karamel khas for my beloved sister."
Dayana menjadi semakin teruja. Danish punya puding memang sedap. Ni yang kecur ni. "Sedapnya! Jom!" Mereka turun ke meja makan. Ibu bapa mereka hanya tersenyum melihat keletah anak mereka. Gaduh macam mana pun mereka akan tetap berbaik. Air yang dicincang tidak akan putus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience