9

Fantasy Completed 2144

"Kak Veorah"

muncul budak kecil
taklah kecil sangat..
Putera Pear

"nah.. untuk ubat luka Kak Veorah.. ni salah Pear, Pear kacau abang Mango berlatih..sampai anak panah tu hampir kena abang Veoca"

sopannya perangai

aku usap kepala dia guna tangan yang tak cedera..
dia tak mengelak..

"Putera Pear tak sengajakan.. tapi putera kena hati-hati lepas ni"

dia senyum manis

"ok Kak Veorah.akak panggillah Pear.. jangan putera"

"ok"

"biar aku sapu ubat luka kau"

"pandai ke?"

"amboi, tak kan sapu luka pun tak pandai"

"manalah tu..hehe"

"tangan kau"

aku menghulurkan tangan aku
dia sapu perlahan ubat tu..
perih.. sememangnya perih

"aku tak boleh nak rawat kau guna sihir.. sebab tak tahu kalau akan bagi impak dekat kau"

"kenapa?"

"kitorang tak tahu kalau kau ada ciri sihir dalam badan.. langkah berjaga-jaga.. aku rawat kau dengan cara macam ni.."

"owh.."

dah siap..

"terima kasih.."

"sama-sama"

"abang Veoca.. jom bawa Kak Veorah pergi taman..jom"

Pear menarik-narik baju Veoca..
nak memujuklah tu

"yelah.. tanya Kak Veorah kalau dia nak tau tak"

"Kak Veorah nak pergi tak?"

amboi gigi..
ditayang depan aku..

"akak ok je"

"yeah.. abang jom bawa kakak"

seronok dia..
.....

"Veoca, Pear.. kamu buat apa bawa puteri sumpahan ni dekat sini.. menyemak mata..sakit mata lagi"

ugh..
tajamnya bahasa Puteri Rose ni..

"Rose.. kau tak patut cakap macam tu.. dia adik kau juga.."

"itu adik sumpahan kau.. bukan adik aku, aku tak nak pun ada adik tiri macam dia.. bawa nasib malang"

buat muka menjengkelkan..
takpe..
aku buat macam takde apa berlaku..
aku tetap memaniskan muka..

"Rose.. sudahlah.. biarkan mereka.. taman ini terbuka untuk kerabat diraja.. biarkan.."

"Azalea, tak payah nak pertahankan dia.. takde gunanya"

Rose berdiri daripada duduk..
dan berundur agak ke belakang

"lagi tak guna kalau kau bahas pasal dia kak.. takde apa yang kau dapat.. kau nak singkirkan dia, kau kena lawan ayahanda.."

"Lily, kau.."

"kenapa?"

kenapa hubungan diorang ni ada masalah..
ke sebab aku?

tiba-tiba seorang puteri terkejut..
aku rasa ni Puteri Jasmine

"Rose..jangan ke sana.. mari kembali."
kata puteri tadi

"kenapa?.. apa yang kamu takutkan?"

alahai muka tenang dia ni..
tak takut mati ke hah..
ada ular dekat belakang kau lah..
dah dekat dengan kaki kau..

"pengawal, datang ke sini.."

Veoca berteriak memanggil pengawal..
sememangnya ada?
kan kerabat diraja je yang boleh masuk sini..
disebabkan jarak aku dengan Rose tak jauh sangat..
biar aku jadi penyelamat tak berbayar..
kang perempuan ni kena patuk, kitorang yang dapat masalah sebab tak selamatkan perempuan gedik dan kasar bahasa ni

"k-kau.. kenapa dekat?.. jauh.. jangan dekat dengan aku"

menghalau aku.
perasan sangat aku nak dekat..
muka aku tetap manis ya..
seperti lain di muka, lain di hati..
pepatah baru daripada aku

sekali tangkap, dah dapat..
aku angkat ular tu..

perempuan tu tengok aku pulak..

'ARGGHHH'

ya ampun..
aku terkejut dan terduduk..
sakit telinga aku..
ular pulak dah terlepas..
nak dekat dengan Rose..
nampak ular tu marah..
menyusahkanlah perempuan ni..
dahlah buat tangan aku yang luka jadi sangat sakit..

aku cuba tangkap ular tu..
semakin laju kau ya ular..aku nak selamatkan kau dari kena bunuh..
yang kau pergi kejar perempuan tu buat apa..

hah..
dah dapat balik..
susah sangatlah nak tangkap kau ni..
aku pergi berlari laju jauh daripada diorang semua..

"wahai ular.. dekat sini bukan kawasan baik untuk kau.. sini sangat bahawa untuk kau.. kalau kau tak nak mati, kau jangan pergi sini lagi..ingat"

aku belai-belai ular tu..
haha..
ekstrim tak aku..
pandai aku jinakkan ular.

ular ni macam faham apa aku faham..
dia segera pergi..

huh..
selepas masalah..
aku buang tanah yang ada dekat tapak tangan aku..
kotor dah aku..
ni semua pasal perempuan tu..

aku menuju kembali pada diorang..
dengan senyuman nipis..
aku dah tak boleh nak senyum lebar sekarang ni..

"Veorah.,kau ok tak?.. kau ada kena patuk?"

dia pusing-pusingkan badan aku..
oh tidak..
kepala aku pening..

hampir aku jatuh..
Veoca sambut aku..

aku gelengkan kepala dengan kuat..
supaya cepat pening tu hilang..

"kau kena patuk ke?"

"t-tak tak.. pening sebab kena pusing tadi.."

"huhhh.. nasib baik kau tak apa-apa.. kenapa kau berani sangat tangkap ular tu hah.."

aku menggaru perlahan pipi aku..
tak tahu nak jawab apa..

Veoca terkejut lagi..

"jom pergi cari ubat.. tengok tangan kau ni, dah berdarah balik.."

dia tarik tangan aku untuk cepat jalan..
hrmm.
tak sempat nak santai dekat taman..
harap dapat lain kali..

sementara itu.. Pear masih di taman..

"Kak Rose.. sebaiknya Kak Rose berterima kasih pada Kak Veorah.. dia dah selamatkan kakak"

"ughh.. budak kecil, tak payah nak arahkan aku.. setakat ular tu, aku boleh lari sendirilah.. tak payah minta tolong dia.. dia je yang tiba-tiba nak tolong, ada muslihatlah tu.."

"heh..ego, tak tahu bersyukur ke hah!!.. dah elok tak kena sakit, tak nak berterima kasih pulak"

Lily membela Pear..

"setakat puteri sumpahan, aku tak hormat pun takpelah.. nanti dia mati juga bila umur dia 20 tahun"

"sampai hati kakak cakap macam tu.."

Pear meninggalkan mereka berempat..

"aku tak tahulah dengan kau ni kak.. apa yang kau tak suka sangat dengan Veorah tu?. dia pernah buat kau sakit hati ke sampai nak layan dia teruk.. pelik aku dengan kau ni.."

sebal pulak Lily dengan kakak kandung dia ni..
kakak tiri dia tak pula buat perangai nak benci Veorah..

.....

"Tuanku ayahanda..saya nak buat aduan.."

"apa itu anakanda?"

"saya.........."

.....

"tambah teruk pula luka kau ni..haisy kau ni, tak sayang nyawa ke hah.. kalau ya pun nak mati, tunggu ajal boleh tak. buat orang takut je"

"hrmm.. 2 tahun je lagi sampailah masa aku, tak payah tunggu pun"

"kau janganlah macam tu.. walau pun kau sanggup nak korbankan nyawa kau untuk aku dengan putera lain.. aku tak sanggup nak hilang satu-satunya adik aku ni.. dahlah rupa kau macam bonda"

"macam mana kau tahu rupa bonda?"

"ada dalam buku sejarah negara,dekat sana ada gambar semua kerabat diraja.."

"wah.. hebatnya"

"itu semua sebab sihir"

"owh.."

"esok aku bawa kau pergi taman tadi, tapi kita tak pergi dekat diorang.. nanti kau sakit lagi.."

teruja aku

"yeah.boleh pergi lagi.."

"terujanya kau.."

"mestilah, tempat tu kan cantik.. aku tak nikmati lagi keindahan taman tu.. cantik sangat"

"kalau kau nak,boleh je kau datang sana hari-hari"

"wah.. tapi baik aku berteman kalau pergi sana"

"kenapa?"

"tak nak timbulkan masalah.. mana tahu terserempak dengan Puteri Rose.. dia kan tak suka aku"

"ok.. kalau kau nak pergi taman, bawa aku"

"tapi kau kan nak berlatih"

"aku boleh buat lain kali.."

"kalau kau tak kisah, aku boleh tolong kau berlatih"

"hah?!"

"bolehlah.. aku pun nak tahu cara korang berlatih"

"tapi, tu untuk putera je"

"alah.. bolehlah.. jap, ada ke peraturan yang tidak membolehkan puteri tolong putera berlatih?..takdekan.."

"hrmm.. oklah.."

"arrgh.. aku suka.. aku suka"

teriak kecil je tadi..
kang teriak kuat, runtuh istana ni..
hehe

"makan tengah hari dah tak lama lagi.. apa kata kau pergi tukar baju"

"tapi, baju aku kena sedia dengan pelayan.. jadi aku tak baju dalam bilik ni.."

"takpe.. aku pergi minta baju untuk kau.."

"tak susahkan ke?"

"untuk adik aku, apa je yang kau perlu.. aku akan cuba tunaikan.. tunggu kejap"

huh..
baiknya..
gembiranya ada abang macam Veoca ni..
aku harap dia tak gunakan aku..
kalau dia gunakan aku, akan ada bencana pada Negara Ozell..

"Veorah.. nah, cepat ganti baju kau"

"ok.. tunggu kejap.."

kadar cepat aku tukar..
tak nak Veoca tunggu lama..

.....

tepat pada waktunya..
kitorang sampai di meja makan..
makanan dah terhidang..

"Veorah.."

"ya ayahanda"

"kenapa tangan tu?"

alamak..
lupa nak sorokkan..

"tidak apa-apa.. hanya luka calar terjatuh tadi"

"terjatuh?..di mana?"

"tadi kaki tak seimbang.. membuatkan patik terjatuh"

"Beta sudah kata.. tidak perlu terlalu formal"

"baik ayahanda"

"sudahlah.. kamu berdua duduk.."

sebelah kiri aku ada Veoca
sebelah kanan pula Avokado..
lucu pulak bila fikir nama diorang ni..

'kenapa tak bagi tahu hal sebenar?'

apakah?
Avo berbisik dengan aku ke?
aku paling wajah nak tengok dengan siapa dia bercakap..

dia jongket kening pulak..

'saya tak nak buat kecoh'

pfft..
tergelak hati Avo..
kali pertama baginya berjumpa manusia seperti Veorah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience