10

Fantasy Completed 2144

"Veorah.. kau nak aku berlatih apa dulu?"

"hrmm.. apa kata kalau memanah, kelmarin aku tak nampak kau berlatih.."

"ok.."

"jap.. kau dengan putera lain takde guru yang ajar ke?"

"ada.. tapi tu masa kitorang lima hingga sepuluh tahun..bagi yang dah sepuluh tahun keatas, kitorang perlu cari alternatif untuk pandai memanah..ada lagi lain.."

"peraturan?"

"ha'ah"

"takpelah.. aku akan jadi penolong kau berlatih"

"kau pandai ke?"

"hey.. jangan remehkan kemampuan aku.. aku yang selamatkan kau daripada anak panah kelmarin.."

"yelah yelah.. hah, nanti komen cara aku.. kalau kau yang salah,siap kau"

"ye. cepat.."

beberapa kali Veoca memanah..
aku tak berpuas hati..
ni mesti sebab dia tak ambil fokus masa belajar dia kena latih..
kadang anak panah dia agak dekat dengan sasaran..
lepas tu agak jauh daripada sasaran..

"heh.. takde satu pun kena sasaran.."

"kau tenang dulu..mesti ada sesuatu yang tak ok dekat kau ni.."

"apa Veorah?"

"kau jangan fokus sangat dekat sasaran tu.. kau jangan anggap kau berlatih,tenang..kalau kau tenang, kau akan lebih fokus.."

"dah tu, kenapa kau suruh aku jangan fokus sangat dekat sasaran?"

"itu untuk mula-mula.. lepas tu, bila dah tenang.. kau akan serta-merta fokus pada apa yang kau nak.. itu pun kalau berkesan dekat kau"

"ok.. aku cuba.."

cubaan pertama baik..
hampir tepat ke sasaran..
cubaan kedua, ketiga, keempat..
sama..

"kau luruskan anak panah tu betul-betul.. tangan kau jangan asyik nak bergoyang.. anak panah tu pegang tetap..sekarang cuba lagi.."

sekali cubaan..

"yeah.. kau dah dapat.. macam tulah.. kau ni macam agak gelabah.. takut sangat sasaran lari.."

"hebatkan cara kau..apa kata kau cuba memanah pulak?"

"boleh ke?"

"kau cuba je.. sekali je kan.. bukan banyak kali"

"ok.."

busur dan anak panah kini berpindah tangan pada aku..
baru aku nak tarik panah..

'AARRGGHH'

'BUKK'

aduhai punggung..
sakit sekali..
macam mana pulak aku boleh terbang tadi..

"Lemon, kau kenapa buat Veorah macam tu hah?!"

Veoca cepat mendapatkan aku..
nak nangislah macam ni..
kena buli dengan lelaki muda..
sepatutnya aku yang tua ni yang membuli..
hah..

"siapa benarkan dia pegang busur dengan panah?..kau tak takut kalau dia bunuh kau?"

"kau mengarut apa ni?.. ni adik aku, aku abang dia.. mustahil dia nak buat macam tu.. dia bukan jenis orang yang suka ambil kesempatan..kalau ya dia nak bunuh aku, kenapa bukan kelmarin je.. aku kan seharian suntuk dengan dia"

"percaya sangatlah perempuan ni.. entah-entah menyamar baik.. lepas tu bunuh kau dan lepas tu putera lain pun mati.. biar puteri je yang naik takhta.. macam tu.."

wah..
pedas sekali mulut kau ni..
takpe Veorah, tetapkan senyuman kau..

"Putera Lemon, jauh sangat pemikiran putera.. ingat,kalau saya bunuh Putera Veoca..saya juga akan mati sebab membunuh.. kalau saya mati, saya dapat apa masa tu.. hanya kesia-siaan.. tak guna saya cari masalah.."

tersentak kau Lemon.
aku suka..
aku datang sini sebab mama dengan Veoca..
bukan sebab takhta yang membosankan tu..
aku rela jadi rakyat biasa..
kalau boleh, nak je aku keluar dari kerabat diraja..
sebal....

"apa yang sedang berlaku Veoca?"

ayahanda!!
matilah aku kalau ayahanda tahu aku tolong Veoca berlatih..
mesti ayahanda marah

"kenapa Veorah duduk di tanah?"

"ini sebab saya,ayahanda..saya mengangkat Veorah ke udara dan menjatuhkannya.. kerana dia memegang busur dan anak panah.. saya tidak mahu kalau dia membunuh Veoca"

"ayahanda.. saya yang menyuruh Veorah memegang busur dan panah..tadi Veorah membantu dalam latihan saya.. jadi saya ingin melihat kemahiran Veorah sendiri"

"Lemon, kamu tahu pasal latihan ni?"

Lemon menggeleng
memanglah tak tahu,ayahanda..
sebab ini hanya kesepakatan patik bersama kekanda patik..
adik siapa lah ni..

"Veorah, benar kamu menolong Veoca berlatih"

aku mengganguk yakin

"Veoca.. ambil busur dan panah sasaran.. Beta ingin melihat peningkatan yang baru saja Veorah ajar"

"baik ayahanda"

sebelum Veoca mula.. dia bawa aku berdiri..
nasib baik tak seliuh..
dan nasib baik jugalah tangan aku tak berdarah lagi..kalau asyik berdarah..
bila nak sembuhnya..

Veoca membuat beberapa panahan pada sasaran..
semua panah mengena pada sasaran..
hey..itu murid aku ya..
bangga diri kejap..

"Veorah.. tunjuk kemampuan kamu memanah.."

aku mula berjalan ke tempat sepatutnya aku berdiri..
aku masukkan semua anak panah dalam tempatnya..
aku akan tunjuk betapa tangkasnya tangan aku mengenakan sasaran..
biar Si Lemon ni tergamam..
kalau dia tu betul-betul LEMON..
nak je aku perah airnya sampai habis..
biar takde air langsung..
padan muka..

aku pilih posisi bagus..
aku tetapkan kedudukan busur..

tarik nafas kejap..
hembus..
dengan cepat aku memanah..
dalam beberapa saat..aku mampu memanah menggunakan 10 anak panah..
haha..
ada sesiapa nak aku jadi pembunuh upahan dia..
haha..

'tap.. tap.. tap'

"hebat Veorah.. kamu cukup tangkas.. dengan cara kamu ni, mesti kamu pandai beberapa lagi kemahiran kan.."

"iya.. ada lagi"

aku rasa ayahanda nak tahu semua kemahiran aku..
maaf ayahanda..
walau pun Tuanku ialah ayahanya patik..
patik masih sangsi terhadap ayahanda..
tidak semua kemahiran akan patik keluarkan..
apa lagi kalau itu kemahiran dari Kerajaan Langit..

"apa kemahiran itu?"

"berpedang dan berlawan tanpa senjata"

"tunjukkan pada Beta"

aduhai..
kena tunjuk juga ke?
nasib baiklah ayah sempat ajar aku cara berpedang Negara Ozell ni..

aku pergi ambil ranting kayu..
lagi pun, tak kan nak guna pedang sebenar pulak..

kini melangkah..
melangkah..
beberapa teknik kemahiran pedang Negara Ozell..

siap.
aku tak nak berlama-lama..

"indah..indah gerakan mu.. adakah ini diajar oleh ayah angkat kamu?"

"ya.. untuk langkah berjaga-jaga..orang luar mungkin akan mencari masalah tanpa sebab.."

ayahanda mendekat dengan aku..
aku nak mundur ke belakang..
tapi takut ayahanda pelik..
untuk kalian, walaupun hati aku cuak.. muka aku tetap senyum manis ye..
itu keperibadian aku..
apa yang aku rasa dalam hati tidak akan tergambar di wajah.. aku sudah terbiasa sejak menjadi Puteri Langit.

ayahanda mengangkat tangan..
aku takut dia pukul aku..

eh tak..
dia usap kepala aku..
Tuanku, adakah Tuanku sihat..
apa perlu patik menghantar Tuanku ke kamar Tuanku?..

hati aku dah buat drama..

"kamu wanita unik.. Beta tidak pernah melihat wanita setangkas kamu..Beta tidak melarang kamu membantu dia berlatih.. jika kamu ingin sesuatu untuk latihan, kamu boleh bertemu secara berhadapan dengan Beta.. teruskan saja latihannya.. Beta akan keluar kota..Lemon, bagi tahu yang lain supaya tidak mengapa-apa kan Puteri Veorah apabila dia melatih Putera Veoca"

"baik ayahanda"

Lemon berlalu pergi bersama ayahanda..

tiba-tiba pulak Veoca peluk aku..
tuan putera,, adakah tuan putera sakit..
apa perlu tuan putera berehat.

"aku bangga ada adik macam kau.. hebatlah kau ni. ayah angkat kau tu pengamal seni bela diri atau kemahiran bela diri ke?.. nampak kau sangat pangkas.."

"kau tak tahu ke siapa yang dituduh culik aku?"

"err.. bekas penasihat.."

"ya.. dia ayah angkat aku.. dan kau dah jadi lelaki pertama yang peluk aku"

"kau tak pernah berpeluk mana-mana lelaki ke sebelum ni?"

"buat apa nak peluk-peluk.. lagi pun aku memang tak digalakan kawan dengan orang lain.. aku hanya ada adik angkat aku untuk bermain.."

"owh.. ok.. kau tak bosan?"

"tak.. lagi pun adik angkat aku perempuan,kitorang ada cita rasa yang hampir sama.."

"wah.. seronok hidup kau dekat luar"

"seronoklah.. tapi akan tidak seronok kalau ada banyak ganggu"

"ok.. ni nak aku berlatih lagi ke?"

"mestilah.. ni baru satu sasaran.."

"dah tu?"

"kau cabar diri untuk kenakan sasaran di semua tempat sasaran..sambil berlari.. tak, sebagai pemula.. kau berjalan dulu.."

"ok ok. aku cabar diri"

bermula lagi latihan..

walau pun dia jalan agak lambat..
takpelah..
ni baru permulaan..
belum lagi masa pengakhiran..
memanah sambil berkuda lepas tu kena turun kuda dengan cepat dan sambung memanah sambil berlari tangkas..

susahkan..
itulah latihan aku..
aku belajar dari kecil..
aku mula masa 7 tahun..
sebab aku tertarik belajar..
bila nampak ayah sangat cepat mengenakan sasaran..
tak sia-sia aku kena bawa lari dari istana..

"sekarang macam mana?.. kau nampak prestasi kau?"

"tak cukup baik.. aku kena berlatih lagi..lepas aku selesai sebagai pemula,aku buat latihan apa lagi?"

"kau kena memanah sambil berjoging.. tidak boleb lama dalam memanah sasaran.. paling lama seminit"

"tapi aku nak memanah ambil masa banyak."

"sebab tu kena berlatih.. kau boleh perlahan-lahan cuba.."

"ok.."

"ni aku nak tanya"

"apa?"

"dekat sini ada tempat rahsia?"

saja tanya..
nak tahu dia jujur atau tak.

"ada.. tapi tak semua boleh masuk.. aku pernah tengok pintu masuk je..dan ada tempat yang tak sembarangan orang boleh masuk.. aku sendiri tak tahu dekat mana"

"oh.. aku rasa aura bonda ada dalam istana.. tapi aku tak tahu dekat mana..yang pasti tempat yang tersorok.. rasanya ayahanda juga tidak boleh masuk.. tapi kalau ayahanda boleh masuk, ada dua kemungkinan.. pertama, ayahanda sendiri rancang nak orang fikir bonda mati.. kedua, orang yang sembunyikan bonda memang hebat sampai ayahanda tak perasan.."

alamak..
dipegang kedua belah pipi aku ni kenapa..

"apa kata kau jadi detektif terus.. pandai betul kau buat kemungkinan"

"bakat aku, hehe.. lagi pun, ayah.. maksud aku bekas penasihat cakap yang aku kena cari bonda.. tapi aku tak tahu nak mula mana.."

"kita boleh minta tolong yang lain.. jap, kau ada belajar sihir?"

"takde..belum sempat diajar.. hehe"

"takpa..nanti aku minta ayahanda masukkan sekolah untuk belajar sihir.."

"boleh ke?.. ok ke kalau aku belajar sihir?"

"kenapa kau cakap macam tu?"

"pemikiran orang kita tak boleh jangka.. mungkin diorang fikir yang aku pujuk ayahanda untuk masuk sekolah tu.. lepas tu diorang fikir yang aku akan guna sihir nak hancurkan korang semua.. hah.."

"oh.. kenapa kau kisah apa orang cakap?"

"aku tak kisah pun sebenarnya..cuma aku kenalah jaga nama baik negara ni.. kau nak dalam sejarah alam ada pasal puteri memberontak daripada dibunuh.. lalu membunuh kerabat diraja"

"sememangya kau nak buat macam tu?"

"macam aku cakap dekat Lemon.. takde guna aku bunuh korang, sebab aku sendiri yang dapat padah"

"jangan risau, mesti ayahanda akan tunaikan"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience