Bab 4

Romance Completed 22617

"Dayana, kenapa tak call semalam? Berjanggut tau saya tunggu awak?" marah Ainin dengan bibir yang memuncung. Marah sangatlah tu.
"Sorry. Saya penat sangat semalam. Cakaplah apa awak nak cakap sementara ada masa lunch lagi ni. Saya malas nak keluarlah. Jom pergi pantri." Dayana menggamit Ainin ke pantri. Kalau dibiarkan, tahun depan pun si Ainin ni masih bercakap lagi agaknya.
"Hmm.. saya nak cakap rahsia Encik Rayqal. Rahsia ni saya, family dia dengan kawan baik dia je yang tahu. Saya tak tahulah kenapa saya nak bagitahu awak. Tapi saya rasa bos kita tu berkenan kat awaklah." Ainin berkata-kata tetapi tangannya ligat membuat air milo. Lalu satu cawan diberikan kepada Dayana.
"Rahsia apa pulak? Tapi saya rasa tu rahsia dia. Buat apa saya nak tahu? Takpayahlah..." kata Dayana lalu bergerak ke mejanya untuk menyambung kerjanya yang tergendala. Tetapi tangannya di tarik oleh Ainin. Kelu juga Dayana melihat muka Ainin yang serius gila itu.
"Err.. ok saya dengar. Tapi jangan kata saya kaki gosip." seboleh-bolehnya dia tidak mahu digelar dengan panggilan yang tidak elok.
"Promise tak."
Ainin mengambil tempat duduk di salah sebuah kerusi di pantri.

------------------------------
"Rahsia bos tu ialah bos sebenarnya tak ........" percakapannya tergantung apabila melihat bosnya masuk pantri. Aduh... kacau je. Tau-tau je aku nak pecah rahsia dia, Ainin mengomel dalam hati.
"You all buat apa sini? Takde kerja duk gosip. Hah! Baru masuk dah pandai nak gosip-gosip ya?" kata Rayqal sambil tersenyum sinis.
Sakit hati Dayana mendengarnya. Macamlah dia tidak tahu yang Rayqal itu menyindirnnya. Spoiler mood aku je. Hilang semangat yang sudah terbakar. Terus dia bergerak keluar pantri itu. "Kalau aku duduk lama sikit kat situ, memang ada kepala yang jadi mangsa hempukan aku."
Rayqal pula yang rasa bersalah. Niat mahu bergurau tetapi diambil serius pula. Tetapi dia masuk tadi sebab dia dengar nama dia disebut dan dia tahu PAnya itu mahu membocorkan rahsia yang disimpan kemas. Belum tiba masa lagi nak beritahu Dayana.
Dia hanya menjeling Ainin yang sudah menelan air liur.
Rayqal mula bergerak ke meja Dayana. "Awak marah ke? Saya bergurau je tadi." Rayqal perasan yang dia diberikan jelingan sekilas oleh Dayana. "Kalau nak bergurau pun tunggulah luar ofis. Dah,dah. Pergi sana. Saya bak sambung kerja. Karang dikata malas buat kerja pula. Jatuh lagi saham saya." ingin menghalau secara baik tetapi siap sindir lagi.
"Eh? Suka hati sayalah nak bergurau kat mana ni ofis saya." bengang kerana disindir sebegitu. "Lepastu kalau ni ofis encik, encik boleh buat sesuka hati enciklah? Be profesional ok?"
"Lepastu, awak tu boleh pula nak tahu rahsia orang. Sibuk je. Tepi kain sendiri tak nak jaga." sekali lagi Dayana terasa hati dengan Rayqal. "Oh yeke? Saya pun tak hairanlah dengan rahsia awak. Dahlah.. saya nak buat kerja." kata Dayana lalu tunduk membuat kerjanya.
"Orang perempuan semua sama. Sikit-sikit merajuk. Gedik!" bisik Rayqal di telinga Dayana. Lalu dia terus berlalu ke biliknya.
Dayana pula sudah tertahan air mata. First time dipanggil kaki gosip oleh bos sendiri. Nampaknya lelaki ini tak boleh jadi kawan langsung. Panggil aku gedik pula tu. Nasib baik aku reti jaga mulut tau. Kalau tak sia-sia aku panggil kau sotong! bebel Dayana dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience