8

Fantasy Completed 2144

"ampun Tuanku.. patik telah membawakan Puteri Veorah"

"baik.. Veorah, kamu duduk disebelah Veoca"

aku tunduk hormat.
kekok sangat.

ada yang pandang aku jengkel..
dengki dekat aku lah tu.
pfft..

"sekarang kita makan.."

Raja perasan pandangan putera-puteri serta gundiknya yang tidak selesa dengan keberadaan Puteri Veorah.
dia tidak sangka kalau hari ini dia duduk semeja dengan anak sumpahan dia..
tak disangka..

nasib baiklah aku masih tahu cara nak makan di istana..
kalau tak, aku yang malu..

"Puteri Veorah"

seorang putera panggil aku..
aku pandang dia..

"kenapa kau tutup mata kau guna rambut kau?.. ada rahsia ke sebalik mata kau tu?"

muka dingin..
suara pun dingin..
sambil berpeluk tubuh pulak tu tanya aku..

aku senyum dengan gelengan..

"Lemon. hormat Veorah sebagai kakak.."

Lemon buat muka tak kisah..
tiba-tiba ada seorang puteri berdiri

"perlu ke hormat perempuan yang ada sumpahan terkutuk ni?"

dia berpeluk tubuh pandang aku..
nak je aku senyum sinis bagi dia..

"Rose, walau apa pun yang terjadi..Veorah tetap adik kamu.. jangan nak ajar adik kamu yang lain jadi biadap.."

ayahanda memandang tajam Rose..
Rose dah duduk.. takut dengan ayahanda..

tak dapat apa pun bila berdebat pasal aku..
habiskan air liur je..

"dah, kamu habiskan makanan.. jangan tanya Veorah soalan tak penting.."

ada satu budak lelaki yang buat aku tertarik..
dia tetap makan walau pun ayahanda dah berbicara..
beraninya..

"kamu jadikan Mango sebagai contoh.. tak kecoh masa nak makan.."

budak lelaki tu tengok ayahanda dengan berhenti mengunyah..
takut murka kalau dia tetap macam tu..

Mango nama dia..
nama diorang semua ni lain macam..
atau nama panggilan je..

sekarang dah senyap..
aku pun senyap masa nak makan..
tak nak timbul masalah..

.....

kitorang dah siap makan..
yang lain dah pergi..
kenyang aku..
hehe..

"Veorah.. hari ni aku akan ajak kau bersiar dalam istana.. nak kenalkan kau dengan struktur istana.. nak?"

"boleh ke?"

"boleh. kau kan puteri juga.."

"ok.. aku nak.."

kitorang tengok-tengok istana...
patutlah Rash lambat balik kelmarin

"kau tak belajar ke hari ni?"

"tak.. aku nak rehat.. sambil bawa kau bersiar dalam istana"

"kenapa tak rehat je.. nanti kau penat bila kau pergi belajar esok.."

"apalah sangat nak berkira dengan adik sendiri.. kembar aku pulak tu"

"jadi, kau nak bawa aku pergi mana?"

"kau rasa kau nak pergi mana?"

"aku dengar putera dekat sini ada belajar memanah.. boleh aku tengok?"

"kenapa?. kau sepatutnya tengok benda lain.. bukan nak tengok diorang berlatih memanah."

"alah bolehlah.. aku tak pernah tengok orang berlatih memanah.. sebab tu aku nak tengok"

"yelah.. aku turutkan.. jom ikut aku."

"yeah"

aku saja nak tengok..
macam mana reputasi diorang..

.....

"semua putera ada dekat sini ke?"

"ha'ah"

"berapa jumlah anak ayahanda?"

"minum air dulu"

kitorang ada dekat meja rehat..
duduk santai sambil dihidangkan minuman

"anak ayahanda ada 30 orang"

'hukk. hukk'

"alahai kau.. aku tipu jelah.. 13 orang sebenarnya"

dia tepuk pelan belakang aku

tersedak aku
nak bergurau tu pun..
agak-agaklah

"gundik?"

"tiga"

"patutlah.. sekarang ni, kau kenalkan aku dengan semua putera ni"

"semua putera puteri dekat sini guna nama buah dengan bunga.. dari bahasa asing"

"wah.. dah tu kita?"

"kita dua je yang pelik..Veoca dengan Veorah"

"tapi ada dalam bahasa asing maksud Veoca tu.. 'saya faham'.. itulah maksudnya"

"apa maksudnya dengan 'saya faham' tu"

"aku sendiri tak tahu.. nama putera semuanya buah, puteri pulak bunga"

istimewa nama diorang ya..

"putera kedua nama dia Avocado atau Avo.. dia paling hujung sana.. sebelah dia putera ketiga, Lemon.. diorang ni ikut susunan masa berlatih.putera keempat, Melon.. lepas tu, Mango.. akhir sekali Pear"

"hrmm.. cantik nama.. patutlah putera ketiga tu muka masam.. nama lemon rupanya"

"ha'ah"

"kalau puteri?"

"yang pertama Azalea, kedua Jasmine, ketiga Rose,yang tak suka kau tadi tu.. keempat Lily, kelima kau.. keenam Camelia.. terakhir Iris"

"wah cantiknya nama diorang"

"hrmm.. dan kau satu-satunya puteri yang tak diketahui maksud sebalik nama kau"

"hrmm.. takpa.. biar aku jadi pelik.. hehe"

aku kesan sesuatu..
ada panah nak meluru ke arah Veoca..

'argh'

terkejut Veoca tengok aku..
aku dapat tangkap panah tu guna tangan..
tapi aku tergenggam mata panah tu..
menitis darah aku jatuh..

"Veorah.. lepaskan panah tu.."

aku lepaskan..
sakitnya..

"jom kita pergi jumpa doktor.. rawat tangan kau.."

"tak. mari pergi bilik aku"

"tapi tangan kau cedera"

"takpe.. jom cepat"

"jom"

.....

"korang, tengok Veorah tu"

Melon menyuruh yang lain melihat Veorah..

"berani sangat nak mati.. biarkan je"

Lemon ni.. tak baik cakap macam tu

"Kak Veorah mesti dah tahu nak selamatkan diri.. sebab tu dia berani halang anak panah tu"

"apa Avo.. kau panggil dia 'Kak Veorah'.. buat lawaklah kau"

"aku tak buat lawak Lemon"

"kenapa dengan kakak lain kau tak panggil 'kak'..kecuali Azalea?"

"Veorah lebih layak, berbanding diorang"

"ergh.. suka hati kaulah.. aku nak sambung berlatih"

"Pear.. pergi tengok Kak Veorah"

"ok abang Avo.. nanti Pear datang balik"

"ya.."

"risau kau dengan perempuan tu?"

"kau nak sakit hati kenapa?"

Avo memberi pandangan jengkel pada Lemon..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience