Bab 11

Romance Completed 22617

Dato' Raiz pelik melihat anak terunanya itu asyik termenung. Dia bertanya kepada Rafeez tetapi anak bongsunya itu juga tidak tahu menahu tentang perubahan abangnya.
Dia duduk disebelah Rayqal. "Along ni ada masalah ke? Nak share dengan daddy?" tanya Dato' Raiz kepada Rayqal yang mengurut dada akibat terkejut. Rayqal pula menggaru kepalanya yang tidak gatal.
" Nothinglah, daddy. Problem kat tempat kerja saja." Rayqal cuba menutup kegelisahan yang bertandang di hati. Dato' Raiz tersenyum. Macamlah dia tidak kenal perangai anaknya itu. Sudah 29 tahun dia menjaga Rayqal.
" Rayqal ingat daddy ni baru semalam ke kenal Rayqal? Ada apa sebenarnya ni?" Beliau cuba mencungkil rahsia yang terpendam dilubuk hati Rayqal. Setahunya, Rayqal bukan seorang yang perahsia. Ini mesti sesuatu yang besar ni.
"Hmm... kalau Rayqal bagitahu daddy, daddy jangan marah tau. Bagi pendapat je." Rayqal duduk mengahadap Dato' Raiz.
Daddynya itu hanya mengangguk tanda setuju.
"Daddy kenalkan arkitek baru dekat company kita?" Rayqal mahu bercerita perlahan-lahan. Tidak mahu terus kepada cerita sebenar.
"Anak Tan Sri Zaid? Kenapa dengan dia? Did you do something wrong, Rayqal Daniel?" Rayqal mula berpeluh dingin. Takut wei...
"Mana ada. Cuma.. cuma.." makin takut Rayqal jadinya. "Cuma?" Dato' Raiz semakin teruja mahu mengetahui tentang apa yang terjadi. Kesabarannya semakin menipis apabila Rayqal kekal membatu kan diri.
" Rayqal Daniel! Cuma apa?" Dato' Raiz meninggikan sedikit suaranya.
" Cuma Rayqak ajak dia kahwin." Rayqal terus menjawab dengan laju akibat terkejut dengan suara halilintar daddynya.
Dato' Raiz pula terdiam. Matanya menikam wajah anak dihadapannya.
Rafeez yang turut berada di ruang tamu sambil meminun jus oren tersedak akibat terlampau terkejut. Terus dia berlari mencari air kosong untuk melegakan tekak yang perit.
"And then? Dia terima tak? Apa reaction dia?" bertalu-talu soalan yang ditujukan Rayqal.
Rafeez datang dan duduk di hadapan abangnya. Ingin mengikuti kisah hangat yang dibincangkan. Ini baru daddy, kalau mummy, memang lebih teruk.
"Eeerrr... dia tak cakap apa-apa. Dia macam tak suka along je. Terus blah je.." kata Rayqal seperti tidak bersemangat.
"Along kenalah pandai ambil hati sikit. Harap muka je handsome. Ilmu mengayat cetek." selamba sahaja Rafeez mengutuk abangnya.Terjegil mata Rayqal mendengar ayat yang diucapkan Rafeez.
"Amboi.. Macamlah kau pandai sangat."
"Dah,dah. Kita cakap dengan mummy kamu dulu." Rayqal menelan air liur mendengar perkataan 'mummy' yang disebut daddy. "Mummy tak marah. Kalau budak tu dia berkenan dia setuju je. Dahlah. Jom." kata Dato' Raiz seperti memberi semangat.
Rayqal dan Rafeez hanya menurut kata-kata Dato' Raiz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience