27

Fantasy Completed 2144

aku ambil banyak masa untuk bertenang..
tapi sekarang dah ok..
aku cuba buang perasaan marah dan ambil kebaikan pada takdir aku kali ni..

aku bangun memandang mereka..
hehe..
diorang terkejut..

aku membantu satu-persatu untuk bangun dan berdiri di hadapan mereka semua..

"maaf atas apa yang berlaku.. saya terlalu ikut emosi dan terlalu lancang bercakap di hadapan Tuanku semua.. saya terima atas kejadian ni.. lagi pula saya mendapat kebaikan di sisi lain.. semoga Tuanku semua memaafkan saya.. saya menyesal dengan apa saya buat"

aku berlutut depan diorang..
sebak..sangat-sangat
airmata pun mengalir..

"berdirilah tuan puteri.. kami faham perkara tadi kerana kesakitan hati puteri.. berdirilah"

Raja Ozell bantu aku berdiri..

"saya akan pergi buat sementara waktu.. dewi jangan risau, saya tak kan buat kekacauan.. saya pergi dulu"

aku menghilang menggunakan kuasa..
biar aku bersendiri..
nak tenangkan hati..
dan biarlah aku jadi roh berkeliaran sementara aku belum sedia untuk dilahirkan semula..
tak sanggup buat masa sekarang..

.....

"saya pasti puteri tak kan buat kekacauan.. Raja, permaisuri-permasuri dengan putera-putera baliklah ke istana.. mengenai Puteri Veorah, bergantung pada waktu Puteri Stilveorah sedar pasal hal tu.."

semua mengangguk faham

~~~~~

'puteri.. tolong saya.. puteri.. saya..sakit sangat'

tersedar..
aku bermimpi..
roh boleh bermimpi ke?.

Veorah?
walau pun aku roh..
aku tetap tidur ya.

yang penting..
aku kena jumpa Veorah.
dia kata dia sakit sangat..
mesti ada sesuatu berlaku dekat dia..
baik pergi jumpa sekarang..

ok..
aku dah sampai..
aku duduk..
jap.. kenapa aku ada dekat katil pulak ni?
aku tengok tepi..
oh hati ku..
terkejut..
Veoca

"Veorah.. kau betul dah sedar ke?"

aku rasa aku termasuk badan Veorah..
cis..
aku keluar..

dan berada disebelah Veoca..

"saya ada dekat sini.. saya termasuk dalam badan dia tadi"

"Puteri Stilveorah"

"ya saya.. baik saya selesaikan apa yang patut.. boleh putera beri saya ruang?"

"boleh."

dia pergi berdiri..
aku rasa ada perkara yang diorang rahsiakan daripada aku..

aku sentuh Veorah..
apa benda ni?
diorang tak cakap kalau Veorah ni akan lemah macam ni..
nasib baik aku termimpi pasal ni.. eh jap..
mungkin juga Veorah ni sendiri masuk mimpi aku..
sebab, roh mana mungkin bermimpi..

aku buat beberapa perkara untuk membolehkan roh Veorah tetap kuat..
aku rasa ni sebab aku keluar mendadak..
roh dia terkejut sampai macam ni..
hati dia,dah murni..
aku tak lupa juga bagi dia ingatan aku selama aku berada dalam tubuh dia..
tak kan nak biarkan dia terkapai-kapai mengingat orang..
dan tak kan biarkan dia fikir yang dia ni hilang ingatan.. sedangkan aku yang kawal badan dia selama ni..

aku ada ubah sedikit ingatan dia..

"Puteri Stilveorah"

Permaisuri Harina..

"adakah Veorah baik-baik saja?"

"patik sudah meredakan kejutan pada roh dia.. sepatutnya Tuanku Permaisuri memberitahu patik lebih awal mengenai ini.. dan patik telah menyalin ingatan patik pada Veorah..beberapa ingatan diubah.. seperti dia tidak akan ingat bahawa patik mengawalnya.. dia akan ingat keluarga angkatnya supaya keluarga angkat tidak merasa disisihkan selepas Veorah balik istana.. dia tidak akan ingat siapa Rash.. hanya mengingat Putera Vel yang baik padanya.. semua kemahiran yang bekas penasihat ajar juga akan ada padanya.. dia tidak terlalu mengenal siapa Permaisuri Flora..patik juga membolehkan dia untuk memanggil naga yang patik pernah panggil.. jika puteri menyalah gunakan naga ini,Kerajaan Alam akan mengambil tindakan.. patik akan bertemu salah seorang kerabat diraja Kerajaan Alam untuk hal ini.. itu saja,dan maaf melakukan ini tanpa kebenaran.. kerana patik tidak ingin dia seperti kehilangan ingatan.. itu akan membuat dia rasa tertipu jika dia tahu disebalik semua ni"

"tidak apa puteri.. terima kasih sudi membantu."

"sudah pasti.. sehari dua lagi Puteri Veorah akan sedar.. dia seorang yang sangat riang.. tapi sangat kejam bila marah.. patik pergi dulu"

"baiklah puteri.."

"sebelum tu.. patik berharap Tuanku Raja dan Tuanku Permaisuri tetap mengizinkan puteri berjumpa keluarga angkatnya.. saya akan bertemu mereka sebelum pergi"

"puteri ingin ke mana?"

"menunggu kelahiran semula.. patik sudah cukup berehat sekarang"

"selamat jalan Puteri Stilveorah"

"selamat jalan juga Puteri Stilveorah"

"baiklah.. patik pergi dulu"

aku pergi ke rumah bekas penasihat..
mesti aku rindu nanti..
huh..
aku terangkan apa yang jadi dekat diorang bertiga dan diorang faham..
aku berterima kasih dekat diorang sebab sanggup jaga seorang puteri yang aktif..
walau pun aku bukan Veorah..
Veorah akan ada sedikit mengikut ciri aku..
sebab dah lama aku dalam badan dia..

selepas tu.. aku pergi ke Istana Flora..
sekarang..
aku jadi tetamu tak diundang..
hrmm.
takpe..
ni untuk kebaikan..
dan aku nak terangkan keadaan Veorah sekarang..
dan aku nak minta maaf pada Rash sebab padam ingatan Veorah pasal dia sebagai Rash..
dan hanya ingat Putera Vel..

tak lama lepas pergi Istana Flora..
aku menuju ke Istana Alam.. iaitu di Kerajaan Alam..
Permaisuri Flora hantarkan aku..
lagi pun aku bukannya pernah pergi sini
kang sesat.. aku yang susah..
di sini aku nak pilih siapa yang akan jadi penghalang Veorah salah guna naga..
aku takut Veorah tu buat kekacauan pulak dekat dunia ni..

oh aku nak bagi tahu..
pengebumian bonda aku di langsungkan sebelum aku sedar hari tu yang dekat kediaman dewi..
sampai hati diorang kan..
nasib baik aku dah jumpa bonda sebelum bonda mangkat..

mengenai hukuman Rash tu..
takpe..
aku tak nak.. biarkan je berlalu macam angin..
tak payah fikir lagi.

"puteri..minum ubat ni.. lepas masuk ke dalam ni.. puteri tak kan mengingat masa lalu puteri lagi..dan puteri akan menunggu masa kelahiran semula puteri"

"baiklah.. kelahiran semula saya jadi puteri lagi ke tak?"

"tak.. puteri nak jadi puteri lagi ke?"

"tak tak.. saya tak nak.."

"baiklah.. puteri boleh masuk sekarang"

selamat tinggal..
~~~~~

BERABAD LAMANYA

tangisan bayi kedengaran..
sang ayah mendukung puterinya kepada sang ibu..

"Sayang.. Vylorah kita dah keluar"

"Vylorah.. dia comel"

"macam Sayang"

sang ibu tersenyum..

"saya nak dukung"

"nah.."

Vylorah berpindah tangan..

"adorable..dan sangat cantik.."

"Sayang.. biar nurse bersihkan Vylorah dulu..Sayang pula kena pindah masuk wad.. nanti kita jumpa Vylorah lagi"

"ya.."

~~~END~~~

Jangan lupa baca epilog ya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience