Bab 13

Romance Completed 22623

Dayana menyedut sedikit air fresh orange yang berada di hadapannya. Cuba menghilangkan penat akibat terkocoh-kocoh. Tak sempat rehat. Dayana terlihat Rayqal yang juga masih berpakaian pejabat melangkah ke arahnya. Kasihan juga. Rasanya, Rayqal balik lewat darinya. Tentu lelaki itu tidak sempat merehatkan badan.
Rayqal mengambil tempat duduk di hadapan Dayana. Kemejanya yang bewarna kuning itu dibetulkan dan rambut yang terjuntai ke dahi dikuak ke belakang. Sempat dia menjeling remaja-remaja perempuan yang duduk berdekatan dengan meja mereka. Mereka berbisik sesama sendiri lalu menoleh ke arahnya sambil tersenyum. Siap kenyit-kenyit mata. Dia tak tahu ke umur aku ni lagi tua dari diaorang. Cuba hormat sikit, rengus Rayqal dalam hati.
Dayana memandang lelaki di hadapannya. "I'm sorry sebab tak menyempat nak jumpa. Tentu bos penatkan?" Kelihatan wajah bersalah Dayana di mata Rayqal. "It's okay. For my future wife ni, anything saya boleh turutkan." kata Rayqal lalu mengenyitkan mata kanannya.
Membahang muka Dayana akibat perasaan malu.
"Why are you blushing?" semakin galak Rayqal mengusik Dayana. Dia tidak mahulah kelihatan terlampau memaksa gadis itu. So, Rayqal yang dulu menjelma kembali.
Dayana meraup wajahnya. "Mana ada blushing. Orang serius ni. Dia main-main pula." marah Dayana perlahan. Rayqal ketawa kecil. "Bila pula saya main-main. Dalam hal kahwin ni tak pernah saya ambil ringan tau." ujar Rayqal bersama maksud tersirat.
Dayana menjegilkan matanya. "Hah! Pasal tulah saya nak jumpa bos ni. Kenapa cepat sangat nak hantar rombongan? Tak bincang apa-apa pun dengan saya." bentak Dayana dengan perasaan tidak puas hati. Memang kerja lelaki ini mahu menaikkan suhu kemarahannya sahaja.
"Laa... Awak yang dah setuju. By the way, saya pun fikir awal sangat. Tapi my family yang nak cepat. Awak ingat kita ni makin muda ke, sayang?" sengaja Rayqal menggunakan panggilan 'sayang'. Mahu memikat hati Dayana perlahan-lahan.
Dayana menahan malu. "Eee... aku ingat mamat ni takdelah tiru ciri-ciri lelaki romantik dalam novel tu. Ni sebiji je. Kalau macam ni, lagi cepatlah aku goyah." Dia mengomel dalam hati.
"Tak payahlah bersayang-sayang ni." Tak payah konon. Dalam hati terbuai sebenarnya, kutuk otak kepada tuannya. Sakit pula hati Dayana.
"Kenapa? Sayang tak suka ke?" Rayqal bertanya sambil tersengih comel. Dah lama rasanya tak mengusik anak dara orang ni. Sejak jadi sotong ni, bisik hati kecil Rayqal. Gembira.
Dayana terdiam dengan soalan itu. "Nak tipu ke tak? Kalau cakap jujur, nanti dia kata aku ni sama je dengan perempuan-perempuan yang cepat sangat jatuh cinta." Dayana menimbang-nimbang dalam hati. Akhirnya, dia memilih untuk berdiam diri dan meminum airnya yang sudah tinggal separuh itu.
Rayqal tersenyum lagi apabila Dayana mendiamkan diri. Seingat dia, inilah kali pertama semenjak ditinggalkan Fasya, dia banyak tersenyum dalam satu hari. Seronok melihat tingkah Dayana.
"Awak ikhlas tak nak kahwin dengan saya ni?" tanya Rayqal kepada Dayana. Suaranya yang lembut menyentakkan Dayana dari menilik wajah lelaki itu dalam diam. Mata ni behave ok? Suka pula dia melihat wajah kacak Rayqal. Dia tidak menyedari pula bosnya ini seorang yang cukup kacak.
"Saya pun tak tak tahulah. Saya ikhlas tapi saya takut saya tak dapat cintakan dan sayangkan awak. Yang lebih saya takut, saya tak nak jadi isteri derhaka pada awak." Dayana meluahkan kerisauan yang bertandang di hati. Memang itu sahaja yang difikirkannya.
"You can take your time. Saya tak kisah berapa lama pun. Saya sanggup tunggu. I'll never force you."
Kata-kata Rayqal sedikit-sebanyak melegakan hatinya. Lamabt-lambat Dayana mengangguk.

------------------------------
Rayqal melangkah masuk ke dalam rumah banglo tiga tingkat itu. Masih terbayang-bayang lagi adegan dia mengusik Dayana di layar mata. Memang membuatkan dia tersenyum hingga ke malamlah nampaknya.
"Along baru balik dari mana?" tanya Rania. Rania yang sedang mengeringkan rambutnya itu berjalan ke arah Rayqal. "Jumpa bakal kakak ipar Nia." selamba sahaja Rayqal bercakap.
Rania tersengih. Dia berharap pilihan abangnya kali ini kekal hingga ke jinjang pelamin. Dia melihat sendiri betapa kecewanya Rayqal waktu ditinggalkan kak Fasya.
"Yeke? Along ada gambar dia? Nak tengok. Nia tak tengok lagi muka dia." teruja Rania memegang lengan abangnya. Memang dia tidak berkesempatan untuk melihat gambar bakal tunang Rayqal.
"Kesian dia. Tengok ni. Nama dia Zara Dayana. Umur dia 26 tahun." Rayqal menunjukkan gambar Dayana yang dikirimkan secara sembunyi-sembunyi oleh Danish.
Terkejut juga Rania mendengar umur Dayana. 26?! Mudanya. Tapi memang patutlah cantik. Muda lagi. "26? Nia umur 27. Alamak! Rasa tua memenuhi diri. Muda macam ni yang daddy kata arkitek dekat company kita yang berjaya mendapatkan kita banyak projek tu? Wow! I'm impressed." Rania betul-betul mengkagumi Dayana.
"Hehehe... 1 tahun je pun. Adik along ni muda lagilah. Comel lagi. Haah. Along pun mula-mula tak percaya dia boleh handle projek besar-besar. Tapi dia betul-betul ada bakat nak jadi arkitek yang berjaya." Rayqal bangga bercakap tentang Dayana.
Rania tersenyum.
"Ok. Tapi promise dengan Nia, yang along takkan abaikan Nia bila dah kahwin nanti." Rania menaikkan jari kelingkingnya kepada Rayqal.
"Promise." Rayqal menyambut dengan simbol yang sama. Ketawa mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience