Bab 25

Romance Completed 22623

Rafeez mengekek ketawa apabila mendengar cerita lucu kakak iparnya itu. Rania juga tidak kurang hebatnya. Siap menepuk-nepuk sofa itu lagi. Mimik muka Dayana yang lucu mencuit hati mereka dua beradik.

"Amboi... Ketawa macam nak tercabut anak tekak. Apa yang lawak sangat tu." suara garau itu mematikan perbuatan Dayana. Terus membatu jadinya. "Kak Yana ni pandai buat lawaklah, along. Senak perut Ez dengan Kak Nia." Rafeez menjawab dengan sisa tawanya.
"Tak sangka pula sayang abang ni pandai buat lawak. Selama ni masam je muka." bisik Rayqal betul-betul ditelinga Dayana. "Eerrr.. Akak nak minum air kejap. Korang boraklah dulu." kata Dayana lalu berjalan pantas ke arah dapur.
Malu Dayana mengingatkan peristiwa malam semalam.
Rayqal dan adik-adiknya bercerita tentang syarikat. Mungkin itu isu yang paling menarik. Semasa mereka berbual-bual itu, jeritan Dayana rumah banglo mewah itu. "Arghh!!!" mereka sekeluarga cepat sahaja turun untuk melihat apa yang berlaku.
Alangkah terkejutnya melihat darah yang banyak membasahi baju Dayana dan Fasya yang ketawa seperti sesuatu yang lucu terjadi sambil memegang pisau.
"Ya Allah! Sayang!" Rayqal terus mendail nombor kecemasan dengan segera. Kepalanya sudah pening melihat isterinya tidak sedarkan diri. Rafeez memegang Fasya yang kelihatan begitu marah apabil melihat Rayqal mendekati Dayana.
Dato' Raiz bergegas memanggil pemandu peribadinya untuk membantu memegang Fasya. Datin Sara dan Rania menangis-nangis kerana terlalu takut.

--------------------------------
Rayqal mengeluh perlahan melihat Dayana yang koma kerana kecederaan yang terlalu serius. Sejak berkahwin, Dayana kerap memasuki hospital. Semuanya kerana dia! Dia tidak mampu menjalankan tugas sebagai seorang suami dengan baik.
Terngiang-ngiang lagi ayat doktor yang merawat Dayana ketika mereka bertanya bagaimana keadaan Dayana.
"Harap Dato' dan Datin semua bersabar.Peluang Puan Dayana untuk hidup hanya 50-50. Teruskanlah berdoa, semoga Allah dapat memberikan bantuan kepada kita." kata doktor itu sebelum berlalu pergi.
Danish dan Darwish sudah tidak boleh bersabar. Dengan bengangnya, mereka meluru ke arah Rayqal lalu Danish melayangkan penumbuk ke muka Rayqal. Keluarga mereka menenangkan anak mereka yang sedang panas.
Rayqal perlahan-lahan bangun. Sakit akibat ditumbuk langsung tidak terasa kerana dia sedar itu memang silapnya.
"Kau memang tak pernah berubah. Adik aku sangat menderita lepas kahwin dengan kau. Tak cukup kau seksa dia, sekarang kau nak dia mati pula ke? Kalau Yana ditakdirkan sembuh semula, aku nak kau ceraikan dia. Mungkin ada lagi lelaki yang lebih baik dari kau." marah Darwish. Kali ini kesabarannya sudah melepasi had.
Telinga Rayqal berdesing mendengar perkataan 'cerai' itu.
"Aku takkan ceraikan dia. Aku cintakan dia. Kau tiada hak atas dia. Yang kau nak tunjuk jari semua kesalahan dekat aku ni kenapa? Kalau aku benci Yana sekalipun, aku takkan pernah ada niat nak suruh dia mati. You better watch your word." Rayqal dengan berani melawan.
"Korang! Dahlah tu. Tak nampak ke semua pandang kita? Duduk!" marah Dato' Amin.
Sesungguhnya dia begitu tertekan dengan apa yang terjadi sekarang ini. Dayana adalah satu-satu anak perempuan yang dia ada. Bongsu pula tu. Ya Allah, aku tidak sanggup kehilangan anakku Ya Allah.
Datin Hanina hanya diam. Bagaikan mimpi semua yang terjadi sekarang ini. Fasya sudah dimasukkan dalam hospital mental.

-----------------------------
Kini, sudah seminggu Dayana terlantar tidak bergerak. Rayqal semakin buntu apabila tiada perubahan positif yang terjadi pada isterinya.
"Sayang, bangunlah, sayang. Abang rindu sangat nak tengok muka malu sayang. Gelak tawa sayang. Marah sayang. Janganlah tinggalkan abang. Abang baru nak kecapi bahagia dengan Yana. Berilah abang peluang. Jangan pernah sekalipun tinggalkan abang tanpa ucap selamat tinggal." rintih Rayqal perlahan sambil tangannya memegang Yaasiin.
Keluarga mereka yang turut datang melawat begitu sedih melihat Dayana setta Rayqal.
Tiba-tiba, graf degupan jantung menunjukkan garisan lurus. Panik jadinya semua orang. Rayqal memanggil jururawat dan doktor dan mereka sekeluarga diminta keluar.
Rayqal seperti tidak dapt berfikir. Perlahan-lahan dia tumbang tidak sedarkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience